Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Zulhazmi tawar diri tanding Ketua Pemuda PAS Malaysia


KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Pas dilihat panas apabila seorang peguam dilihat menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada Muktamar Pas bulan November nanti.

Zulhazmi Shariff yang popular dengan isu membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) juga dilihat sebagai individu pertama yang tampil secara terbuka bagi pengesahan merebut jawatan tersebut.

PAS sekarang dilihat mula didominasikan oleh golongan ulama apabila terdapat beberapa gerak kerja yang dilakukan oleh golongan tersebut yang mahu menyingkir golongan tertentu.



Tinjauan Keadilankini mendapati penawaran Zulhazmi untuk bertanding jawatan tersebut turut mendapat tentangan apabila ada beberapa pihak yang membuat serangan secara terbuka di laman maya 'facebook'.


Zulhazmi sudah pun memulakan kempen beliau melalui laman facebook dengan memuatkan beberapa pendekatan yang ingin beliau bawa dalam menaikkan martabat Pemuda pada masa akan datang.


Dengan tema 'Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat', beliau mahu menjadikan pemuda sebagai pelapis kepimpinan dan pemimpin generasi akan datang.


Katanya, pemimpin hebat tidak hanya melahirkan pengikut tetapi pemimpin hebat melahirkan pemimpin yang hebat.


Jelasnya lagi, gagasan merakyatkan Pemuda ini dibuat bagi mendekatkan Pemuda Pas Malaysia bersama gerakan rakyat tidak kira latarbelakang politik, agama, bangsa, pendidikan dan sebagainya.


Pemuda Pas bukan hanya semata-mata berkhidmat untuk Parti Islam SeMalaysia malah sewajarnya berkhidmat kpd seluruh masyarakat Malaysia sesuai dengan namanya Pemuda Pas Malaysia, jelas beliau dalam kempennya.


Jawatan sekarang yang dipegang oleh Nasrudin Hassan Tantawi yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh sedikit tenggelam fungsi sebenar Pemuda jika dibandingkan dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) terutamanya dalam isu-isu nasional.


Dari maklumat yang diperolehi, kesemua jawatan di dalam parti itu akan dipertandingkan kecuali jawatan Presiden yang masih belum ditentukan.


Walaupun PAS selalu mengatakan soal demokrasi dalam pentadbiran namun perkara tersebut tidak berlaku dalam pemilihan mereka kali ini, ini berbeza dengan pemilihan Umno yang mana beberapa individu telah menawarkan diri untuk bertanding.Keadilankini

1 comment:

cikmatgelap said...

aku sokong zulhazmi...nyahkan pemikiran hanya ustaz je yg boleh jadi pemimpin