Sunday, December 9, 2012

MAHU TAPI MALU!!! Brahim Ali sedia sertai UMNO jika ditawarkan

Ibrahim Ali

Datuk Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.

Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri.

"Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas.

"Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya.

Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas.

Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import.".sh

33 comments:

anak selangor said...

Dia perasan dia tu baguih sangatla...ntah siapa la pimpinan UMNGOK yang nak jemput dia agaknyer,,,

Anonymous said...

LOH..kok di pecat masih merayu-rayu..nampak mcm garang...rupenyer satu sen puntak berharga...

Anonymous said...

Dia tak masuk umnopun dah macam umno... kalau dia jadi ahli umno macam manalah gamaknya.

Anonymous said...

Katak ni jika nak buat umpan taut bolehlah !. Tapi ikan pun tak mau, kecuali buaya.

Anonymous said...

Pemimpin berjiwa rakyat, lantang mengkritik penipuan dan penindasan pakatan. Kritikan yg diberi sgt membina. Semoga datok ibrahim ali sihat bagi terus berkhidmat kpd rakyat

Anonymous said...

Apalah korang ni. Umno/bn korang maki dan cerca, yg dari bebas pun sama jugak? Jagalah adab sbg org Islam

Anonymous said...

Kih! Kih! Masa mendoakan kehancuran umno/bn, org pas lupa nak doakan ahli bebas..

Anonymous said...

Brahim ni bagai anjing yang tersepit.

Anonymous said...

Bila dah nak PRU baru sedar diri.

Anonymous said...

Mengharapkan pucuk pimpinan kerana akar umbi dah benci dan meluat.

Hidup Melayu! hidup Melayu,

ingat Melayu dah manmpus ke ?

Anonymous said...

biar pi lah Ibrahim sasau, angau, meroyan, gila nak masuk balik UMNO.

Anonymous said...

Umno memperjuangkan Islam, melayu dan negara. Kesusahan dan kepayahan rakyat krjn umno/bn akan cuba sedaya upaya bantu. So, sapa2 yg berjuang ke arah kebaikan mmg cenderung untuk masuk umno/bn

Anonymous said...

Buaya makan katak ke? Oooops! Lupa. Buaya katak

rakab said...

Fenomena kini dah berubah. Orang ramai dan NGO semakin cenderong menyokong BN.

rakab said...

Samada Ibrahim Ali masuk Umno atau tidak, bukanlah perkara utama. Yang penting ialah sokongan terbuka beliau kepada Umno dan BN.

Anonymous said...

Pakatan jugak yang melopong ..!!

Anonymous said...

Malu malu kucing plak..... Pegiii laaa takder saper yg halang....lagi pun takder faedah pun jadi wakil rakyat......Hampehhh!!!!

Anonymous said...

Aku sampai skrg tak faham. Pas menuduh umno/bn kroni, tp pakatan mempunyai kroni yg sgt jelas! Dynasti anuwar, lim, singh dan tok guru. Pas menuduh umno/bn rasuah, tapi index rasuah plg tinggi di negeri pakatan. Bukalah mata hati kamu wahai ahli pas, jgn dibutakan oleh ketamakan kuasa dunia..

Anonymous said...

Tak yah la nak jilat katak seko ni. Aķu takut jangkit puru dia karang! Susah nak ubat

Anonymous said...

wakil bebas mengikut fahaman sayalah.. mereka tidak menyokong atau berpihak pada mana2 pihak kerajaan atau pun bukan kerajaan.. ataupun akan menyokong perkara baik dan mengkritik perkara buruk baik dari kerajaan atau bukan kerajaan..

tapi hairannya wakil bebas tetapi menyokong penuh kerajaan...

rakab said...

Wakil rakyat bebas maknanya dia bebas menyatakan pendirian dan sokongannya.

Bila wakil-wakil rakyat bebas menyokong Umno/BN bermakna memang Umno/BN telah melakukan perkara-perkara yang betul dan baik untuk rakyat dan negara. Lebih-lebih lagi dizaman DS Najib ini.

Terimalah hakikat itu!

Anonymous said...

pembetulan,

Lebih-lebih lagi dizaman transformasi DS Najib ini.

rakab said...

Jangan lupa bahawa wakil-wakil rakyat bebas ini juga begitu kuat menghentam pemimpin Umno sebelum ini dan masa tertentu bila di rasakan perlu.

Jadi mereka bukanlah wakil bebas yang pro BN semata-mata.

Anonymous said...

Haiii.....nk dkt PRU ni mcm2...nk tanding tiket Pas mmg tak kan dapat,tanding tiket bebas tentu kalah punya...nak tak nak kena tanding atas tiket bn jugak...

Anonymous said...

Selepas dia jadi MP bebas,dia merasa bangga menipu Tuan Guru....ingat Allah swt tidak akan berlepas tangan dengan apa yang dibuat terhadap orang yang memungkiri janji....lebih2 lagi kepada gerakan Islam yang terulung dirantau asia iaitu PAS

rakab said...

Kehebatan Ibrahim Ali lebih terserlah sebagai wakil rakyat bebas daripada terikat dengan Pas.

Beliau lebih berkesan membidas tingkah laku pemimpin Pakatan dan mana-mana NGO yang menghina Islam dan mengancam kepentingan melayu.

rakab lagi said...

Kalau beliau bersama Pas, nak pertahankan orang Islam daripada di murtadkan pun tak boleh,... nanti kena pecat macam Hasan Ali !

sebab Pas lebih nak jaga 'hati' DAP !!

Anonymous said...

Kalau dato ibrahim ali stay dlm pas, dia terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan dan maruah diri. Pas tidak memperjuangkan Islam. Pas jugak tidak mengambil berat masalah rakyat. So, keluar daripada pas adalah tindakan yg murni.

Anonymous said...

Brahim anak si ali ni mmg tak dak prinsip dan maruah diri tak payahlh nk gadai apa pon...dia ni sorang yg pandai ambik kesempatan jer tak lbih dr tu.Apa perjuangan yg nk dia perjuangkan...dia ni sorang yg lalang

Anonymous said...

rakab sama je dengan brahim ali. lompat dari satu blog ke blog lain untuk buat komen.

kasihan , pencacai umporno semakin kurang jadi terpaksa la rakab melompat merata blog tolong cover

Anonymous said...

Laaa....muka sekor ni ke yg pengikut2 umporno dok sokong2 sangat tu...padanlah akai sekor ni dgn pengikut umporno 2 kali 5,5 kali 2 jer..tak boleh pakai...

insafdoh67 said...

Jenis Taik sape pun x nk.. Wat baje pun org xnk.. Ni Raja Katak wei.. Jaga Kencing mata kan.. Buta bro..... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

eleh pru 13 dah dekat. nak bertanding bebas ccompon kalah. atas tiket PAS takkan dapatlah lagi. UMNO plak ramai yg bereut nak jadi calon. Last last jadi leai malang lah gamaknya.