Saturday, September 29, 2012

VIDEO HARGA GULA NAIK!!! Selepas Bajet 2013, harga gula pasti naik kerana subsidi sudah ditarik


KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.
  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.

"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.

"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.

Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. 
Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.

Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.

"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.

15 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

PUNYA PANJANG BELANJAWAN, MAHFUZ HANYA MAMPU ULAS HARGA GULA JER..

HE!HE!HE!

Anonymous said...

harap paspb ulas sekali berkenaan 'belanjawan' dana pilihanraya tongkat tok guru berharga RM12 ribu. mempergunakan wang rakyat untuk adegan 'derma' bagi menghalalkan RM12 ribu masuk ke tabung pakatan adalah merupakan satu perkara yang jijik. adalah lebih baik duit berkenaan diberikan kepada rakyat kelantan yang masih terperangkap dalam kemiskinan.

Anonymous said...

aksi lajim membeli 'surat cinta azizah' dengan harga RM50 ribu juga sangat meragukan. lajim tidak dapat menerangkan dengan jelas wang siapa yang digunakan untuk 'duit derma' berkenaan masuk ke tabung pakatan. sekiranya duit rakyat yang digunakan, malang sekali rakyat malaysia mendapat pemimpin seperti beliau

Anonymous said...

tu tak termasuk teddy bear teresa kok yang berharga RM10 ribu. rakyat tertanya-tanya, dari mana pemimpin pakatan mempunyai duit yang begitu banyak. adakah berkat amalan kronisme dan salah guna kuasa yang diamalkan selama ni?

Anonymous said...

dengan lakonan 'derma' yang ditayangkan, tidak hairanlah cara hidup pemimpin pakatan sememangnya mewah dengan anuwar mampun naik jet peribadi dan memiliki bas mewah 2 tingkat. padahal janji manifesto untuk membantu rakyat terutamanya golongan miskin tidak dilaksanakan. khalid pula bila ditanya mengenai manifesto yang masih tergantung, menjawab manifesto bukannya perjanjian dan tidak semestinya dilaksanakan. macam ni ke pemimpin yang kita mahu, hanya menabur janji, tapi mungkiri dan hanya mengutamakan kroni?

Anonymous said...

gelaran yang diberikan kepada mahfuz sebagai 'mahfuz bean' adalah tepat, kerana belanjawan yang berjela-jela panjang, tapi dia hanya mampu mengulas pasal belanjawan gula saja. kita dapat menilai kapasiti maklumat yang dapat masuk ke otaknya semasa belanjawan dibentangkan.

Anonymous said...

Ramai orang Melayu gunakan gula untok buat kueh untok di jual setiap pagi dimana saja di malaysia
ni. Bila harga gula naik alamat naiklah harga kueh itu. Bukankah itu juga mengecilkan pendapatan rakyat. Tak guna ada ribu ribu dok tahap tu juga.

Anonymous said...

Jgn kita mengundi pakatan kerana mereka membazirkan wang rakyat untuk kesenangan dan kemewahan diri sendiri. Undilah bn yg membela nasib rakyat.

Anonymous said...

Kesemua makanan berasaskan gula akan naik.. minuman akan naik harga, kuih2 naik harga,harga air meneral pun mungkin naik sebab org yang bawa air meneral kena minum air juga, air bergula untuk tambah tenaga.. hehehe...

Anonymous said...

Standard pemimpin pakatan semua mcm mahfuz ni. Otak bodo tak blh proses byk maklumat. Jgn haraplah aku nak pangkah pakatan nanti.

Anonymous said...

kasihan pd sorang pencacai umporno yg komen di sini sbb dah terlalu kontang idea nak komen.

dia sorang je komen , konon nak tunjuk byk org umporno komen. memalukan aje

Anonymous said...

Kita biar je mamat umno tu komen sorang. Lebih banyak merepek dia tu.

Anonymous said...

He.. He.. Menggigil blogger paspb tak dpt berhujah. Kesian.. Jgn risau, cuba tanya nik abduh ada dpt wahyu baru tak?

rakab said...

Terlalu banyak perkara baik yang telah diumumkan dalam bajet 2013..

Puak pakatan hanya nampak subsidi gula dikurangkan 20 sen tu ajer...

memang haprak laa pembangkang kat Malaysia ni !!...

Anonymous said...

Biar ler pencacai UMNO-APCO tu komen...lagi banyak dia komen, lagi bagus, PASB senyap je...xyah layan dia tu, buang masa...biar dia meroyan sorang2. Rakyat tau menilai antara fakta & auta. Sekarang tahun 2012 bukan 1950'an. Lagi banyak dia komen lagi bagus, dari situ masyarakat tau taraf mentaliti pencacai UMNO_APCO ni.