Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! PAS Besut kekalkan ketuanya

 






















BESUT : Mesyuarat PAS bagi peringkat kawasan-kawasan di seluruh negara bermula menjelang Muktamar PAS Pusat November ini.
 
Di Besut, Terengganu, PAS kawasan Besut mengadakan mesyuarat agung hari ini di Dewan Haji Hassan, Alor Lintah dekat Jertih.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Wan Azhar dipilih mengekalkan Yang Dipertua PAS Besut melalui mesyuarat di kalangan AJK baru yang terpilih.

Turut terpilih adalah Shahuddin Jaafar sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Adam Mat Said sebagai Naib Yang Dipertua.


Selain mereka, turut terpilih adalah 20 AJK PAS kawasan yang baru termasuk Azlan Yusof, bekas calon PAS pilihan raya kecil Kuala Besut.

Tahun ini Muktamar PAS akan diadakan di Shah Alam Selangor November ini dengan pemilihan akan dibuat untuk semua jawatan utamanya.

Setiap kawasan akan menghantar sekurang-kurangnya lima perwakilan  dan akan bertambah berdasarkan bilangan ahli di sesuatu kawasan.
Mesyuarat PAS kawasan akan mencalonkan mana-mana pimpinan parti untuk bertanding di peringkat pusat.

Perwakilan mesyuarat PAS kawasan Besut kali ini menyerahkan kepada AJK yang baru dipilih untuk mencalonkan mana-mana pemimpin ke peringkat pusat.

Sehingga kini, tidak ada sebarang tanda Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar.

Namun untuk jawatan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dijangka akan dicabar.

Sehingga kini, tiga nama disebut-sebut berpotensi untuk mencabar jawatan itu iaitu Datuk Husam Musa (Naib Presiden), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan) dan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah (Timbalan MB Kelantan). – August 31, 2013.MI

No comments: