Tuesday, May 1, 2012

POLIS MALAYSIA!!! Selain belasah orang , duit orang pun disapu


Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di kawasan Masjid India.


Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.


"Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.


"Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket saya hilang.


"Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya beruniform," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta.


"Mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," kata Chegu Bard.


Kejadian itu menyebabkan beliau cedera parah di kepala, bengkak seluruh badan dan mata lebam akibat dipukul polis menggunakan objek tumpul.


Beliau dan kira-kira 15 mangsa demonstran dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi 29 April lalu.


Katanya, laporan polis itu bagi membuktikan kepada kerajaan Umno BN terutama Menteri Dalam Negeri bahawa polis bertindak di luar batasan.

2 comments:

Anonymous said...

bersabarlah Chegu Bard...siapa yg menganiya tuan, pasti akan dpt balasan nyer..berserahlah kepada ALLAH SWT...

Anonymous said...

An- nisa 58

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.



an nisa 83

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).