Tuesday, August 16, 2011

UMNO & PERKASA bising terhadap larangan Jabatan Mufti Pulau Pinang tapi membisu bila ahli MCA saman judi di Kelantan


Antara isu hangat yang diperkatakan sekarang adalah larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Pelbagai pihak tampil memberikan pandangan termasuk parti politik sama ada menyokong atau sebaliknya.

Namun dalam memberikan pendapat atau pandangan, kadang-kadang kita seolah-olah terlupa mengenai perkara lain. Oleh kerana keghairahan kita terhadap isu tersebut, ia mengaburi pandangan kita mengenai isu yang lebih besar lagi. Ada ketikanya, pandangan yang kita berikan itu akan menampakkan lagi kebodohan kita.

Memetik laporan sebuah portal, “Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.”

Adakah Menteri tersebut tidak dapat membezakan antara Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Jabatan Mufti Pulau Pinang? Larangan tersebut adalah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang dan bukannya JHEAIPP sebagaimana dakwaannya. Manakala Mufti Pulau Pinang adalah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Saya percaya bahawa Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri dalam membuat larangan tersebut.

Setahu saya, larangan bacaan al-Quran tersebut masih terbuka perbincangan mengenainya serta banyak pandangan dan pendapat ulama yang berbeza-beza dengannnya. Isu ini seolah-olah telah menenggelamkan isu saman judi oleh ahli MCA terhadap Kerajaan Negeri Kelantan padahal judi adalah disepakati secara ijmak tentang pengharamannya jika hendak dibandingkan dengan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara tersebut.

UMNO dan PERKASA yang kononnya menjuarai isu larangan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang itu diam seribu bahasa mengenai saman yang difailkan oleh tiga orang ahli MCA terhadap Kerajaan Negeri Kelantan itu. Nampaknya mereka seolah-olah cuba melarikan isu dan hanya membangkitkan isu terpilih sahaja. Jika mereka benar-benar memperjuangan agama Islam, kenapa mereka tidak membantah saman tersebut kerana pengharaman judi adalah berdasarkan nas yang qat’ie.

Akhir sekali, sekadar pandangan saya yang tidak berilmu ini mengenai larangan Jabatan Mufti Pulau Pinang tersebut masih terbuka untuk diperbincangkan serta diperhalusi dengan pelbagai pendapat dan pandangan ulama terutamanya dalam menjaga ‘izzah agama Islam itu sendiri.

4 comments:

otaklunyai said...

amno=syaitan dan inlis, tapi iblis sujud pada Allah. amno pulak mencabar hukum Allah... jadi amno tak =syaitan dan iblis. amno=amno laknatullah-> neraka jahannam

Anonymous said...

Cakap berdolak-dalik....kenape nak kaitkan isu saman MCA terhdp kerajaan Kelantan berhubungan larangan judi/loteri pulak...Pas juga mengaku tak mahu ganggu hak org. bukan Islam...Alasan nik aziz menyokong larangan membaca Quran sebelum masuk waktu subuh guna pembesar suara itu juga sama...tak mahu menggangu bukan Islam...nak hormati hak bukan Islam..Jadi yg. Kerajaan Pas Kelantan nak halang bukan Islam berjudi/loteri nak wat ape pulak...Patut le MCA saman...UMNO bukan bodoh nak masuk perangkap politik kotor Pas!

Anonymous said...

itulah pencaci umporno. judi haram dalam Islam dah masuk enakmen di kelantan.

pasang kuat2 bacaan al Quran sebelum subuh itu bukan wajib Nabi tak suruh pun, yang diwajibkan azan.

sah umno sokong judi

Anonymous said...

dekat kedah, selangor, pulau pinang boleh pulak berjudi....kalau nak haramkan semua negeri PAS lakukan benda yang sama....jangan dekat kelantan ja.


p/s: berani kat kelantan sebab kafir x ramai, kat tempat len boleh sebab nak undi puak2 kafir ni.tgok kedah sudah.