Wednesday, November 21, 2012

BUKAN MAT ISA & SHAHIDAN!!! Tapi dua bekas menteri berebut jadi MB Perlis

PETALING JAYA: Dalam usaha untuk meredakan konflik perebutan jawatan Menteri Besar di Perlis, dua ahli Parlimen akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Mereka ialah ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar).

Menurut sumber, Azmi akan bertanding DUN Beseri manakala Radzi di Kuala Perlis.

Kerusi Menteri Besar menjadi perebutan di kalangan wakil rakyat Umno sejak `pemecatan’ Datuk Seri Shahidan Kassim dalam pilihan raya umum 2008.

Kumpulan penyokong Shahidan tidak mahu menerima Datuk Seri Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar yang dilantik pada 2008.

Sehingga kini krisis kepimpinan Umno negeri belum selesai sepenuhnya walaupun Shahidan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perlis.

Kontroversi jawatan MB

“Dua muka baru yang dijangka bertanding ialah bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh di Parlimen Kangar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin di Padang Besar.
 
“Hashim dan Zahidi kedua-duanya tokoh berpengalaman dan sudah tentu boleh menang di Kangar dan Padang Besar,” kata sumber itu.

Menurut beliau, dengan membawa masuk Azmi dan Radzi bertanding di kerusi DUN, lebih banyak calon Menteri Besar yang boleh diketengahkan.

Katanya, selain mereka berdua, tokoh-tokoh lain ialah Mohd isa, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail (Adun Pauh) dan Shahidan (Adun Tambun Tulang).

Hashim ketika dihubungi mengalu-alukan usaha untuk membawa tokoh-tokoh besar itu bertanding di kerusi DUN.

Katanya, langkah itu boleh menyelesaikan keributan merebut jawatan Menteri Besar di kalangan Umno Perlis.

15 comments:

Anonymous said...

Paspb terpaksa bertungkus lumus mencipta isu utk mendivert permasalahan dalaman pas yg terserlah semasa muktamar. Perebutan jawatan pm antara hadi dan anuwar menjadi isu yg hangat. So, terpaksalah paspb siarkan bende yg tak wujud

Anonymous said...

Tu tak termasuk lagi isu israel, bila abg nuar hanya mengkritik israel secara senyap2 dlm blog. Beliau pun hanya mengkritik israel di dlm dewan parlimen setelah umno/bn dgn lantang dan tegas mengecam israel di dlm dan luar dwn bagi meng'cover' sikapnyer yg pro yahudi. Dari sumber dalaman, lps ni abg nuar mungkin ke amerika bagi berjumpa pemimpin yahudi di sana bagi menjernihkan hubungannya dgn pemimpin yahudi

Anonymous said...

Isu remeh temeh juga menjadi ulasan paspb. Nasihat aku, cubalah ketengahkan isu yg besar supaya paspb tidak dipandang hina oleh blogger lain.

Anonymous said...

admin paspb tak layan ko beruk. ko pi la nasihat beruk2 umno yang lain

Jkkk Utara said...

Saya ada 1cadangan.apa kata media massa memberi ruang kpd DS Anwar utk tampil di kaca tv utk menyampaikan kritikan beliau terhadap israel.semua orang dapat tengok sebab tak semua ada rangkaian internet.jika tak di beri ruang,sebab tu la DS Anwar dan pimpinan PAKATAN RAKYAT yg lain hanya mampu mengutuk kekejaman israel di blog2 sahaja.harap dipertimbangkan.terima kasih.

Anonymous said...

Blh buat kutukan secara terbuka di siri ceramah beliau. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau tiap2 minggu kutuk krjn bn dkt ceramah blh, takkan sekali nak kutuk israel pun tak blh. Nanti aku masukkan dlm youtube. Tu pun kalau abg nuar beranilah

Anonymous said...

Kalau dr mahathir blh kutuk israel secara lantang semasa di interview oleh wartawan asing, dan pernah berdebat dgn journalis yahudi mengenai isu keganasan zionis, kenapa abg nuar tak blh? Yg abg nuar pernah buat semasa di interview wartawan asing ialah menyaran dan menyokong usaha menjaga keselamatan negara israel. So abg nuar dah ada bermacam2 ruang kalau nak belasah yahudI israel. TU PUN KALAU DIA BERANI LAH

Jkkk Utara said...

