Wednesday, October 3, 2012

TU DIA!!! Bongkar gaji CEO Tabung Haji RM 85 RIBU sebulan, bonus RM 700 RIBU




Satu lagi pendedahan terbaru berkaitan Tabung Haji terbongkar hari ini!

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu!

Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri.


Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku.


Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz.


Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.


Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan.

Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan.

"Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.

Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.

Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee.


JALAN PULANG

35 comments:

Larasepi said...

cilaka..aku haramkan walau sesenpun ..titik peuh aku dlm tabung hj tu.semoga mampus dihimpit tanah.

Larasepi said...

CILAKa...aku haramkan walau sesen pun duit titik peluh aku yg terlibat..semoga mampus dihimpat tanah!

Anonymous said...

aku haramkan segala titik peluh yang aku simpan di t/haji untuk ibadah dan anak-anak aku bagi kegunaan kepentingan yang haram jadah...tanya CEO tu dia ada simpan ke...biar mampus dihimpit tanah dan dibakar di api neraka

Anonymous said...

Patutlah kos mengerjakan haji tinngi,rupanya nak bagi kt mulut2 depa ni la...

Hussin said...

Buat apa nak menyumpah, tak ada menafaatnya, dapar dosa jer. Untuk kita yang gaji kecik ni RM85 ribu sebulan memang nampak tersangat besar. Tetapi mungkin itu lah harga pasaran sekarang. YB Mahfuz pun silap sebenarnya. Mereka yang bekerja kontrak sememangnya patut mendapat gaji lebih besar dari yang bekerja tetap kerana mereka cuma bekerja untuk tempoh yang terhad dan bukan sehingga umur bersara.

Tetapi yang lebih penting bukan jumlah gaji tetapi sumbangan mereka. Kalau gaji dia RM85 ribu sebulan dan dia dapat menjana keuntungan RM100 juta untuk Tabung Haji maka gaji beliau tak mahal sebenarnya. Kalau gaji dia RM1,500sebulan tapi dia menyebabkan Tabung Haji rugi RM1 juta gajinya cukup mahal. Macam PM kita gaji cuma RM40 ribu sebulan rasanya tetapi jika dia menyebabkan negara rugi berbilion RM makagaji beliau tersangat mahal.

Anonymous said...

Standard yb mahfuz bean, bercakap sblm berfikir. RM85 ribu utk ceo tu standard lah. Gaji member aku doktor consultant hospital RM100+ ribu sbln tak kecoh pun. Mahfuz bean ni selalu mkn kepala ikan ke?

Anonymous said...

Padan pun itulah tahap pemekiran YB ni yang berkelulusan SRP aja tapi yg malangnya ada pula org dengar cakap dia.

Anonymous said...

ni ke standard pemimpin yang kita ada? kalau yb mahfuz otak lembap, tolonglah buat reserch dulu sebelum bercakap. paspb ni pun selalu sangat perbodohkan diri sendiri. tolonglah jangan siarkan pasal mahfuz lagi, sbb mahfuz ni memang terkenal terencat akal dikalangan orang pas. dia ada jawatan dlm pas pun sbb dia ni dari puak parasit erdorgan anwarinas. buat malu kita je.

tolonglah paspb, grow up sikit. belajar daripada blogger yang lain cara nak sebarkan fitnah supaya tak kantoi. ko tak ingat ke nasihat aku masa last day kursus intensif sebar fitnah anjuran pakatan dulu?

aku harap lepas ni ko berubah. make sure ada improvement tau lepas ni.

Anonymous said...

Standard gaji kepala bapak engkau...ini lah dikatakan pecah amanah..penyamun duit rakyat...ini pun lebih kurang kes lembu kondo...umno perosak Dan pengkhianat negara

Anonymous said...

RM85 ribu gaji CEO kontrak tabung haji, kepala hangguk dia. Agak2 lah bai. Ini dah kira penyelewengan dah ni. Mcm mana GLC nak maju, kalau pendapatan GLC byk guna utk gaji CEO? Berhemahlah sikit wei, CEO. Potong sketlah gaji tu.

Anonymous said...

Itu sebabnya Tabung Haji tidak boleh bayar keuntungan/bonus 10% kepada pencarum sepertimana satu ketika yang lalu???!!!

Anonymous said...

emm... kalau nak dibandingkan gaji ceo tabung haji dengan duit maintainance jet anuwar tu, kecik je isu ni. apadah orang pas ni, kecoh betul.

Anonymous said...

komen lembu umno nak mempertahankan ceo TH semuanya melambang mereka syaitan dikenali

Mat Bon said...

Salam, saya harap tiada sesiapa akan melabelkan saya lembu umno di atas apa yang saya tuliskan di bawah.
No 1, memang gaji level CEO syarikat bersaiz Tabung Haji macam itu. Itulah gaji mereka sekarang, itulah gaji mereka jika sekalipun PAS memerintah.
No 2, memang trend top executives diambil berkerja secara kontrak. Itulah amalan disemua syarikat besar dan GLC yang lain.
Point saya, tak ada penyelewengan disini (gaji sebegini) dan tak timbul isu tak halal, dan sebagainya.

Anonymous said...

Bagi mereka yang kurang faham tabung Haji tak usik satu sen pun wang penyimpan malahan diberi pula keuntungan setiap tahun. Sebenarnya mereka yang tak cerdik atau nak tunjuk cerdik aja yg membangkit isu ini.

