Tuesday, August 16, 2011

Ada bukti elemen campurtangan UMNO di belakang operasi Jais

S.U Agong Pas ada bukti campurtangan Umno

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.

Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

tmi

4 comments:

Anonymous said...

Astargfirullal'azim!...Ya Allah...apa nak jadi dgn pemimpin Pas ni...lebih takut pd DAP daripada Allah...dah tak sabar sgt ke nak jadi menteri?...kamu sanggup menbiarkan agama di nodai oleh bukan Islam!...kenapa perlu persoalkan atau bising2 pihak mana yg. campurtangan di belakang JAIS menghalang org. Islam dimurtadkan di gereja Methodis. Sedarlah perkara ini bukan boleh dipandang remeh. Setiap org. Islam bertanggungjawab mencegah gejala tersebut...Jgn kira apa fahaman politik...Kesejahteraan Islam adalah tanggungjawab semua org. Islam menjaganya...

Anonymous said...

pencacai umporno alih isu. kenapa umno tak sokong undang2 murtad yang pas bawa ke parlimen.

beribu2 murtad selama ini umno buat apa. kes jais itu hanya kecil dibandingkan dengan pemerintahan umno selama lebih 50 tahun membiarkan umat islam murtad.

kes ini bukan berlaku di selangor. di melaka dah ada gereja melayu. umno buat apa tengok ja, nak tung pas sedangkan umno yang perintah.

cakap pencacai umporno kononnya nak pertahan aqidah. pirrrah

tungkaran hati.blogspot said...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokkan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

Anonymous said...

Tuduhan demi tuduhan oleh pihak UMNO terhadap pakatan rakyat menunjukkan betapa terdesaknya UMNO untuk terus berkuasa. Dari Isu murtad, yang di besar-besarkan seolah-oleh DAP memberikan arahan supaya meminta maaf sedangkan kenyataan Zaman Khan di ketepikan? dan juga ianya masih dalam siasatan, Isu Bacaan Al-Quran di letakkan sebagai Isu Azan, di mana pengetahuan yang salah di katakan benar, malah Hadis Nabi sendiri di anggap sampah bagi mereka, Kenyataan Mufti, yang nyata lebih berpengetahuan dari mereka juga di anggap ada pengaruh kuat DAP sedangkan di perlis sudah di kuatkuasakan sejak 2007. Ini hanyalah satu tindakan bermotif politik yang amat teruk, memburuk kan PAS di mata org Islam dan bahagian MCA untuk memburukkan PAS di mata org bukan Islam. :) Ingatlah.. orang di zaman ini sudah tidak bodoh.. :) hanya yang bodoh dan jahil sahaja menggunakan isu sebegini sebagai modal politik. Bak kata Mufti Perlis " Org yang JAHIL agama sahaja yang menentang larangang itu"