Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Dua YDP baru, dua kekal dalam pemilihan di Pahang


TEMERLOH:
Mesyuarat agung PAS tiga kawasan di Pahang yang telah berlangsung menyaksikan dua Yang Dipertua (YDP) kawasan kekal iaitu Temerloh dan Bera manakala PAS Kawasan Rompin dan Maran mendapat YDP yang baru.

 
Di Temerloh, tiga jawatan tertinggi dipertandingkan dengan YDP selama dua penggal Md. Jusoh Darus, kekal. Dalam mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad itu, menyaksikan Hassanuddin Salim mengekalkan timbalan YDP.


Turut dipilih ialah Hassan Omar sebagai NYDP Kawasan yang baru. Mesyuarat berlangsung di Darul Amin, Sungai Gau.


Di Bera, penyandang Sulaiman Mohamad dan Musaniff Abdul Rahman masing-masing kekal bagi jawatan YDP dan Timbalan YDP tanpa bertanding. Manakala Abdul Hasim Ahmad dipilih perwakilan sebagai Naib YDP.


Mesyuarat dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena di Darul Ikhwan, Mengkarak.

Di Rompin Timbalan YDP sesi lalu Mazlan Mohamad Yasin dipilih bagi jawatan YDP, timbalan pula dimenangi muka baru iaitu Wan Khalid manakala Hanafiah kekal sebagai naib.


Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Majlis Syura Ulamak, Ustaz Zaharudin Muhammad dan berlangsung di Markas PAS Keratong 10.


Di Maran, TYDP sebelum ini Hasnan Haron mengisi jawatan YDP yang dikosongkan oleh Tuan Guru Mohd Baqi Othman. Ramli Abdul Rahman pula dipilih sebagai timbalan manakala Ketua Pemuda sesi lalu Ustaz Khairul Azmi Ismail Al-Hafiz dipilih sebagai naib.


Mesyuarat dijalankan di Dewan Orang Ramai Felda Jengka 4, dirasmikan oleh Datuk Mahfuz Omar.


Sehingga kini, lima PAS Kawasan di Pahang telah bermesyuarat termasuk Lipis pada minggu lalu. Semua kawasan dijangka selesai bermesyuarat penghujung bulan ini.hrkh

No comments: