Thursday, October 18, 2012

TAWARAN TERBUKA BUAT LEMBU UMNO!!! Bawa kereta lembu kawasan 30 km sejam yang dipasang kamera AES

http://1.bp.blogspot.com/-5COhyRK7yVs/T70pDl0pi3I/AAAAAAAABN0/M43aiNXD6bk/s1600/554457_3949383734573_1279494341_3597385_1882090709_n.jpg 
 Jangan laju-laju wahai lembu umno nanti kena saman

KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.

Justeru, PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.

“Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini, katanya kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal.

“Kereta lembu pun lebih laju dari itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, katanya PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.

Menurutnya, lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.

Bayangkan, ujar beliau kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.

“Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.

“Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti  ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya,” katanya.


PAS, ujarnya mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.

“PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.


“Beri kami satu peluang untuk buktikan,” ujarnya.

8 comments:

Anonymous said...

sekor lembu umno yang selalu dok komen dalam blog ini sangat disyorkan sambut tawaran ini.

Lebih baik daripada dok buat komen bodoh lari dari topik dan copy paste

Anonymous said...

Tuan ibrahim tuan man ni ke org yg suruh pengikut pas jgn mengerjakan haji tahun ni sempena persiapan menuju putrajaya? Kalau org khadam dap mcm ni, lbh baik kita tolak pendapat dia utk mengelakkan kebodohan dia terpalit dkt kita.

Anonymous said...

Kan dah kata, lembu umno ni tak sesuai di dunia blog sbb komen luar topik. Sesuai bawa kereta lembu yang ditawarkan.

Jika lembu umno sekor ni komen lagi , sah la dia syaitan yang dikenali

Anonymous said...

mengapa nak bersusah payah berdemo atau berbagai-bagai untuk gagalkan. buat kempen seluruh negara agar patuhi undang-undang jadi tak payah nak bayar saman...bankrupt la kompeni tu. bukankah berpahala mengajak manusia kearah kebaikan? Kerah semua penyokong PR agar patuh..habis cerita!peratusan kaki rempit dan pesalah trafik ni tak ramai sangat pun...

Anonymous said...

sebelum label saya sebagai orang UMNO ke apa cuba fikir betul-betul..undang-undang itu digubal untuk menyelesaikan kemasyalatan ummah, Islam juga menyeru agar mematuhi undang-undang. jadi tak salah mengajak ummah mematuhi undang-undang sambil menafikan keuntungan kepada kroni ke apa ke...yang penting undang-undang itu dipatuhi untuk kebaikan semua.

Anonymous said...

undang2 tu baik tapi niat tu nak belasah duit rakyat , itu yang tak baik

Anonymous said...

Ala,tak kena kat batang hidung sendiri,boleh la ckp.try kena tgk.cnfirm maki hamun pnya.mcm la org tak kenal puak umno ni mcm mana.sama je kat mana2 pun

Anonymous said...

padan muke syaitan yg dikenali.. hikhikhik!