
Setiausahanya, Izan Aqilah Muhammad berkata, Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ini telah dihadiri 160 perwakilan dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar
“ Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar Rahimah Osman telah mengekalkan jawatan tanpa bertanding.
“ Begitu juga dengan Jawatan Timbalan dan Naib Ketua yang dimenangi Rosna Ishak dan Norijan Omar tanpa bertanding” katanya
Beliau berkata, jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja telah dipertandingkan bagi memilih 8 orang daripada 12 calon yang bertanding

“
Ustazah Zabariah Mat Amin, Izan Aqilah Muhammad, Athirah Ibrahim, Arpah Hussin, al-Tabliq Ghazali, Zubaidah Abdul Rahim, Masniah Yahya dan Salmiah Mohammad telah dipilih sebagai Ahli Jawatnakuasa Kerja” katanya
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan kepada anggota muslimat PAS Parit Buntar di atas pengorbanan muslimat semasa menghadapi pilihanraya umum yang lalu.
“ Saya percaya muslimat sekalian masih terasa pahit manis bertugas pada masa menghadapi pilihanraya umum ke 13, di mana lebih membuatkan ikatan ukhwah kita semua lebih erat.
“ Apabila berakhir PRU 13, kita saling merindui sesama kita dan tugas yang kita laksanakan” katanya

“ Muslimat memerlukan jentera yang mahir dengan kerja-kerja pilihanraya melalui penambahan bilangan ahli muslimat PAS yang baru.
“ Justeru, peranan muslimat perlu lebih proaktif menerapkan ke dalam pemikiran rakyat tentang kesedaran betapa perlunya perubahan dari politik sempit yang diterajui BN kepada sebuah negara yang ditadbir berteraskan Ubudiyyah, Mas’uliyyah, Itqan dan Berkebajikan” tegasnya
Turut hadir dan menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang juga Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husain dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim.
No comments:
Post a Comment