Monday, November 12, 2012

PARIT BUNTAR!!! 50 keluarga terima sumbangan Deepavali


PARIT BUNTAR : Lebih 50 keluarga memerlukan di Parit Buntar gembira apabila menerima sumbangan di rumah masing-masing bagi meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menghadapi perayaan Deepavali.

Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Pas Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar bekerjasama mengambil inisiatif dengan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah masyarakat India.

" Kita menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India miskin yang bakal menyambut hari perayaan mereka itu.  
 
" Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin mengetuai rombongan Pas Parit Buntar turun padang menemui masyarakat India bagi menyampaikan sumbangan disamping mengucapkan selamat pada mereka " katanya
 
Beliau berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami keperitan hidup mereka sekeluarga.

" Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, akan tetapi kunjungan ke rumah mereka disambut senyuman dan meriah.

" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan Pas datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya
 
Tambahnya, Pas Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat tanpa mengira kaum.  
 
" Melalui konsep negara berkebajikan, kita  akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa.
 
“ Ini amalan tradisi Pas Parit Buntar sejak dulu lagi yang sentiasa berusaha membantu masyarakat India terutama ketika menyambut Deepavali” katanya
 
 
 
 
 

1 comment:

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000