Tuesday, May 1, 2012

KEGANASAN POLIS!!! Ada unsur sabotaj terhadap Najib, adakah Muhyiddin dan Hishamuddin terlibat?

Kelam kabut Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kini selepas selesainya Bersih 3.0 yang berjaya menghimpunkan lebih 250 ribu peserta dari seluruh negara di seluruh Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Setelah gagal memberikan hujah konkrit mengapa himpunan rakyat tersebut dihalang hingga berakhir dengan pesta tembakan gas pemedih mata dan semburan air berasid, pemimpin Umno-APCO kini mula menyalahkan satu sama lain.


Laporan dari PWTC menyebut sudah ada unsur-unsur desakan supaya perdana menteri Najib berundur menjelang sambutan perayaan parti reput itu pada 11 Mei nanti di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang mensasarkan 500 ribu ahli setianya hadir.


Kedudukan Najib sendiri dikhabarkan sudah goyang apabila tindakan sepupunya, Hishamuddin Hussein mengarahkan agar tindakan ganas mesti dilakukan terhadap peserta Bersih sudah bocor dan disiarkan menerusi kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran semalam.


Jika diperhatikan, Umno sendiri sudah berada dalam keadaan defensif apabila enggan menerima kecaman dan kutukan seluruh dunia terhadap petugas media yang membuat liputan perjalanan himpunan hingga mengakibatkan Najib  sendiri terpaksa meminta maaf keda wartawan The Sun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus tiba dari Sibu, Sarawak.


Yang paling untung hasil daripada kekejaman polis yang diarahkan memukul dan menerajang peserta tidak lain tidak bukan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin.


Sememangnya Muhyiddin mahu supaya liputan Bersih dikotorkan hingga memalukan Najib kerana ia adalah peluang terbaik untuknya menggantikan Najib di kerusi empuk perdana menteri.


Hishamuddin pula mempunyai agenda tersendiri.


Sekiranya Najib berundur, peluangnya pula untuk menggantikan Muhyiddin sangat cerah kerana dua Naib Presiden Umno-APCO yang lain kini berebut untuk menjadi Menteri Besar di negeri masing-masing.


Zahid Hamidi dicalonkan untuk bertanding di DUN Rungkup di Perak manakala Shafie Apdal yang panas dengan kontroversi hubungannya dengan aktres terkenal Zahida Rafik yang dikhabarkan sudah bernikah dengan Shafie mengintai peluang menggantikan Musa Aman di Sabah.


Jadi kesempatan ini dipergunakan sebaiknya oleh Hishamuddin kerana tidak ada pencabar lain yang mampu menggugat kedudukannya untuk jawatan pemimpin nombor dua paling berkuasa di Malaysia itu.


Najib yang sudah tersepit tidak mampu lagi untuk menghalang pemimpin di bawahnya supaya terus menyokongnya memandu Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.


Hujahnya jelas, jika Najib  terus dikekalkan Barisan Nasional pasti akan kecundang di tangan Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin meningkatkan momentumnya untuk menguasai Putrajaya.


Ternyata Himpunan Bersih 3.0 mengakibatkan Umno semakin pening dan kini sibuk dengan pesta menuding jari antara satu sama lain, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Yang paling pening ialah (Menteri Dalam Negeri) Hishammuddin (Tun Hussein)," katanya.


Menurut Mohamad, sebelum himpunan Bersih 3.0 itu, menteri tersebut menuduh beliau dan Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamudin Rais mengajak mereka yang berhimpun supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.


"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka," katanya.


Selepas himpunan Bersih pula, kata Mohamad, Hishammuddin mendakwa pula bahawa tindakan polis merampas kamera wartawan adalah sebahagian dari garis panduan operasi polis (SOP).


"Selepas itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) beritahu bahawa bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 itu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis SOP.


"Satu negara nampak menteri itu pening teruk. Saya nasihatkan dia pergi berehat ke Bahamas," katanya.


Beliau berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Hishammuddin menjadi sasaran kemarahan kedua-dua pihak.


"Penyokong PR (Pakatan Rakyat) marah kepadanya sebab berdendam sangat terhadap kekejaman polis terhadap mereka.


"Puak Umno pula marah menteri itu kerana mereka kata dia gagal hadapi Bersih 3.0 yang meranapkan lagi  imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.


Menurut Mohamad, beliau diberitahu oleh mereka yang rapat dengan sumber dalaman Umno bahawa para pemimpin parti itu kini saling menuding jari kepada satu sama lain.


Bersih 3.0 menyebabkan imej Umno makin jatuh merudum, katanya, sebab itulah mereka salah menyalah sesama sendiri.


"Sejauh mana saya tak dapat pastikan tetapi saya juga diberitahu oleh orang-orang yang rapat dengan seorang bekas menteri kanan bahawa (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sekarang marah sungguh kepada Najib.


"Sumber itu yang rapat dengan bekas menteri yang masih lagi di dalam Umno itu mendakwa Dr Mahathir menyifatkan Najib lembik.


"Orang kalau dah marah kepada satu sama lain, kita tak perlu hasut dah," katanya 


Menurut Mohamad, semua itu berlaku kerana mereka menyedari bahawa jumlah pengundi Melayu yang menolak Umno secara umumnya tidak berganjak.


"Di kalangan pengundi Cina pula, memang diketahui umum mereka menolak BN (Barisan Nasional) terutama Umno.


"Selepas Bersih 3.0, walaupun bergurau, saya dengar mereka kata dari 10 pengundi Cina, 9.5 tak akan undi," katanya.


Beliau yakin, Bersih 3.0 seperti lorong tanah perkuburan kepada Umno dan BN.

JALAN PULANG 

1 comment:

Anonymous said...

Apa peduli siapa sabotaj siapa.Polis & Ubn salah dalam hal ini. Kuburkan BN ini PRU13.