KUALA LUMPUR, 10 Julai : Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.
Friday, July 9, 2010
Zionis rakan sebenar Umno
KUALA LUMPUR, 10 Julai : Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.
Rakyat dahagakan akhbar harian bebas dan berkecuali

PARIT BUNTAR , 9 Julai : PAS Parit Buntar mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Media Karangkraf di atas pelancaran akhbar Sinar Harian Nasional dan kempen ‘Karangkraf Peduli’ 6 Julai lalu.
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar, Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, akhbar Sinar Harian adalah satu-satunya akhbar harian yang bebas dan tidak memihak dalam melaporkan berita.
Menurutnya, Sinar Harian tidak seperti akhbar harian berbahasa Melayu lain yang ketara memihak kepada parti pemerintah.
“Berita aktiviti PAS dan Pakatan Rakyat terutama melibatkan kebajikan banyak disiarkan oleh akhbar ini.
“Rakyat juga dapat mengetahui perjuangan kami membela mereka kerana langkah berani akhbar ini menyiarkan berita secara bebas dan telus,” katanya.
Fakhrurrazi mahukan Sinar Harian terus mengamalkan sikap terbuka dan berkecuali dalam pelaporan bagi menjaga kepentingan rakyat.
“Akhbar harian berbahasa Cina dan Tamil banyak menyiarkan berita agak bebas berbanding akhbar berbahasa Melayu.
“Kami mengharapkan sikap seperti ini dapat diteruskan dalam setiap pelaporan yang dibuat,” katanya.
Katanya, akhbar yang membuktikan bahan bacaan bermutu, bebas dan berkecuali mempunyai pasaran baik.
“Ramai pembaca menukar langganan akhbar kepada Sinar Harian kerana bebas pendiriannya dan berani menyatakan kebenaran.
“Peningkatan jualan akhbar ini menunjukkan rakyat Malaysia dahagakan akhbar harian yang bebas dan secara tidak langsung membantu meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat,” katanya.SH
Che Gu Bard ditahan pois
REMBAU, 9 Julai : Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Che Gu Bard, ditahan pihak polis dan kini dibawa ke ibu pejabat daerah Seremban.Difahamkan, beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau ditahan sekumpulan 15 anggota polis ketika baru sahaja hendak mempengerusikan mesyuarat PKR Cabang Rembau di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang, jam 9 malam ini.
Sumber memberitahu, beberapa anggota polis telah hadir sejak awal di perkarangan pejabat tersebut.
Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 12 malam tadi selepas diambil keterangan.
Rumahnya di Bukit Chedang, Seremban turut digeledah polis selepas beliau ditahan.
Difahamkan penahanannya ada kaiatan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kandungan tulisan di blognya dan juga ketika berceramah yang didakwa ada kaitan dengan Altantuya.
Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya disiasat bawah akta hasutan.
Bagaimanapun menurut seorang rakannya seperti dilapor Suara Keadilan, tidak menolak kemungkinan, Badrul ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh saudara terdekat Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan anggota Pergerakan Pemuda Umno berkaitan satu artikel yang ditulis oleh beliau dalam blognya bertajuk "Warkah Terbuka Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'Hepi Besday, Sir!' bertarikh 10 Jun 2010.
Artikel tersebut menyentuh mengenai peranan institusi raja dan tanggungjawab terhadap rakyat.hrkh
Umno yang sesat
KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.
Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.
Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.
“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.
Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.
Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.
Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.
“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.
“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.
Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.
“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.
Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.
Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.
Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.hrkh
PAS tidak ikut telunjuk Anwar

GEORGETOWN , 9 10 Julai : Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin mengenai wujudnya pemimpin dan ahli PAS yang terlalu taat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kumpulan yang dikenali ‘Anwarinas’ disifatkan sebagai keluhan seorang yang kecewa setelah dipecat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Zulkifli adalah sangat tidak berasas.
