Wednesday, January 26, 2011

Inilah nasib orang Melayu di negeri Umno


Peniaga rugi besar kedai roboh



KUALA PILAH , 26 Jan. : Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa ibu tunggal, Ramnah Soan, 53, kerana bahagian depan kedainya roboh gara-gara angin kuat empat hari lalu selepas disaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada November lalu.

Ramnah berkata, tindakan menukar tiang besi daripada tiang batu sedia ada kerana menerima saman PBT. "Saya terima saman pada 29 November lalu dan kira-kira jam 4 petang, hari yang sama, saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk mengetahui punca sebenar disaman dan ingin memohon rayuan mengurangkan jumlah saman disebabkan tidak mampu.

"Pihak berkenaan meminta saya hadir keesokan harinya dengan surat rayuan dan alhamdulillah, saya dapat kurangkan saman daripada RM500 kepada RM100 sahaja," katanya yang sudah berniaga sejak 2005. Menurutnya, dia juga harus merobohkan tiang batu dalam tempoh dua bulan daripada tarikh disaman.

"Alasan diberikan adalah mana-mana peniaga tidak boleh membina bangunan kekal batu-bata dan satu tiang batu pun tidak boleh dibina di mana-mana kedai kerana premis bukan kedai kekal.

"Saya patuh dengan arahan ditetapkan tetapi kecewa kerana masih terdapat kedai yang tidak dirobohkan sedangkan ia adalah bangunan kekal dengan menggunakan batu-bata," katanya.

Rambah berkata, masalah timbul apabila kedainya roboh kerana angin kuat dan keadaan itu menjejaskan sumber pendapatannya. "Ia membebankan saya kerana perlu melakukan kerja baik pulih. "Jika tidak merobohkan tiang batu, kedai saya mungkin boleh bertahan berpuluh-puluh tahun tetapi apabila memasang tiang besi, ia hanya mampu bertahan dua minggu sahaja," katanya.

Menurutnya, bahagian tepi kedai dan kedudukan tanah agak tidak rata, selain angin kuat memburukkan keadaan. "Saya bukan :golongan orang berada. Sekarang saya perlu menangguhkan perniagaan kerana tiada duit membina semula bahagian depan kedai.

"Dahulu, saya bina tiang batu dengan kos RM2,500 dan kini mahu membersihkan sisa runtuhan memerlukan kos RM800 pula," katanya yang mempunyai dua anak. Sementara itu, Ramnah berkata, kejadian angin ribut itu berlaku jam 1 tengah hari ketika beberapa pelanggan menjamu selera.

"Ketika kejadian, saya tiada di kedai kerana pulang ke rumah di Sungai Dua Kecil. Hanya ada pekerja dan seorang anak. Secara tiba-tiba sahaja, angin kuat lalu merobohkan tiang besi yang baru sahaja diganti beberapa minggu lalu.

"Keadaan tanah yang senget dan bebanan kayu yang berat menyebabkan tiang besi mudah tumbang. Mujur tiada kecederaan berlaku kerana pelanggan sempat melarikan diri," katanya.

Dalam pada itu, Ramnah turut merayu mana-mana agensi mahupun sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan membaik pulih kedainya kerana mengalami kesempitan wang. SH

Read more ...

PAS semakin berkembang di Johor, Umno makin menguncup

Tenang: Kebangkitan PAS Johor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6XPDgGMA_p_XsvLHk6udOsWcywQNcsVcJovn34kv5ThHbUI7cyLwueYy7C1K2DLa9xyCh9kftfNVGEbyE0uamSN05NUhlSnTzakczCiUuJo_vaqstYqq2qLT6xs9uafW9cUMlmZjzjDTS/s320/pas4all.jpgArtikel : Hanya beberapa hari saja lagi hari penentu pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor, semua pihak berdebar menanti hari pengundian Ahad itu, 30 Januari ini.Bandar Labis seolah-olah dikejutkan dari tidurnya dengan menerima kedatangan beribu-ribu orang luar untuk menyaksikan pilihan raya tersebut.

Ketika menikmati makan tengah hari bersama teman-teman dari PAS Kelana Jaya di sebuah restoran, saya merasa terharu dengan kemajuan PAS Johor yang kelihatannya semakin pesat.

Nyatalah calon PAS, Cikgu Normala Sudirman menjadi elemen penting kepada kebangkitan PAS Johor ini dengan tidak menafikan sama sekali jasa dan pengorbanan pimpinan dan pendukung PAS lain di negeri itu sejak dulu hingga kini.

Jasa dan pengorbanan tokoh PAS Johor selama ini, antaranya Dr. Sanusi Daeng Mariok, Dr. Mahfuz Muhamad, Almarhum Tuan Haji Ismail, Ahmad Anang, Ustaz Abdullah Husein, Khairul Faizi, Aminudin Ayub, Dr. Muhamad Taslim, Dr. Haji Sheikh Ibrahim, Aminul Huda, Mazlan Aliman, Suhaizan Kaiat dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya.

