Monday, June 18, 2012

TAK MAHU JADI KAMBING HITAM!!! Kenapa Ling Liong Sik suruh hakim Skandal PKFZ tarik diri?


Bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Liong Sik yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.


Sehubungan itu, Hakim Ahmadi Asnawi berkata, kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.


Menerusi notis usul, Liong Sik memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.


Liong Sik mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata.


TRIVIA: SKANDAL PKFZ



Perdana Menteri Najib dan Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu dinyatakan peguam yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.


Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib , Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.


“Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ.


“Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB,” katanya.


Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama.


Katanya, anak guamnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).


Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.


“Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan.


Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar.


Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH.


Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Najib  (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan.


Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.


Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.


Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
JALAN PULANG

6 comments:

Anonymous said...

Kong Kalikong
Menteri sama menteri
Harta rakyat masuk karong
Bagi makan anak bini

HARAM JADAH UMNO BE END!!!!!

maie1958 said...

kena tipu ke tidak apa pm dan cabinet buat,makan tidur ke?kata pm dapat title third world best leaders,apasal kena tipu?menteri kabinet macam dari 'kitchen cabinet'aja?...kalu tak kena tipu apasal lulus projek ini?dua2 sebab pun...pm dan kitchen cabinet dia pun macam lembu,tapi ni lembu ddk kandang lembu(low class lembu)bukan macam lembu kat jat ddk condo!!!!!hahaha

Hamdan Rukun said...

APAPUN INI MASIH TAK DAPAT MENGATASI KEHEBATAN NUAR BRAHIM DALAM MENUKAR HAKIM, MEMOHON PENANGGUHAN...

HE!HE!HE!

Anonymous said...

ikut ko la luncai, syiok sendiri

Anonymous said...

Nuar bukan nak tukor hakim jer silunchai oooiiii..nuar nak tukor UMNO/BN sekali.....UMNO/BN perompak@lanun bersiri masakini....hampeeeehhhhh

Anonymous said...

Hahaha luncai,keturunan bodoh nak komen- komen kat sini..badigol kau ni,sama mcm pengangkap tua tu jgk...