Monday, November 12, 2012

UMNO YANG BERPURA-PURA !!! Sanggup fitnah Izzah kerana sayang Soi Lek

Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. 
 
Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi).

Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. 
 
Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud. 
 
Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. 
 
Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti.
UMNO cuba membantu PR supaya penganut ugama lain di Malaysia ini akan terus memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dan PR, yang mana melayu sudah pun berpihak dan telah pun memilih parti mana yang mereka hendak sokong pada PRU kelak. 
 
Apa pun isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN, rakyat sudah tahu parti mana yang telah melakukan kemungkaran dan mengamalkan rasuah dan kroni.
 
Untuk melalaikan rakyat dari terus berbincang soal isu hudud, isu RM40 juta kononnya untuk UMNO Sabah yang didedahkan oleh Rafizi tentang ada hubung kait dengan Nazri Famili maka Nurul Izzah dijadikan tempat untuk membalas dendam, yang mana satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh UMNO dan penulis yang pro UMNO kerana Nurul Izzah telah bersebati dengan masyarakat Islam yang tulin dan akan bersama Nurul Izzah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU nanti..
 
Bertambah gawat lagi kepada UMNO dan BN apabila rakyat telah memilih bahawa isu murtad yang dikaitkan terhadap Nurul Izzah dianggap sebagai isu politik murahan kerana apabila rakyat mendengar keseluruhan ucapan dan dailog maka rakyat membuat keputusan bahawa ucapan tersebut tidak menjurus terkeluar akidah. Kerana Nurul Izzah tidak mengajak umat Islam supaya menganut ugama lain.
 
Betul dah pendapat rakyat Malaysia, pilihanraya ke 13 itu adalah pilihanraya terakhir bagi kerajaan BN kerana apabila BN jatuh pada pilihanraya ini, BN tidak mampu bangun lagi kerana jelas PAS lebih dihayati dan diyakini oleh rakyat semua bahawa PAS adalah sebuah parti untuk orang yang berugama Islam berbagai lapisan masyarakat.
 
UMNO lebih menyokong Chua Soi Lek daripada Nurul Izzah sehingga ulasan Nurul Izzah mengulas ayat al Baqarah diputar belit semata-mata nak mengaibkan seorang 'gadis Islam' sedangkan CSL menghina hukum hudud dipertahankan.
 
Ekoran isu murtad yang dikaitkan oleh UMNO dan Balaci UMNO terhadap puteri Islam Nurul Izzah itu , Sdr Rosdi Mustapha seorang usaha muda telah, telah menghubungi UTTV dan memberi kesanggupan untuk membiayai satu debat supaya diadakan diantara Dr. Asri (MAZA) bekas mufti Perlis dengan Ulama UMNO dan di moderator oleh Hassan Akida Ali, yang mana kos perbelanjaan beliau sanggup keluarkan.Rakyat Marhaen

14 comments:

Anonymous said...

Sokong Islam anda selama
Sokong pas yg memartabatkan gejala murtad anda sesat

Wassalam

Anonymous said...

Nurul Ijjah puteri Islam? Darjat nurul ijjah lbh tinggi dari ulama pas?
Akar umbi pas tak nak dengar tu semua. Kitaorg mahu ulasan dari ustaz harun din!

Anonymous said...

Kenyataan nurul ijjah skrg umpama kenyataan yg membelit leher pas. Pas yg dahulu menentang perjuangan IFC mengenai kebebasan beragama kini terpaksa membisukan diri krn takut kehilangan kerusi

Anonymous said...

Nurul ijjah puteri Islam? Tapi kenapa puteri Islam sokong melayu murtad?

Anonymous said...

fulamak beruk umno komen, macam setan

rakab said...

Semua orang tahu bahawa Chua soi lek hanya menentang hudud yang diperkenalkan oleh Pas kerana ia semata-mata merupakan satu bentuk umpan politik parti itu saja.

Satu perjanjian telah ditandatangani antara Lim kit siang, Anwar dan hj.Hadi bahawa antara kandungannya ialah Pas tidak akan menegakkan negara Islam dan hudud jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Perwakilan Pas sendiri mendedahkannya dalam satu wacana diVistana hotel.

Anonymous said...

pas parti putarbelit!!

Anonymous said...

marah sangat beruk umno, kalau tak puas hati tak payah komen kat sini. komen pun copy paste buat menyemak je beruk hoi

rakab said...

Komen copy paste ?? hahaha,..lemahnya akal kambing Pas yang buat tuduhan ni.

rakab said...

Jangan berdolak-dalik lagi. Statement Nurul Izzah ketika di forum itu jelas telah menyalahtafsirkan ayat 256 dari surah al Baqarah .

Nurul Izzah menhalalkan kesamarataan beragama di negara ini! Pemimpin dan ahli Pas sepatutnya di barisan depan menentang kenyataan itu kerana ianya jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan perjuangan asal Pas sendiri.

Ucapan Nurul mendapat tepukan bergemuruh dari audian yang majoritinya penganut kristian digereja tersebut. Memang sepatutnya mereka bergembira kerana mendapat lampu hijau dari pemimpin pakatan beragama Islam untuk melebarluaskan dakwah mereka kepada orang Islam. Kebarangkalian untuk kemurtadan umat Islam semakin tinggi !!

Mujahid Yusuf Rawa yang mewakili Pas turut berada di forum itu telah terkedu, tergamam dan hanya mampu menundukkan kepala sahaja. Hukum Islam sudah digadaikan demi mengaut sedikit undi kafir.

takbir 3x !!

Anonymous said...

Sokong pas = sokong kristian

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

SAMPAI SEKARANG HAJI HADI TAK JAWAB..

1. KENAPA HUDUD PAS KELANTAN DENGAN TERENGGANU TAK SAMA?
2. KENAPA MUKALLAF DIKIRA BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS?
3. KENAPA WAN MUTALIB EMBONG KAA KELANTAN SEBENARNYA TAK NAK LAKSANA HUDUD?

KENAPA YER..? HE!HE!HE!

Anonymous said...

Sokong umno =sokong parti syaitan

Anonymous said...

Hehe..alahai..marah nampak geng2 umno..nampaknya objektif najib nak alihkan perhatian masalah umno laen kpd isu nurul izzah menjadi lee.. dia nak kasi org ramai lupa kes altanyuya, songlap, nazri, keta hummer, etc..ni utusan nyer kerja r ni.. kesian si rakab, luncai n d geng diperbahlolkan sebegitu skali.. i loikeeeee