Wednesday, July 25, 2012

PANAS! Pemimpin MIC Perak terbabit video seks?


Seorang pemimpin MIC dari Perak didakwa terbabit dengan skandal seks dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan atau GRO dalam satu klip video.

Kini perkara tersebut tersebar meluas di negeri tersebut malah sudah sampai ke telinga Presiden yang juga pengerusi MIC negeri, G Palanivel.


Untuk memburukkan lagi keadaan, video tersebut kini berada dalam tangan seorang pemimpin Pakatan Rakyat negeri terbabit.


Seorang pemimpin pemuda MIC negeri mengaku menyedari kewujudan video klip tersebut yang dikatakan dirakam di negara jiran di utara Semenanjung Malaysia, beberapa lama dulu.


Dikatakan bahawa pemimpin MIC yang terlibat dalam video klip tersebut berhasrat mahu menjadi calon salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihanraya umum akan datang.


Difahamkan video klip tersebut akan disebarkan menjelang pilihanraya umum yang dijangka September ini sebagai satu cara "mematikan karektor" dan mencemar imej buruk MIC.


Parti berasaskan kaum India tersebut berminat untuk bertanding dua kerusi parlimen iaitu Tapah dan Sungai Siput dan empat kerusi DUN yang akan ditentukan kemudian.


Hanya ada dua cara MIC mampu bersihkan skandal ini iaitu, tidak mencalonkan pemimpin terbabit atau menafikan penglibatan dan benarkan individu itu terus menjadi calon.


Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, maka ia satu lagi tamparan hebat buat MIC dan Barisan Nasional selain menghancurkan terus imej Perdana Menteri Najib Altantuya untuk mengekalkan pemerintahan BN yang dirampas secara haram dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009 lalu.


Lagi perkembangan lanjut akan menyusul.


JALAN PULANG

1 comment:

Anonymous said...

adoi..jgn dok ikot la mainan umno...udah2 la ngan seks nyer..bosan la..