Sunday, December 30, 2012

BERITA BARU MASUK!!! 20 OOO pemuda UMNO berhimpun bantah penebangan balak , masuk TV3 ....

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka
Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. 
Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.
Seorang peserta demonstrasi ketika ditanya, sama ada dia sedar bahawa air kesan pembalakan di Charuk Genting Bunga tidak akan masuk ke Tasik Pedu dengan tegas berkata, 
"Pasaipa kami tak tuu (tau) pulak bang, kami orang sini... dah lama dah kami tau TV3 dok muhong rakyat hah hah hah." Ujar budak angkat sepandok tu sambil gelak deraih.
Sekian laporan stringer Kedah La dari Naka.

3 comments:

Waris said...

Muka2 budak 3line yang tak abis sekolah yang makan upah sekadar RM30 je utk isi minyak motor dan stim daun ketum.

Anonymous said...

Lihat suatu realiti yg sangat menyedihkan di mana pemuda-pemuda Melayu yang telah terbiar miskin mengharapkan sekupang dua dari umno yg telah memerintah 55 tahun (malaysia). Sepatutnya anak-anak muda ini mempunyai jati diri yg tinggi dan tidak termakan dengan upahan sebegitu murah dari umno. Sekiranya mereka mempunyai ilmu yg tinggi hasil drpd komitment yg tinggi oleh suatu kerajaan disebuah negara yg begitu kaya (malangnya kekayaan negara dihancur-leburkan)mereka tidak akan termakan oleh sebarang penipuan. Benarlah kata-kata Za'aba, melayu ini akan kaya dengan kemiskinan kerana tindak-tanduk pemimpin melayu sendiri.

Anonymous said...

budak2 tu cari duit top up je..jgn ambik hati sangat..