Thursday, October 18, 2012

VIDEO TERKINI!!! Adnan Yaakob nak bergaduh dengan Orang Asli



Bodoh, bangang: Adnan dituntut mohon maaf

TEMERLOH: Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.
Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.

(Gambar: Orang Asli yang berdemo sebelum menyerahkan memo kepada MB.)

Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang.

5 comments:

Anonymous said...

saya orang melayu tulin, tak de pun kerajaan beri tanah percuma. dah 60 th umur sekangkang kera pun kerajaan tak bagi tanah.banyak cantik bila teroka ngaku hak nenek moyang. kalau dilayan sebesar banjaran titiwangsa mereka tuntut.ada ke nama orang asli ong chong, cina kot, dia kawin dgn orang asli pasal nak tanah. saya menyokong MB pahang jgn dilayan kerenah OA ini. kepada peguam ahmad nizam, jgn lah pasal nak undi PKR sanggup membela yg bukan-bukan. parlimen saya PKR bertanding, wajar kah saya mengundi nya apabila karenah ahmad nizam menyakitkan hati saya. jawapnya takkan saya undi. terima kasih MB yang bertegas tapi jgnlah sampai nak bertumbok, senyum je depan diorang tu.

Anonymous said...

memangla ko tak dapat percuma tapi berapa ramai pemimpin umno dapat percuma. Sebabnya ko sokong sembrono tak kisah apa pemimpin umno buat.

Anonymous said...

Cuba tanya tok guru blh dpt tanah percuma tak? Tanah balak dia blh kasi dkt kroni.

Ajib said...

apa daa...klu tok nenek moyang abah moyang atok moyang ko hidup lg ko tnya dorg..dorg dpt tak tanah yg dorang teroka tu..dorang bknnya beli pun..apa ke bangang yg geng2 syaitan yg dikenali nih..adenan mmg dikenali sbgi sorg yg tidak Islamic dan krg ajar..dah itu hak OA bagi jer lar..dorg rkyt msia gak..bknnye dorg demo secara ganas atau merbahaya..yg merbahaya ialah keturunan2 syaitan2 yg dikenali yg terdiri oleh org2 umngok dan be end..yg mengaut segala hasil bumi..titik peluh org lain secara haram,paksa,ugutan,rasuah dan sebagainya...apa da..aku nk tnye satu lg..apa mksud tulen..ko yakin ko sorg melayu tulen..udah periksa susur galur family ko..yakin tiada campuran bangsa lain..jgn bangga dgn melayu..tiada sorg melayu pun yg merubah dunia..mencipta sejarah dunia..berpegang pada Islam cukup

rosman man said...
This comment has been removed by the author.