Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak tadi
bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi,
Khamis lepas. Di Iskandariah, lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di
halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang
membakar Pejabat FJP Iskandariah, yang terletak dekat masjid tersebut,
Jumaat lalu. Bagi mereka, tindakan samseng yang penngecut tersebut
dibuat kerana pada hari Jumaat tersebut sebahagian besar ahli dan
petugas Ikhwan menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana
Ittihadiyah, Kaherah.
"Hari ini, mereka dapat melihat bahawa masih ramai rakyat di Iskandariah yang bersama Mursi." Himpunan turut diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, antaranya di Masjid Rab'ah dan Masjid Khazandar di Syubra.
Selain itu, puluhan ribu membanjiri lokasi utama di Suez, Bani Suwef,Dumyat, Port Said, Mansurah, Fayyum dan Menufiyah.

Meskpin rakyat keluar tanpa sebarang senjata, tetapi musuh Ikhwan
menggunakan kumpulan samseng untuk terus menyerang pejabat mereka hingga
menyebabkan kematian kepada seorang pemuda, Islam Fathi Mas'd (gambar)
yang berusia 15 tahun. Beliau meninggal dunia setelah kumpulan samseng
menyerang Pejabat Ikhwan di Damanhur.
Albaradei Pengkhianat
Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta
Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan
keputusannya Khamis lalu.
Dr.Mohammad Barad'ie |
Intim sungguh hubungan Barad'ie dengan Amerika. Masakan tidak, Barad'ie pernah berkhidmat dengan PBB sebelum ini.
Inilah tokoh aliran liberal/sekular yang akan menentang habis-habisan pelaksanaan syariat Allah atas muka bumi Mesir.
Dia juga antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.

Provokasi luar ingin jatuhkan Mesir
Mufti Pergunungan Lubnan, Syeikh Muhammad Ali Juzu (gambar) mengingatkan
kemungkinan apa yang berlaku di Mesir waktu ini terdapat "unsur
provokasi asing menentang Presiden Mursi dan rakyatnya" setelah
pendirian Mesir kali ini yang menyatakan sokongan terbuka kepada
perjuangan umat Islam di Gaza ketika diserang Israel minggu lalu.
Tambahan menurut beliau, keengganan Mesir menutup pintu sempadan Rafah
menambahkan 'kesengsaraan' musuh Mesir yang menyebabkan bantuan
kemanusiaan datang mencurah-curah kepada Gaza, berbeza dengan tindakan
ketenteraan Israel ke atas Gaza tahun 2008 dahulu.
Bagi saya, kenyataan Mufti Lubnan ini ada benarnya kerana ia seakan-akan
dirancang. Lebih jelas, sudah lima hari kumpulan samseng 'mengamuk' di
Jalan Mohammad Mahmud menentang pasukan polis yang tidak diketahui
matlamat mereka, kebanyakan mereka adalah masih di awal usia 15 tahun.
5 comments:
Memang samseng. Tapi unit amal pas lagi samseng, mcm kongsi gelap
Org pas pernah tanya tak kenapa ikhwanul muslimin mengambil lambang dacing seperti bn? Kenapa diaorg tak amek lambang mata satu mcm pkr atau lambang bulat mcm pas?
itu je beruk umno boleh komen
Oit org umno..xde modal ke? Bosan laa..
Cepat benar syaiton yg dikenali muncul kat sini.....
Post a Comment