Sunday, December 9, 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT!!! Adnan Yakob tak berani dah nak potong telinga bila tengok orang ramai yang hadir




Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggarkan kira-kira 30,000 hadir pada perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Kerdau, malam ini.

Meskipun pada masa yang sama berlangsung perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki peringkat separuh akhir antara Malaysia dengan Thailand.


Ini, kata Tuan Ibrahim menunjukkan bahawa isu rakyat dilihat lebih penting oleh orang ramai walaupun mereka minat kepada sukan bola sepak.
Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, Malaysia seri 1-1 di mana gol pasukan negara dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 manakala Thailand oleh Teerasil pada minit ke-78.

Hampir semua penceramah sejak petang sehinggalah malam ini menggunakan kiasan Adnan berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya Pakatan Rakyat menang di parlimen Bentong secara selang-seli untuk menghiburkan para hadirin.

“Sebagai rakyat Pahang, kita ambil ini sebagai cabaran untuk menawan Bentong dan Pahang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..
Pada sebelah petangnya..
Ketika program belum bermula, ribuan sudah menanti dihadapan pentas.
Ustaz Fadzil Noor Abdul Karim memimpin solat hajat dan munajat selepas solat Mghrib

Sabar menanti biarpun tiada upah yang dijanji

Semakin ramai memenuhi di hadapan pentas
Lagu Kebangsaan sedang dinyanyikan..
Kadir Sheikh Fadzir sedang berucap
Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir
Wakil dari kumpulan Anti Lynas sedang berucap
Tuan Haji Mohammad Sabu
DS Anwar Ibrahim baru tiba..

DS Anwar Ibrahim
Puluhan ribu sedang mendengar
Tak perlu disediakan bas atau nasi bungkus.. ribuan sudi hadir


Sumber gambar : Wfauzdin Ns

3 comments:

Anonymous said...

Ini macam Adnan Yakob boleh labang !.

Anonymous said...

Benar ke Adnan Yakob ada bela hantu raya !.

insafdoh67 said...

Wow... Ramai org mri weh... Kecut Beroook.r puok ni tengok.. Brase Mulut Be. Ruh.... Berani ke tunai janji.. Kih.kih.kih...