Wednesday, October 31, 2012

PERANGAI HODOH UMNO!!! Maki hamun dan halau MB Selangor dengan parang

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.


Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.


Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.


Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.


Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.


Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.


ReJaM© "
Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... "


7 comments:

Anonymous said...

jadilah rakyat yang waras. walau sebenci mana pun pada seseorang jgnlah sampai hilang kewarasan. bagaimana rasanya diri kita diperlakukan demikian?

Anonymous said...

hilang segala budi bahasa, sopan santun..rasanya melayu ni spesis tinggal dalam gua..kalau tak puas hati kat seseorang tu tunjuklah dengan cara yang matang lebih-lebih lagi peristiwa ini berlangsung masa umat Islam sedang meraikan ibadah hari korban..

Anonymous said...

kalau dah nama pencacai.. pencacai jugak..pencacai umno taik

Anonymous said...

Betul ke yg halau tu org umno? Entah2 blh jadi jugak geng assmin aiskrim. Diaorg skrg tgh tak sebulu

iszhar said...

Apa lah masalah juak-juak UMNO....sudah-sudah la tu.....cuba terima dan hormat sikit keputusan rakyat nak Tan Sri Khalid....kat tempat lain x de pun PR halau MB mcm korang...guna la otak sikit....kekadang kesian gak tgk perangai juak-juak umno ni...
*lawan tetap lawan*

*http://cowayforall.blogspot.com/*




Anonymous said...

Pilihan raya lepas patutnya BN dah kalah awal2.. dah tipu undi pos, buat mycard kat pati, main tipu songlap sana rasuah sini pun menang tipis je?? PRU kali ni mmg jatuh terus xkan bgun2 da la BN..hihi

Anonymous said...

Korang ingat beruk2 tu nak ke buat mcm tu kalo x dpt upah RM20????????