“Sebagai ahli yang taat setia kepada parti, saya tidak nampak kebenaran pada pendedahannya kononnya PAS berpecah hanya kerana wujudnya pemimpin dan ahli yang terlalu taat kepada Anwar kerana kami mempunyai organisasi dan pemimpin sendiri.
“Mengapa perlu mengikut telunjuk orang lain sedangkan kami juga mempunyai pemimpin yang sangat disanjung tinggi. Mungkin dari segi politik, kami ‘bersama’ di dalam Pakatan Rakyat (PR) namun pada pegangan dan fahaman politik, kami tidak akan mengikut arahan daripada DAP mahupun PKR. Sesiapa pun tidak boleh mempengaruhi kami,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang.
Dr Mujahid berkata, kenyataan itu menggambarkan Zulkifli begitu kecewa setelah dipecat daripada PKR sekali gus mendedahkan dirinya untuk diperalatkan oleh Barisan Nasional (BN) yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku terhadap Ahli Parlimen itu.
“Kenyataan itu menggambarkan betapa kecewanya dia yang bercakap mengikut perasaannya saja. Saya percaya, dia ada agenda lain di sebalik kenyataan itu dan mungkin angkara BN yang memperalatkan Zulkifli untuk menyerang PR,” katanya.
“Hari ini, timbul isu ‘Anwarinas’. Selepas ini, dia akan buat kenyataan lain pula bagi menyerang PR. Mereka cemburu dengan kekuatan yang ada pada PR dengan gabungan PAS, DAP dan PKR,” katanya.
Dr Mujahid berkata, kenyataan Zulkifli jelas cuba merendahkan kredibiliti dan daya intelek pemimpin serta ahli PAS.
“Mereka mempunyai kewarasan kepimpinan dan tidak mungkin dipengaruhi oleh mana-mana pihak kecuali kepimpinan PAS sendiri,” katanya.
Bagaimanapun kata Dr Mujahid, kenyataan wakil rakyat Bebas itu tidak akan menjadi perkiraan pada PAS kerana “kami tahu kedudukan Zulkifli”.
“Dia dijadikan alat untuk kepentingan BN bagi melakukan kerja yang tidak berfaedah ini,” katanya.SH
Kalau berat sebelah, bukan peraturan
KOTA BHARU, 9 Julai: “Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan asas kepada demokrasi dan keadaan sosial adalah tanpa perbezaan keistimewaan kelas.
Menurutnya, sekiranya timbul sesuatu perkara ianya memerlukan kepada jawapan, sekaligus merupakan kebebasan bersuara bagi negara yang mengamalkan demokrasi.
Dalam Islam sendiri, katanya, apa pun perkataan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda menjawab atau membalas dengan jawapan sewajarnya.
“Itu asas kepada demokrasi, dan dalam konteks Suara Keadilan dan Harakah yang diminta tunjuk sebab oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, apa saja yang dicakap oleh PAS atau Umno, mereka hendaklah memberi jawapan balas,” katanya kepada media ketika mengunjungi Restoran Mutiara Corner di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Beliau sebelum itu menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu.
Menurutnya, mereka (KDN) tidak boleh menutup isu itu begitu saja, tetapi sebaliknya hendaklah menjelaskannya, jika tidak ia akan dianggap tiada modal.
“Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan.
“Kerajaan seperti itu mesti jangan diundi, dan dengan cara begitu (boleh) menyelesaikan masalah yang berbangkit.
“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jangan mengundi dia, kita buat kerajaan lain dan peraturan lain.
“Kalau dia anggap Harakah salah, dia boleh saman, dia boleh buat apa saja. Namun kita ada sebab dan hujahnya,” katanya.hrkh
Thursday, July 8, 2010
Bala bimbang kembali ke Malaysia
LONDON, 8 Julai : Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dan barisan peguamnya melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan rancangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangannya di sini.
Balasubramaniam telah sampai di sini dari India selepas pegawai SPRM menghubungi peguamnya untuk menyampaikan hasrat mengambil keterangannya mengenai perakuan sumpah yang ditarik balik berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbu.
