Wednesday, October 31, 2012

UMNO/BN TINDAS RAKYAT!!! Rujuk Peguam Negara, tetap mahu laksana kamera AES di negeri Pakatan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan merujuk kepada pegawai undang-undang dan pejabat Peguam Negara tindakan empat kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, perkara ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik kerana tujuan sebenar pemasangan AES ialah untuk melindungi rakyat di samping membentuk masyarakat berhemah dan berdisiplin di jalan raya.

"Kita akan merujuk kepada pihak Peguam Negara berhubung pelaksanaan di negeri-negeri pembangkang ini. Saya tidak pasti mengenai peruntukan undang-undang berhubung perkara ini, sama ada mereka (kerajaan negeri) mempunyai hak terutamanya lampu isyarat, yang mungkin terletak di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Begitu juga jalan-jalan persekutuan atau lebuh raya yang di bawah PLUS. Walaupun ini berada di negeri-negeri mereka (pembangkang) tapi jalan raya ini adalah milik orang awam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual Radio24 di Wisma Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, empat kerajaan negeri yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, keputusan untuk melaksanakan AES itu dibuat sudah begitu lama dan bukanlah satu tindakan yang terburu-buru.
Malah, katanya, isu kronisme dalam pemberian tender kepada syarikat pelaksana tidak timbul kerana penilaian berhubung kebolehupayaan syarikat berkaitan dilakukan secara telus.

Beliau berkata, daripada sembilan syarikat yang berminat, tujuh dinilai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal berhubung keberkesanan sistem itu.
"Sistem ini telah dikaji sejak 2003, pada 2006, kabinet telah buat keputusan dan operator telah dipanggil untuk dinilai pada 2007 di samping beberapa pindaan undang-undang dibuat pada 2009 dan 2011," katanya.- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

knpa PM takut sgt nk bubar parlimen.. aku dh x sabar nk humban kerajaan zalim masuk kubur..menyusahkan rakyat..

Anonymous said...

Kalau kerajaan skrg tumbang, mcm mana diorg nk maintain hdup mewah, keta mewah...xde duit nak songlap maa..