Thursday, October 18, 2012

UMNO KAKI PEMBOHONG!!! "Kami dapat air percuma sejak tahun 2011" - Penduduk Flat Taman Medan Cahaya

PETALING JAYA - Penduduk Flat Taman Medan Cahaya kesal sikap dengan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa didalangi Umno menggunakan pangsapuri mereka untuk memfitnah Kerajaan Negeri kononnya gagal memberikan air percuma kepada penduduk taman terbabit. 
 
Sedangkan menurut penduduk yang ditemui, mereka mula menikmati 20 meter padu air percuma sejak tahun 2011 lagi seperti yang dibuktikan dalam bil air yang ditunjukkan kepada Selangor Kini.
Menurut A Ramlee Yahaya, 48, yang mendiami Blok H memberitahu majoriti peserta demontrasi tersebut merupakan ahli-ahli Umno dan orang-orang luar yang tidak beliau kenal.

“Saya tahu sebab banyak muka yang saya tak pernah tengok pun dan ada juga yang saya dapat cam orang luar seperti bekas calon PRU-12 dari Umno, Munaliza Hamzah (bekas calon Umno Taman Medan) bukan penduduk kami.


“Selain itu orang-orang Umno seperti Ruslan Baba memang main peranan penting dalam demontrasi itu, tetapi orang sini sendiri memang tak ramai yang sertai,” ujar Ramlee.

Menurut Ramlee lagi, beberapa jawatan penting dalam Persatuan Penduduk Blok H juga dimonopoli beberapa pemimpin Umno peringkat akar umbi sekaligus menyebabkan kepentingan politik dibawa ke dalam persatuan itu.


Ramlee yang berada di lokasi ketika demontrasi itu diadakan, menganggarkan seramai kira-kira 150 orang yang menyertai demontrasi tersebut, bukannya sehingga 3,000 yang disebut oleh media perdana.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam memberitahu sebelum demontrasi ‘menuntut air percuma’ itu diadakan, persatuannya dimaklumkan tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.


“Bila demo berlangsung, filem hina Nabi tak disentuh langsung, tetapi tuntutan air percuma pula yang dilaungkan, sedangkan kami dah terima air percuma,” kata Fuad yang kesal tindakan Umno menipu penduduk dengan menggunakan isu filem hina Nabi.

Terdahulu, media arus perdana menyiarkan laporan penduduk Taman Flat Medan Cahaya mengadakan demontrasi menuntut bekalan air percuma dari Kerajaan Negeri.


Bagaimanapun menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha, penduduk di situ mula menikmati air percuma apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengemukakan permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membolehkan pemberian tersebut disalurkan kepada unit-unit kediaman di situ. ~selangorku

5 comments:

Anonymous said...

Walaupun khalid cakap tak perlu tunaikan manifesto krn bukannya perjanjian, tapi still kasi air percuma. Respect

emas gsr said...

Bagus la kalau memang rakyat dapat air percuma ,cuma kenalah gunakan ia sebaik mungkin. Jangan membazir sebab membazir kerja syaitan.

Ajib said...

x abis2 cite pasal air percuma nih..umngok n be end xpnh bg pun selama nih..byk ckp plak..psl isu air percuma..aku duk sgor pun dh lama sejak pr amik alih ada yg aku xpnh byr air dan ada yg aku byr..yg byr tu pun disebabkan apartment yg aku duk tu menggunakan meter pukal bkn meter individu..pemaju sudah tentu ada perjanjian dgn pbt berkenaan air nih..p tnye syabas sekiranya pemaju bersetuju utk menukar meter pukal ke meter indidvidu..bpe tinggi dorg caj..caj tu plak sape nk tanggung..pemaju??pemilik/penyewa rumah???..xsemua yg mampu..kalau dh hebat sgt komen pasal isu air..sarawak dgn sabah tu pun bpe ramai lg org xde kemudahan air..kaya tu kot swak..minyak n balak byk tu..xkan xmampu bg rkyt kot..lain r sabah ngeri yg termiskin rkyt nye..tp puak2 umngok kt situ kaye raye...

Lanvin Clichy said...

Umnogok ni keje bodohkan rakyat je sng le dorg perintah

Anonymous said...

Yang bodoh-bodoh tu pun semua dalam UMNGOK.Mahdhir Kata.Sebab tu mereka tak tahu menilai.