Monday, November 26, 2012

SEMAKIN TUA!!! Semakin nyanyuk dan kuat pembohong



Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum ke-13, sekaligus membidas kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut.

"Pakatan akan menang, saya optimis Pakatan Rakyat akan terajui kerajaan baru ... jadi  tidak timbul isu Pakatan akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, Selangor.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, kenyataan Mahathir itu adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan" rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin "tenat" dan "nazak".


"Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya menakut-nakutkan rakyat, (sedangkan) kita (Pakatan Rakyat) bawa budaya harapan kepada rakyat.


"Konsep kita adalah pengagihan yang adil dan semua ini meyakinkan rakyat, Umno pula dah tersepit, nazak, dan terus dengan budaya menakutkan-nakutkan rakyat," katanya kepada pemberita.


ADUN Bukit Antarabangsa itu turut berkata Pakatan Rakyat telah menunjukkan sikap terbuka mereka, walaupun kalah beberapa negeri pada Pilihanraya 2008, mereka masih boleh menerima keputusan tanpa sebarang pertumpahan darah.


"Kita sudah lihat kita kalah di beberapa negeri pada 2008, dan tiada pertumpahan darah.
"Sekarang kita tumpu kerja di empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan kita yakinkan rakyat keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir.

"Mitos Umno sahaja yang boleh memerintah negara sudah berakhir," tegasnya lagi.


Mahathir awal hari ini mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia akan timbul kekecohan di jalan raya sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada pilihanraya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya, Anwar Ibrahim yang didakwanya akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.


Bekas perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu turut mendakwa pembangkang kononnya sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro Pakatan Rakyat supaya bangkit menolak keputusan pilihanraya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.


Bagaimanapun, Mahathir yang dikatakan masih berpengaruh di negara ini juga percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.


Malah, beliau turut menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.


Azmin bagaimanapun yakin pengundi muda di negara ini sudah menerima Pakatan Rakyat dan melalui sokongan mereka Pakatan Rakyat akan berjaya mencapai hasrat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Umno.


"Saya yakin pengundi muda dah matang," katanya lagi.


Umno akan mengadakan perhimpunan Agung Tahunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember depan.


Perhimpunan itu dijangka akan memfokuskan kepada persiapan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya  memandangkan pilihanraya umum ke-13 kali ini yang merupakan "ibu" kepada segala pilihanraya umum semakin hampir, dengan mandat BN memerintah tamat pada April 2013.

4 comments:

Anonymous said...

Semakin tua, semakin nyanyuk dan kuat pembohong? Sapa tu? Tok guru mb yg pegang rekod berkuasa plg lama di malaysia tu ke?

Anonymous said...

Assmin ni dah jumpa dan mintak ampun pada ibu dia ke? Bukannya nak masuk campur hal keluarga, tapi takut nanti tak berkat, pakatan blh kalah. Peribahasa melayu 'syurga itu di telapak kaki ibu'

Anonymous said...

Azmin nih la yg pas dok sanjung sangat tu..ermmm..
Dia ni yg tak berani saman tokey nombor ekor bekas sahabat baik Anwar dan adik dia sendiri yg tuduh anwar libas bini dia nih..tuduhan ni tuduhan yg keji dan serius, heran bin ajaib aku bila Azmindol nih tak amik tindakan langsung dengan cerita Nalakaruppan tu..
Tengok muka azmin terbayang kekalahan pr dalam pru13 ni..tengok muka azmin ternampak muka penyangak politik yg perangai sebijik macam bos dia yg sanggup JUAL APA SAJA demi kemarukkan kuasa dan harta...
Bila orang macam ni yg jadi pujaan pas, orang macam ust. nasha pulak jadi kejian maka tunggu masa je lah pas hancoq...

Tengok gambar azmin jer terbayang Azwan Ali..ermmm

Anonymous said...

Aiskrim Azmin !!...siapa nak percaya lagi dengan musang ni ??