Tapi jika disiarkan di kaca tv kan lebih mudah.di ceramah beliau pun bukan semua berkesempatan utk pergi apatah lagi bagi yg berbeza parti politik dengan beliau.begitu juga dgn ditemuramah oleh wrtawan asing.mungkin hanya disiarkan melalui rangkaian internet.kan lebih mudah jika disiarkan di media massa malaysia sendiri sepertimana yg dilakukan utk pimpinan kerajaan.kesamarataan dalam menguasai media massa.

Anonymous said...

Seriusly jkkk utara. Ko rasa abg nuar berani ke nak kecam israel di siaran tv? Kalau nak, dia blh je buat permohonan. Sbbnyer, ceramah yg biasa pun dia tak berani buat. Kalau dia mohon dkt rtm, astro atau tv3 utk mengecam israel, aku org yg akan plg kuat menyokong. Tapikan jkkk utara, suara keadilan ada, harakah ada, pastv ada, roket kini ada. Takkan satu pun dia tak berani kot?

Anonymous said...

Idea jkkk utara mengenai kesamarataan dlm media masa mesti di kedua2 pihak. Kalau pakatan nak menggunakan rtm dan tv3, pakatan juga mesti membenarkan umno/bn menggunakan harakah, suara keadilan dan roketkini. Baru adil kan?

Jkkk Utara said...

Aha,saya setuju kalau kedua-dua pihak diberi ruang utk semua media massa.tiada sekatan.mesti best kn suasana mcm tu.sama2 dpt berkongsi pendapat masing2 walaupun berbeza parti politik.apabila sudah diberi kebebasan,baru kita dapat menilai sifat keberanian dan kepimpinan seseorang pemimpin

Anonymous said...

respect jkkk utara. so, ko rasa perpaduan ummah Islam antara pas dan umno boleh berlaku tak? kalau aku dengan ko dah macam member dah ni, rasanyer sure boleh kan?

Jkkk Utara said...

InsyaAllah kalau niat kita betul2 ikhlas kerana Allah Ta'ala.Saya penyokong PAS,Kamu penyokong UMNO,jadi,kita tau kekuatan dan kelemahan parti masing2.saya sebagai penyokong PAS,cuma berhati-hati.kami tak mau PAS ditendang mcm dulu tatkala UMNO dah kuat berkuasa.kamu pun tau kan.kita tak perlu nak menegakkan benang yg basah.kita berbincang,bukan berbalah.saya mmg dh aggap kita kawan.jd,saya hrp,bila kamu komen apa2 dlm blog ni,kita sama2 guna bhsa yg baik.kita mulakan dlu,yg lain2 mesti akn ikut kita perlahan-lahan insyaAllah.setuju?

Anonymous said...

salah tu jkkk utara, aku orang yang dulu menyokong pas tapi skrg menyokong krjn yg memerintah krn mengikut maqasid syariah dan sifat ahli sunnah dalam pemerintahan. aku mula berubah bila aku tengok banyak yang tak kene dalam pas ni, terutama sejak bekerjasama dengan pkr dan dap. aku follow ceramah dua-dua pihak, terutama azhar idrus dan fathul bari. aku baca harakah dan utusan, tapi aku tak suka baca roketkini. kalau ko atau sesiapa sahaja yang ingin kan kebenaran, minda kene bukak dan dapatkan kebenaran dari kedua-dua pihak berlandaskan al-quran dan sunnah.

Anonymous said...

banyak blog yang hanya berpandukan fitnah dan spekulasi, termasuk paspb. kalau kita menuduh umno/bn jahat kerana menfitnah, kenapa kita still nak buat bende yang sama? seorang ustaz ada beritahu aku, sekiranya ada benda yang baik dan buruk, pilih yang baik. tapi kalau kedua-duanyer buruk, pilik yang kurang buruk. tu yang aku rasa aku buat sekarang.