Dalam sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu, Balasubramaniam bersama barisan tiga peguamnya berkata: "kini semuanya terletak di tangan SPRM".
"Kami ingin menegaskan bahawa kami kini berada di sini dan anak guam kami, Balasubramaniam sentiasa bersedia dan sanggup membantu SPRM jika mereka mahu menemubualnya," kata peguam Americk Sidhu.
"Sekiranya SPRM ingin menemubual Balasubramaniam maka kali ini mereka perlu mematuhi syarat kami sepenuhnya kerana mereka terlepas peluang keemasan," katanya.
Americk mendakwa SPRM bimbang untuk datang ke London bagi mendengar kisah sebenarnya.
Menurut salah seorang peguam, Manjeet Singh Dhillon, bahawa pihaknya berhasrat supaya Balasubramaniam menonjolkan kisah keseluruhan yang berkisar dalam hal Altantunya jika pegawai SPRM datang ke sini.
Manjeet berkata polis telah merekodkan tidak kurang lima kenyataan daripada Balasubramaniam.
Balasubramaniam merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam.
Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober, 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya.
Selepas kematian Altantunya, Balasubramiam membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya.
"Cara Balasubramaniam dilayan selepas perakuan sumpah pertama pada 3 Julai, 2008, dia segera ditahan, disuap, dipujuk, diugut dan dibuang dari Malaysia," kata Manjeet.
Balasubramaniam mengakui bahawa beliau bimbang untuk kembali ke Malaysia dan mendakwa beliau mungkin ditahan.
Katanya beliau akan disoal oleh pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai ini berhubung bayaran komisen bagi pembelian kapal selam itu sebelum kembali ke India untuk bertafakur di pergunungan Himalaya.
"Apabila SPRM meminta saya datang ke London, saya datang," katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri ahli-ahli media alternatif, salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. - BERNAMA
Pelancaran dana infaq Ramadan

PARIT BUNTAR, 8 Julai : Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah melancarkan dana Infaq Ramadan PAS Parit Buntar bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada golongan memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena Ramadan nanti.
Amiruddin dalam ucapannya memuji langkah PAS Parit Buntar yang bergerak awal mengumpul dana kebajikan untuk membantu rakyat pada Ramadan nanti.
“Saya berharap usaha murni ini akan mendapat perhatian orang ramai untuk membantu golongan susah di Parit Buntar.
“Sumbangan ini bertepatan dengan amalan sedekah bagi menjalani ibadat pada Ramadan,” katanya di hadapan lebih 500 pendengar di Dataran Purnama, Kampung Kedah.
Turut hadir, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar, Harun Hashim.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan, Abdul Bahrain Desa berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menambah dana itu.
“Pada malam ini risalah kutipan dana turut diedarkan dan pelancaran juga telah disempurnakan.
“Oleh itu, kami berharap orang ramai, dapat bersama menghulurkan sumbangan untuk program ini, ” katanya.
Kepada individu yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Bank Muamalat bernombor 0801-0000839-71-1 atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.
Ust Ibrahim Zakaria dibebaskan


IPOH, 8 Julai : Ust Muhammad Zulkifli atau Ust Ibrahim telah dibebaskan oleh polis Mesir, sekarang beliau sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke tanah air.
Beliau ditahan oleh polis Mesir atas sebab-sebab yang sehingga pembebasannya ini pun tidak jelas penahanannya.
Sekembalinya ke tanah air nanti, segala-galanya akan diceritakan oleh beliau. Pengalaman ditahan di Mesir mungkin tidak sama sebagaimana beliau pernah ditahan di tanah air satu ketika dahulu.
Difahamkan lokap dan penjara Mesir semua berada di bawah tanah. Hampir mustahil untuk kaum kerabat sekalipun peguam bela untuk berjumpa dengannya.
