Friday, January 4, 2013

TIADA AIR!!! Berlaku di Selangor SYABAS sabotaj, berlaku di Pekan syabas Najib

Masalah Air Di Parlimen Pekan Amat Kritikal


Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.“Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.

Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat.

Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.

“Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.

“Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?

“Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik,” katanya.

Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera



Masalah Air Di Parlimen Pekan Sendiri Tak Selesai, Mahu Selesaikan Masalah Di Selangor



Najib: Masalah penduduk selesai jika BN berkuasa

 Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji segala masalah penduduk di Selangor akan selesai sekiranya rakyat memilih perikatan tersebut untuk memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini.

“Segala masalah penduduk di Selangor termasuk masalah sampah sarap, air dan sebagainya akan selesai sekiranya kerajaan BN memerintah negeri ini,” katanya yang sudah melakukan tiga lawatan dalam sebulan ke Selangor dalam usaha yang dilihat sebagai usaha menawan kembali kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).


Kedahkini

17 comments:

Anonymous said...

Sedih betul pakcik ni. Dulu pas ialah juara yg memperjuangkan Islam. Tapi baru je timb pres pas berkata pendirian pas ialah membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk tuhan masing2! Kenapa pas memperjuangkan agama kristian pulak ni? Pakcik sayangkan parti pas, tapi tak sangka pas menggadai Islam mcm ni.. Pas yg pakcik kenal tak mcm ni..

Anonymous said...

Respect. Mcm ni lah baru betul, perjuangkan isu air. Sebab pas skrg parti kebajikan, so perjuangkan isu kebajikan je dah lah. Pasal menyebarkan syiar Islam dan menjaga kesucian akidah, kita biarkan umno/bn yg buat..

Anonymous said...

umno bn xleh harap jgk,banyak sangat maksiat dan kemungkaran dilakukan,xsemua tapi kebanyakan ahli dunia,sebab tu ubahlah perangai wahai puak2 umno bn sebelum nak ubah orang lain.aku bukan pas ke umno bn.fikir dulu sebelum undi

Anonymous said...

Betul2. Tgk mcm pas, dah berubah dah. Dulu kitaorg perjuangkan Islam, tapi skrg kitaorg perjuangkan kristian. Dulu kitaorg promote baca al quran, tapi skrg promote baca bible. Dan yg paling best, dulu kitaorg perjuangkan negara Islam, tp skrg negara kebajikan (istilah walfare state yg diperkenalkan oleh rahib kristian). So org umno, blh lawan kitaorg ke?

insafdoh67 said...

Anon 1.12 ni islam ke kafir.. Ni jenis Bengong.. Cakap merapu je. Wat bolot sokmo... Siiiiiooot... Kih.kih.kih..

Anonymous said...

hoi natang jahil ugama,jange cakap kalu xtahu.nak cakap bleh tapi jangan pakai nafsumu bodo,ikutlah landasan syarak

Anonymous said...

anon di atas tu beruk umno. bukan banyak ekor pun sekoq ja. beruk upahan kerja komen spin, tak pun fitnah tambah dosa

Jailani said...

Apa dah umno.......
Haji Hadi nak beri penjelasan dia secara live kat tv supaya 1 Malaysia boleh tengok live pun takot nak kasi
apa dah.....

macam cai2 umno yg komen sinilah, komen macam ribut petir tapi buat tanpa nama
apalah takut

Radix Fried Chiken>Kentucky Fried Chicken said...

Anonymous 05 January, 2013 00:38 kata:

"Pasal menyebarkan syiar Islam dan menjaga kesucian akidah, kita biarkan umno/bn yg buat.."

Besok ada Anugerah Juara Lagu pasal apa tak kena ban oleh umno/bn?

Kat benda macam tu tak ngam dengan ajaran Islam langsung?!

Anonymous said...

Anon 0345, emmm.. Tok guru bukan suruh boikot tv3 dgn rtm ke? Ni ust hadi nak jelaskan dkt tv3 apa citer ni..? Harakah kan ada? Takkan presiden sendiri nak kene mintak izin dkt anwarinas dan dap utk guna harakah kot.. Keh.. Keh..

Anonymous said...

Entah umno ni? Nak harap kan pas, mmg tak boleh dah sbb juara lagu tu salah satu daripada kebajikan penyanyi. So, pas tak boleh kata apa. Dulu pun kitaorg anjurkan konsert mtv justin bieber, last sekali disco dkt shah alam. Kebajikan gro dan penyanyi kitaorg pas kene jaga jugak..

Anonymous said...

PAS sekarang tak macam dulu! Sekarang telah rosak setelah berkawan dgn Anuwat& khalifah Lim Guan Eng. Ku turut kecewa dan undi ku tidak lagi akan pergi kpd parti yg melacurkan islam demi sedikit keuntungan dunia. Arwah Fadhil Nor tentu akan sedih jika beliau tahu apa yg jadi sekarang kpd orang2 yg ambil alih dpdnya.

Anonymous said...

Aku pun bukan orang PAS atau UMNO. Tapi sebelum ini aku undi PAS, sbb fedup dgn UMNO. Tapi PRU akan datang aku terpaksa undi BN, demi kerana Allah swt, kerana PR telah meniagakan ISLAM demi undi! Ini tak dapat aku terima!

Krepokeping said...

Mung komang sunggoh! Dia perli pong mung dok paham! Takkan mung dok tahu PR jual agama ISLAM sbb nok undi orang kapir! Kalimah Allah yg maha suci pong boleh jual; murtad pong boleh niaga....Sanggup wat kerja gitu! Dok oh sunggoh lah weh!

Anonymous said...

kamu ni jahil murakkab,asyik dengan fitnah dajal

Anonymous said...

Sesama islam bertelagah, alkafiruun bertepuk tangan. Akhirnya semua tergadai. Sedarlah wahai puak2 yg bertelagah. Kembalilah kpd suruhan Allah swt yg menuntut kita bersatu!

Anonymous said...

Sebab tu lah kita mintak Live...ini pun pencacai UMNO x faham...kalau rakaman nanti dia edit abis...lu ingat kita org Pas bengong macam lu ke?...isu harakah ni pencacai UMNO ni x faham jugak...Harakah adalah untuk ahli saje..ahli dah faham,yang x faham hanya orang atas pagor je...pencacai UMNO ni x payah nak bagi faham lah...hingga tunggu UMNO ni terkubur baru dia boleh paham