Wednesday, December 5, 2012

PERTEMBUNGAN MUSA HASAN Vs RAMLI YUSUFF!!! Bikin Najib dan Hishamudin tak senang duduk

Musa disiasat oleh agensi anti-rasuah kerana disyaki terlibat dengan tiga ahli sindiket perjudian haram sejurus selepas kenaikan pangkat menjadi KPN

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Tan Sri Musa Hassan mempertahankan beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

“Saya tidak ada lakukan kesalahan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insidermalam semalam, sebelum menambah, “Kalau ada salah, biar SPRM siasat.”


Datuk Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), berulang kali mendakwa bekas pemimpin tertinggi polis itu mempunyai hubungan rapat dengan sindiket bawah tanah Cina semasa berkhidmat sebagai ketua polis Johor.

Ramli, bekas rakan sekerja bertukar pengkritik lantang, baru-baru ini membangkitkan khabar angin tahun 2006 yang mengaitkan Musa dengan Goh Cheng Poh atau lebih dikenali dengan nama “Tengku Goh” - dikatakan sebagai ketua kongsi gelap Johor selepas bekas KPN mendedahkan terdapat campurtangan eksekutif dalam tugas-tugas polis.

Dokumen mahkamah difailkan oleh Tengku Goh danmenjadi pengetahuan umum dalam perbicaraan sensasi pada Ogos 2007 menyemarakkan lagi spekulasi hubungan khas beliau dengan Musa yang sudah menggantikan Tan Sri Mohammed Bakri Omar sebagai KPN selama hampir setahun.

Dalam afidavitnya, Goh dilaporkan berkata: “Saya percaya KPN tidak diberitahu tentang penangkapan dan penahanan.”

Musa juga disiasat oleh agensi anti-rasuah kerana disyaki terlibat dengan tiga ahli sindiket perjudian haram sejurus selepas kenaikan pangkat menjadi KPN pada September 2006, akan tetapi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan telah mengarahkan fail siasatan ditutup pada Julai 2007 kerana kekurangan bukti.

“Saya menerima surat bahawa Tengku Goh telah dianiaya, dan saya sendiri tidak tahu mengenai tangkapan tersebut. Lepas itu saya arahkan mereka siasat, dan kemudian mahkamah bebaskan, jadi, kenapa saya yang kena pula?” kata Musa yang berusia 60 tahun itu.

“Dan saya tidak tahu mengenai penangkapannya kerana arahan itu dikeluarkan oleh timbalan menteri pada ketika itu,” kata beliau merujuk kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, timbalan menteri dalam negeri pada tahun 2007.

Musa berkata, JSJK yang pernah dipimpin Ramli hanya ditugaskan untuk menangkap ah long dan skim pinjaman haram.

“Tengku Goh ini ditangkap atas tuduhan sindiket perjudian, ini adalah bidang D7 (siasatan jenayah sindiket), bukannya bidangnya,” kata Musa merujuk kepada jabatan polis yang menggendalikan urusan perjudian dan kongsi gelap itu.

“Jadi, saya hanya mengikut lunas yang ditetapkan, dan bila Tengku Goh tidak didapati bersalah, kenapa pula saya dituduh menyalahgunakan kuasa?” kata Musa lagi.

Tetapi pengkritik terbesar beliau, Ramli, tetap teguh dengan pendiriannya bahawa Musa menyalahgunakan kuasanya ketika berpakaian seragam, dan mencabar kedua-dua Musa dan Gani untuk mendakwa beliau di atas kenyataan tersebut.

“Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar,” kata Ramli kepada The Malaysian Insidersebelum ini.

Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.

Permusuhan peribadi antara Musa dan Ramli berpotensi menyebabkan lebih banyak rahsia agensi penguatkuasaan undang-undang terkemuka Malaysia terbongkar, lebih-lebih lagi selepas bekas KPN itu mendakwa beberapa menteri dan ahli politik termasuk Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberikan arahan langsung kepada pasukan polis.


Musa menegaskan kenyataan beliau terhadap cabang eksekutif kerajaan itu bukanlah kritikan yang tidak berasas tetapi berdasarkan fakta.

“Saya tak kritik, saya cuma sampaikan cerita yang sebenar.

“Saya nak sistem polis ini diperbetulkan, diperbaiki. Takkan itu pun salah?” tambah beliau.

2 comments:

insafdoh67 said...

BERANI kerana BENAR. Kta tngk sape yg KENA.. Kih.kih.kih..

albert magic said...

ikut kata musa cawangan dalam pdrm hanya melaksankan tugas tugas mereka sahaja. patut la aku biasa tengok polis trafik beli nombor ekor haram dan dia tak tangkap kerana itu dalam bidang kuasa cawangan siasatan jenayah. tapi aku tak pernah nampak orang cid beli nombor ekor haram. hidup musa hassan