Walau bagaimanapun timbul juga kebimbangan kemungkinan Ust Ibrahim akan ditahan pula oleh SB Malaysia sebaik sampai di airport. Harap-harap tidak begitulah.
Sementara kita bergembira menunggu kepulangan Ust Ibrahim, semalam dapat pula berita penahanan seorang anggota unit Amal dari Padang Rengas, Perak.
Beliau ialah sdr. Hanafi (Setiausaha Unit Amal Padang Rengas). Sebab penahanannya juga tidak jelas, menurut ahli keluarganya, Hanafi ditahan di rumahnya oleh SB Bukit Aman dan diberitahu kemungkinan dibawa ke Melaka untuk soal siasat. Sekali lagi berlaku penangkapan yang dibuat tanpa sebab-sebab yang jelas.
Semua ahli dan penyokong PAS diseru solat hajat dan bermunajat agar sdr. Hanapi tidak dianiayai dan segera dibebaskan.Misabah
Putus segera hubungan dengan Israel
IPOH, 8 Julai : Berikutan serangan Rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) sekali lagi mendesak kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan rejim ‘pengganas’ Israel.
Pengerusinya, Mohd Hafez Sabri dalam kenyataannya menyatakan pendirian menggesa kerajaan Malaysia untuk agresif, proaktif & mengambil langkah berani untuk menangani isu serangan Israel ke atas rakyat Malaysia di perairan Gaza.
“Kami anak muda mendesak kerajaan Malaysia tidak hanya sekadar stereotaip dengan berpendirian ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ dan ‘kami mahu kerajaan segera bertindak dalam hal ini” tegasnya.
Beliau juga menyatakan bahawa anak muda menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan Israel.
“Sewajarnya Kerajaan Malaysia segera membatalkan kontrak di antara Malaysia dan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel.” ujarnya.
Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa Malaysia dalam diam ‘mengangguk’ sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
“Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara. Israel dengan tindakannya tempoh hari secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.”
“Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?” soalnya.
Dato' Kamaruddin, Dr. Hatta tak perlu disiasat

SHAH ALAM, 8 Julai : Kehadiran dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli dalam Majlis Pelancaran Friends of Pakatan di London baru-baru ini adalah atas tiket PAS yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden PAS itu yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS berkata, tiada keperluan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas mereka seperti didesak Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
“Mereka bukan ke sana atas agenda peribadi. PAS adalah ahli komponen PR, jadi PAS juga perlu berada di sana. Tidak salah PAS menghantar wakil.
“Lagipun, saya anggap Zulkifli bukan lagi ahli PAS dan dia tidak berhak memberikan pandangan. Justeru tiada keperluan untuk melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Tuan Ibrahim berkata, satu kenyataan rasmi mengenai status keahlian Zulkifli di dalam PAS sudah dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, semalam.
Mustafa ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
“Apabila seseorang ahli PAS keluar parti dan menyertai parti lain, secara automatiknya keahlian beliau telah gugur,” katanya.SH
Ahmad Maslan tak mahu berdebat
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.
Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.
Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.
"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan,
"Saya mahu rakyat menjadi hakim.Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah.Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog.Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak,
"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.
Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.
"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.
Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.
Usul 'Deepak, Rosmah taja Bala' ditolak

KUALA LUMPUR, 8 Julai : Usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.
Usul itu ditolak mengikut peraturan mesyuarat dewan 18 (5) yang menyatakan bahawa hanya satu usul yang boleh dikemukakan sebelum mesyuarat ditangguhkan.
Dalam usulnya itu Er berkata Balasubramaniam sebagai saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.
“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.
"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” tulisnya dalam usul itu.
Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.
“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.
“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” tulisnya.
![]() |
“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu dengan alasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan penangguhannya.
Bagaimanapun Er tidak berputus asa supaya usulnya itu terus dibahaskan dan beliau memfailkannya sekali lagi pagi ini.
"S
![]() |
Beliau berharap usul itu akan dibahaskan minggu depan kerana ia membabitkan isteri, perdana menteri.
