Wednesday, December 5, 2012

MENTERI PATUT LETAK JAWATAN!!! Dua tahanan Colombia terlepas dari kawalan polis


Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, semalam.
  
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.
  
Kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring, katanya dalam satu sidang media di ibunegara hari ini.
  
Beliau juga tidak menolak kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan dijalankan secara terperinci.
  
Katanya polis kini giat mengesan tahanan berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya tampil membantu di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Serdang di talian 03-80620485.
  
Menurut beliau, dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil kerana pecah rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.


Nota:


Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi di saat institusi polis kini diasak teruk dengan pendedahan demi pendedahan memalukan hingga kredibiliti mereka makin dipersoalkan?


Apakah Prosedur Standard Operasi (SOP) digunakan secara betul ketika memindahkan tahanan dalam perjalanan membawa mereka ke mana sahaja?


Seharusnya menteri dalam negeri, Hishamuddin Hussein mesti menjawab dengan rakyat bagaimana insiden kecuaian ini boleh berlaku, dan jika ada sebarang unsur jenayah, dakwa mereka di mahkamah kerana cuai semasa menjalankan tugas.

1 comment:

Anonymous said...

Apa nak jadi menteri yang seekor ni !