Sunday, November 25, 2012

TERLALU TERDESAK!!! Najib kini mengemis undi untuk berkuasa

SEJAK kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif, apatah lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada bila-bila masa saja daripada sekarang.

Kempen di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN, sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

Bagi PR, dua negeri itu menjadi permata dan ‘benchmark’ untuk mereka berkempen. Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah difahami rakyat.

Manakala bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan ‘komisyen’ untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri.

Kempen berupa ‘komisyen’ ini apabila diterjemahkan dalam bahasa demokrasi ia sebenarnya adalah rasuah. Namun, budaya UMNO-BN, telah menukar istilah rasuah ini menjadi ‘komisyen’, semuanya berlaku apabila dasar DEB diperkenal dan yang terbaru apabila rasuah kapal selam scorpene digunakan menjadi ‘komisyen’.

Berbalik kepada kempen ‘komisen’ UMNO-BN ini, jka kita lihat gaya atau strategi Najib Razak, PM yang tidak pernah dilantik oleh rakyat, beliau dengan ketaranya menggunakan pendekatan ‘mengemis’.

Mengemis ini dari segi bahasanya memang tidak enak didengar. Namun itulah hakikatnya.

Sebelum ini Najib mengemis sokongan kaum Melayu dengan kempen ‘komisyen’. Kemudian beliau mengemis lagi kepada anak muda dengan kempen AUKU yang bersifat kosmetik termasuk kempen komisyen dengan bantuan RM200 untuk telefon bimbit 3G.

Baru-baru ini Najib mengemis lagi kepada Hindraf, dan terkini dengan kaum India.

Jika kita lihat semua senario ini, kelompok Melayu, anak muda, pertubuhan Hidraf dan India tidak dipedulikan sama sekali oleh beliau. Kaum Melayu khsusnya yang berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Anak muda pula disifatkan sebagai ‘masalah sosial’ kepada BN, pertubuhan Hindraf pula dilabel sebagai pertubuhan haram, malah tuntutan Hindraf tidak langsung dipedulikan. Begitu juga dengan kaum India, baik aspek pendidikan, perumahan dan pekerjaan, kelompok ini memang terabai sejak awal lagi.

Tetapi mengapa kini Najib sanggup kembali mendekati mereka? Inilah satu pendekatan yang dilihat sebagai mengemis sokongan.

Apabila sudah tersepit, barulah Najib mahu memberi pelbagai komisyen. Barulah Najib nak bertemu untuk berbincang dengan Hindraf, barulah Najib minta mempertimbangkan jasa BN kepada kaum India.

Gaya kempen politik sebegini menjadi petanda bahawa Najib amat terdesak untuk memastikan sokongan rakyat kepadanya terus kekal. Malah, kempen beliau ini tidak begitu menonjolkan parti beliau sebaliknya lebih menfokus kepada dirinya. Entah UMNO sedar atau tidak, tidak pula dapat dipastikan.

Strategi Najib ini pastinya mendapat ilham daripada strategi kempen Barack Obama, namun sayang, mungkin beliau terlupa bahawa kempen Obama itu tidak menjadikan ‘komisyen’ sebagai modal memancing undi.

Kita amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos kempen ‘komisyen’ Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk ‘one off’ bantuan kepada rakyat.

Kos berbilion itu, jika Najib menang pastinya akan di ‘claim’ kembali oleh UMNO-BN menerusi pelbagai cara, antaranya saman AES, Tol dan pelaksanaan GST. Kos ini semestinya menjadi tanggungan langsung rakyat.

Sepatah kata Theodore Roosevelt, Presiden US ke-26 – “A vote is like a rifle: its usefulness depends upon the character of the user.” ( Undi itu seperti senapang, kegunaannya bergantung kepada karektor penggunanya)

Jika kempen komisyen Najib ini berjaya, memang rakyat akan terpesona dengan lunak kata-kata “Melayu masih pegang kuasa, UMNO akan teruskan agenda bela bla bla bla..”.

Tetapi harus diingat bahawa kos kemenangan itu akan dibayar oleh rakyat, suka atau tidak, tiada lagi jalan keluar. Rakyat di sini maksudnya – kita, termasuk rakyat yang menyokong UMNO dan ahli UMNO di kampung. Masa ini tiada gunanya. Sepatah kata budak muda “ Nah..hambik kau..” (Nah, ambil kau)

4 comments:

Anonymous said...

Ha.. Ha.. Kita org pas tak payah mengemis undi, sbb kita ada dap! Yahu..! Yabedabedu..!

Anonymous said...

Org kristian nanti jgn lupa pangkah pas ok.. Kitaorg dah tutup mulut bila aktiviti kristianisasi berleluasa. Hassan ali yg menentang murtad pun kitaorg dah pecat. Masa ni lah kamu nak balas budi kpd pas.

Anonymous said...

Boring la baca komen beruk umno kat atas ni... ada lg sampah negara mcm ni..ingatkan dah pupus..

Anonymous said...

Beb ko kn ingt sampah2 mcm ni xkan pupus sbb umno selalu kutip sampah2 mcm diorg ni...hahhha