Tuesday, August 16, 2011

Kalut dok tanya pendirian rasmi PAS, pendirian rasmi UMNO apa pulak?!!

Oleh: Saiburi Sudin

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk menyatakan pendirian rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.


Bila Timbalan Presiden yang bercakap, kira pendirian rasmi PASlah tu. Tak perlulah cop mohor dari penyimpan mohor besar raja-raja pulak.


Aku boleh baca, yang sebenarnya apa yang dimahukan oleh UMNO, bukan setakat kenyataan macam tu. Depa mau PAS isytharkan perang terhadap agama Kristian dan umumkan bahawa PAS akan bakar semua gereja di Malaysia... betul tak UMNO???

Depa provok macam-macam nak bagi PAS melatah. Depa harap bila PAS melatah, keluar kenyataan bukan-bukan maka masyarakat non Muslim yang tak tau apa-apa isu ni akhirnya nanti akan marahkan PAS. PAS bukan kecik anak dalam politik, sekilas ikan di air tahu jantan betinanya.


Manakala di kalangan masyarakat Muslim pula, UMNO berharap PAS keluar kenyataan mempertahankan pihak gereja, supaya nanti umat Islam nampak PAS tak prihatin isu murtad. Betul tak? Betulllll.


Malangnya, kedua-dua kenyataan yang diharapkan itu tidak muncul. Yang muncul ialah kenyataan rasional, berhikmah dan berpijak di bumi nyata. Meroyan UMNO dibuatnya.


Dalam sibuk-sibuk UMNO dok tanya pendirian rasmi PAS, ramai tak perasan rupanya UMNO pun tak pernah keluar sepatahpun kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Yang ada ialah kenyataan kecam PAS, kutuk PAS, fitnah PAS.

Ayuh UMNO, ayuh Najib, Muhyidin.. keluarkan segera kenyataan bahawa pihak gereja tu jahat, puak kristian jahat. Hangpa ada ISA, ayuh gunakan ISA terhadap pihak gereja tu. Awat tak berani? Takut hilang undi? Awat yang hangpa lebih utamakan undi dari 'mempertahankan aqidah' (*mempertahankan aqidah versi UMNO)?


Perangai UMNO ini mengingatkan kita kepada pepatah Melayu Kedah 'Berkukok kok keok kok keok, tapi pungkok penuh taik!'.Kedah La

4 comments:

Anonymous said...

Cakap aje kononnya Pas berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Jika ye kenapa pulak sehingga hari ini Pas tdk pulak menyatakan sokongan kpd Hassan Ali dan JAIS yg. mengambil tindak membenteras usaha memurtadkan org. Islam di gereja Methodist tempohari...Kenape susah sangat ke nak menyatakan sokongan..sebaliknya tak habis2 cari alasan nak menyalahkan UMNO... Sudah terbukti ade usaha pihak kristian nak memurtadkan orang masih nak nafikan kononnya isu itu sengaja ditimbul oleh UMNO...Mabuk sangat nak berkuasa hingga agama pun sanggup digadai...

Anonymous said...

Mmg UMNO mabuk kuasa berpuluh2 tahun dah..yg murtad sbb jasa UMNO pn tak tau dh brape..UMNO lak bkn stakat gadai agama..diperlekeh dan hina Nabi terang-terangan pastu tolak perintah dr Allah..mmg UMNO nie tak bleh pakai..konon pejuang agama, martabatkan agama..walhal mereka penganut agama Melayu..bknnya Islam.

Anonymous said...

bila pas bawa undang2 murtad umno tolak. itula jasa umno.

yang beribu murtad selama umno perintah, itu la jasa umno

Anonymous said...

satu ja soalan aku.....kalau pakatan rakyat memerintah boleh x pas melaksanakan undang2 murtad....nak luluskan undang2 baru perlukan 2/3 undi...sedangkan kerusi parlimen paling banyak dipegang oleh DAP. agak2 DAP setuju x dengan cadangan PAS.....