"Khabar angin kini tersebar di internet, jadi kita perlu menjaga nama baik negara dan juga Rosmah,” katanya.
Umno berlagak hero
GEORGETOWN, 8 Julai : Sekumpulan ahli majlis bandaran di Pulau Pinang mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan isu pengusiran orang Melayu dari perkampungan mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang diluluskan oleh pemimpin parti itu sendiri ketika mentadbir negeri itu sebelum ini.
Mereka merujuk kepada kes pengusiran penduduk Jalan Kampung Pokok Assam baru-baru ini untuk melaksanakan projek pembangunan yang diluluskan lima tahun lalu, ketika BN masih mentadbir Pulau Pinang.
Jurucakap kumpulan tersebut, Yusof Noor, mengecam Umno kerana didakwanya memanipulasi isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjurkan demonstrasi terhadap kerajaan negeri sekarang, tetapi kelibat pemimpin mereka langsung tidak kelihatan ketika penduduk di situ diusir.
Yusof Noor, yang juga timbalan pengerusi PAS negeri berkata, pemimpin Pakatan di kawasan itu - ahli jawatankuasa Masjid Jelutong - yang berunding dengan pihak pemaju untuk melanjutkan tempoh untuk penduduk terbabit berpindah - dari seminggu kepada tiga bulan.
Mereka memujuk pihak pemaju supaya memberi lebih banyak masa kepada penduduk untuk berpindah memandangkan bulan Ramadan semakin hampir.
"Di mana hero-hero Umno pada masa itu? Nampaknya kelibat mereka pun tidak kelihatan untuk menangani isu ini," katanya Yusof dalam satu
sidang akhbar di pusat operasi PAS di Jelutung semalam.
Menurutnya, Umnolah yang meninggalkan semua masalah tersebut dan "kami tidak mempunyai jentera atau mekanisme untuk menanganinya masalah yang ditinggalkan oleh Umno."
"Tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Yusof.
Katanya, jika Umno benar-benar berminat untuk membantu penduduk terbabit, maka parti itu harus berunding dengan pihak pemaju dan penduduk untuk mencari penyelesaian yang terbaik.
Tetapi sebaliknya, kata beliau, tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk, dengan membuatnya seolah-olah kerajaan negeri sekarang yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya jangan cuba hendak menjadi hero kerana akhirnya penduduk sendiri yang akan menjadi mangsanya.
Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah ahli majlis bandaran Pakatan termasuk Izuree Ibrahim, Ramlah Bee Asiahoo, Mohd Zahry Shaik Abdul Rahman, Zikri dan Mohd Fadzil Ismail Ibramsa.
Kumpulan itu menjawab dakwaan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peminggiran kampung Melayu di Pulau Pinang merupakan "harga yang berat" yang terpaksa mereka bayar kerana mengubah kesetiaan politik.
Zahid yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, perlu menyedari bahawa Umno, yang menjadi tulang belakang BN, selalu memperjuangkan kepentingan semua pihak.
Beliau yang juga menteri pertahanan menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kira-kira 200 peduduk kampung tersebut yang diberi tempoh tiga bulan untuk berpindah dari kawasan itu yang akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah.
Sementara itu, Izuree pula mendakwa, Umno turut mencetuskan masalah yang sama di merata tempat di negeri itu, termasuk di Batu Uban dan Kampung Binjai, yang didiami ramai penduduk Melayu.
Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut juga mempunyai masalah dengan pemaju kerana mereka menolak pembangunan yang dijalankan di sana.
Izuree mendakwa Umno telah mempolitikkan isu tersebut, menyebabkan penduduknya menjadi keliru.
PAS sesat atau Umno sesat

ALOR SETAR, 8 Julai : Jika PAS parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.
"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.
Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan PAS sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.
Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.
“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, PAS sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.
“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah PAS lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.
“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.
Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.
“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.
Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.
“Beliau berani cakap PAS sesat, PAS pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.SH





