Wednesday, October 31, 2012

DAH MAKAN BAGI CEK TENDANG!!! Cuba teka parti mana berperangai hodoh ini?

http://1.bp.blogspot.com/-RDB2hPoxl8c/T6sZhrSMGQI/AAAAAAAAB2s/6oYwmxhXyAk/s1600/logo-umnoX.jpgIPOH – Seorang pengusaha katering berang selepas menerima cek tendang dan menyebabkan wang yang sepatutnya diterima dua bulan lalu masih tertangguh sehingga sekarang.

Pengusaha katering, Jamal Mohd Amzan, 46, berkata, dia menerima tempahan daripada seorang lelaki yang juga pemimpin dari sebuah parti politik untuk jamuan hari raya September lalu di Kampar.

Menurutnya, sejak mengusahakan katering 25 tahun lalu, ini adalah kes pertama yang melibatkan penipuan ribuan ringgit selepas semua tempahan disediakan untuk orang ramai.

“Atas dasar kawan, saya mempercayainya kerana sebelum ini dia juga menempah makanan untuk jamuan hari raya dan membayar terus pada masa itu. Saya tidak sangka pada tahun ketiga itu, dia buat hal,” katanya ketika sidang media di Pejabat PKR di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas menghubunginya beberapa kali, lelaki itu akhirnya memberikan RM700 melalui rakannya, bagaimanapun ia tidak terhenti di situ kerana masih banyak lagi bakinya memandangkan jumlah keseluruhan kos tersebut adalah RM2,980.

Katanya, lelaki itu yang terus didesak untuk membayar baki wang tersebut kemudiannya memberikan cek bernilai RM3,000 tetapi sayangnya cek tersebut cek tendang.

“Saya juga pelik kerana jamuan kali ini, hanya katering saya sahaja yang diberi peluang untuk menyediakan makanan berbanding tahun-tahun lalu. Saya tak sangka dengan apa yang menimpa diri ini.

Jamal yang buntu dengan keadaan ini turut berjumpa dengan beberapa orang besar yang berkaitan dengan lelaki  itu untuk menceritakan masalahnya agar ada tindakan dari mereka tetapi sehingga kini tiada maklum balas positif.

Menurut Jamal, dia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan penipuan yang dilakukan dan akan merujuk perkara itu melalui tindakan undang-undang.SH

5 comments:

Anonymous said...

ameno la, parti mana lagi

Anonymous said...

Umnooo dh sengkek skrg...kantung dh kosong...DLM UMNOO..Ada wang ada kerja...xda wang...jalan daaaaa..huhuhuhuu

Anonymous said...

Ummmmph Noooo money yek..hihihihi....tak dak duit jgnlah berlagak ada duit....kesian org yg menyediakan makanan tu....dia pun nak hidup......

madbi said...

pecaya la lg... bagi lagi hutang, esok lu sama anak bini lu sekali dia sebat!

madbi said...

pecaya la lg... bagi lagi hutang, esok lu sama anak bini lu sekali dia sebat!