Anonymous said...

banyak sgt elaun tu, kalau untung pun jgn la beri elaun yg melampau. bg la peluang pr perintah , baru kita tahu boleh kurang atau tidak elaun tu/ di kedah dulu elaun glc kedah tinggi mcm ni. bila pr perintah boleh pun turun . baru la glc catat untung yg selama ni rugi. kat penang dan selangor pun gitu.

Anonymous said...

Nanti kalau pakatan memerintah, elaun ceo glc turun tapi elaun pemimpin naik + tambahan elaun utk jet peribadi. Lagilah teruk. So, lbh baik kita kekalkan krjn bn skrg.

Anonymous said...

Syarikat berkaitan kerajaan ni tempat menyimpan perompak terhormat. Berbagai jawatan diwujudkan untuk memberi wang kepada bekas orang kuat politik sedangkan jawatan tersebut sangat tidak perlu serta membazirkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat. Pegawai yang berjawatan tetap dan berkelulusan tinggi terpaksa akur dengan pegawai lantikan kontrak yang berkelulusan lebih rendah dan berlagak lebih pandai.

rakab said...

Terbaik dari Jeringdaily

Sebab-sebab Pas dikatakan parti sesat..

1 PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983).

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”.

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”.

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”.

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”.

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak).

Anonymous said...

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara.

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-1

Anonymous said...

blog sendiri tiada pengunjung, mari berak di blog orang . itulah perangai lembu umno, setan dikenali

Anonymous said...

Cai setan dikenali dok meroyan mcm tgh mabuk arak Thai Song. Hang ckp macam mana pun, org tak caya dah, dasar kaki spin.... kahkahkah.

Anonymous said...

Mcmmana GLC nak untung, kalau duit byk dihuna utk bayr gaji CEO. Gaji CEO tinggi satu hal, CEO belaan UMNO pun byk yg sepies bodoh alang, dan tak berkelayakan. Naik cara cepat. mmg susah nak majulah GLC tsbut.

rakab said...

0018,

Nak menyampaikan maklumat benar memang perlu ke rumah orang...kira berdakwah ler tu..

hehehe

Anonymous said...

cikaro 1.49,

Tak ada orang percaya ker ?

tapi pilihanraya kampus baru ni menunjukkan mahasiswa pro pembangkang dah tinggal nyawa ikan..

muahahahaa

Anonymous said...

Mcmmana GLC nak untung, kalau duit byk dihuna utk bayr gaji CEO. Gaji CEO tinggi satu hal, CEO belaan UMNO pun byk yg sepies bodoh alang, dan tak berkelayakan. Naik cara cepat. mmg susah nak majulah GLC tsbut.

Gefren rakab CIKARO.kahkahkah.

Anonymous said...

Wahai Rakab yg CIKARO (CIntai KAk ROsmah)....

Hang tak abis2 menyalak mcm cihuahua nak menspin fakta. Hang ckp macam mana pun org takkan pcaya dah ckp kau. Janji Pro-M menang 26-0 ke atas Asspigracist masa PRK 2012. hahaha

Anonymous said...

Wahai Rakab yg CIKARO (CIntai KAk ROsmah)....

Hang tak abis2 menyalak mcm cihuahua nak menspin fakta. Hang ckp macam mana pun org takkan pcaya dah ckp kau. Janji Pro-M menang 26-0 ke atas Asspigracist masa PRK UIA 2012. hahaha

gelfren Rakab anak Dato' yg CIKARO? said...

Mcmmana GLC nak untung, kalau duit byk dihuna utk bayr gaji CEO. Gaji CEO tinggi satu hal, CEO belaan UMNO pun byk yg sepies bodoh alang, dan tak berkelayakan. Naik cara cepat. mmg susah nak majulah GLC tsbut.

Gefren rakab CIKARO.kahkahkah.

rakab said...

cikaro 4.53, 4.54,

Bawak bertenang,..jangan meroyan.
Awak tu dalam pantang,..takut jatuh pulak peranakan kau nanti !

muaahahahaa..

Daripada 20 buah IPTA, berapa pro mahasiswa @ PR menang ??

tolong jawab...

Anonymous said...

Hahaha Rakab CIKARO,

At least pencapaian Pro-M meningkat tahun ketahun. Dgn OPS 2020 Najib pun gagal nak tawan UIA.
Anyway, CEO tabung haji mmg spesies bodoh alang, gaji nak byk, tapi kerja tak reti nak buat, kelulusan rendah. Last2 byk GLC rugi psl spesies diorg lah.Kahkahkah.

Anonymous said...

hidup mahfuz bean. i like

Anonymous said...

sekejap anon , sekejab jadi rakap . dua2 sama lembu umno

Anonymous said...

True and false. The CEO salaries and allowances are derived from the SALARY COMMITTEE AND AUDIT COMMITTEE APPROVED BY THE BOARD OF DIRECTORS. THE PM's salary and perks are under the purview of Cabinet and YDPA. Therefore, the losses which either party at the above 2 helms will definitely not collerate with how much salary each one earns. Pls distinguish both terms. Losses are made due to incompetency and sometimes acts of malice internally and/or externally. Hurm...-Muhamad Nafi (naffyc@yahoo.com)

Anonymous said...

Kalau pendeposit dapat dividen lebih 15 peratus macam bank rakyat.Gaji CEO ok la sebanyak itu sebab dia pandai menjana keuntungan.ini 6% tak setimpal .orang biasa yang ada ijazah pun boleh jana pendapatan banyak itu.