Wednesday, October 10, 2012

RAKYAT UNTUNG!!! Selepas air percuma, kini tol percuma di Selangor

Tol Selangor (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?

Inilah antara berita terbaru yang admin terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.

Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor!!!!!!!!...........

Admin diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.

Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :
  1. Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
  2. Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
  3. SPRINT (KPS)
Kalau disemak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.
hapus Tol (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?
Sumber : The Star Online

Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :
  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305%
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta
  • ROI : 978%
  • Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan  Lebuhraya Cheras-­Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
  • Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
  • Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
  • Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
  • Kos Pembinaan : RM282 juta
  • Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
  • Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Tempoh konsesi : Sehingga 2030
Tol Malaysia (BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda? Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. 
 
Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

PAKATAN MENANG.. RAKYAT HIDUP SENANG...PAKATAN KALAH.. PARA PEMIMPIN UMNO HIDUP MEWAH DENGAN GEJALA RASUAH TETAPI RAKYAT KEKAL HIDUP SEMAKIN SUSAH.OMAK KAU

1 comment:

Anonymous said...

aku stuju sgat tu...bkn apa,lu dh smpai thap blk modai,dh la.ni nk gk msuk kopek lg..hagggtuiiiii....nk trhtang budi apa lg ngan dorg2 ni..tuka je krajaan yg dok ada ni.perabih duit rkyat je