Dahulu PAS Johor terpinggir, miskin, dipandang ‘sebelah mata’ saja oleh kebanyakan orang di Johor, banyak kali bertanding dan ramai hilang wang pertaruhan. Tetapi kini PAS Johor berdiri dengan gagah, sudah diterima oleh ramai rakyat di Johor, tidak lagi hilang wang pertaruhan, bahkan mampu memenangi dua Dun – Maharani dan Sungai Abung – dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Sebagai anak kelahiran Pontian, Johor, saya dapat memahami pahit getir pendukung PAS negeri Johor untuk mengembangkan parti itu di tengah-tengah keangkuhan Umno yang selama ini menganggap Johor adalah Umno dan Umno adalah Johor.

Kini PAS Johor dengan dua Dun dimenanginya – Dun Sungai Abong dan Maharani – sedang bangkit dan menyerlahkan namanya di peringkat nasional. Pemilihan terhadap Normala sebagai calon untuk bertanding di Dun tersebut memberikan kelebihan kepada PAS/Umno dan memberikan erti yang cukup besar kepada perjuangan parti itu di negeri yang kononnya selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno.

Pada hal kenyataan yang ada tidak begitu. Di tengah-tengah kepesatan perkembangan PAS Johor ini, saya terkenang bagaimana tungkus lumus pendukung PAS Johor mula menggeragkannya secara aktif di tahun 1978 di Batu Pahat.

Dapat dibayangkan bagaimana pahit getir PAS Johor waktu itu di mana ceramahnya tidak mendapat sambutan, hanya beberapa puluh orang saja yang mendengarnya, sementara ramai orang Johor mencebikkan bibir ketika siapa saja yang menyebutkan nama PAS.

Polis pula waktu itu mematikan pembesar suara jika ada pemimpin Umno berceramah berdekatan. Namun PAS Johor terus bangun hingga kini bahkan semakin gagah.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, saya ada terdengar perbualan beberapa orang dalam loghat Kedah di sebuah restoran. Mereka
kagum dengan kebangkitan PAS Johor. Mereka berkata, PAS Johor tidak lagi terpencil seperti yang kita dengar, bahkan sudah semakin ramai orang Johor menerima PAS.

Sementara itu bantuan petugas PAS/Pakatan Rakyat dari luar Johor sudah demikian ramai tiba, di mana muslimat PAS Johor mengerahkan seluruh tenaga ahlinya memimpin kempen ini dan mengiringi setiap pergerakan calon PAS itu.

Di beberapa tempat di kawasan pengundi Cina, kelihatan petugas DAP mengiringi Cikgu Normala berkempen dan oleh kerana suasana Tahun Baru Cina sudah sangat terasa di Dun Tenang ini, kunjungan Normala disambut hangat oleh orang Cina dengan suasana Tahun Baru.

Normala tidak kekok berdepan dengan situasi begini kerana beliau sudah biasa bergaul dengan orang ramai, bahkan ada sesetengah ibu bapa yang anak mereka pernah menjadi murid Normala telah memberikan sambutan hangat terhdapat kedatangan calon ini bersama rombongannya.

Di kawasan pengundi Melayu, muslimat PAS Johor juga di depan dengan dibantu oleh petugas PAS dari seluruh negara. Gerak kerja kempen calon PAS ini berjalan lancar.

Nampaknya PAS tidak bimbang dengan isu Normala tidak bersalaman dengan lelaki seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin MCA, kerana isu ini dan isu negara Islam dilihat tidak berkesan.

Bahkan isu bersalaman ini memukul pemimpin Umno/BN sendiri kerana selama ini tidak meneranghkan peraturan dan adab Islam kepada rakan mereka dari MCA walaupun sudah bergabung lebih setengah abad.

Ramai yang bertanya mana pergi tokoh dan menteri agama di dalam Umno selama ini yang membisu seribu bahasa, membiarkan pemimpin MCA menghina hukum Islam.

Sementara itu, sekiranya ada anggapan bahawa golongan generasi lama masih menyokong Umno/BN maka anggapan itu mungkin separuh benar. Ini kerana ramai juga orang veteran dalam perbualan mereka, termasuk di pekarangan masjid dan surau terang-terang menyatakan sokongan kepada PAS dan calonnya.

“Normala ini guru, pendidik, dia bijak, akhlaknya baik. Calon macam seperti ini patut kita sokong,” kata seorang warga emas ketika berbual dengan kawannya di pekarangan sebuah masjid di kawasan Melayu di Labis ketika menuju ke keretanya selepas menunaikan solat Zohor.

Antara isu yang mendominasi dan kelihatan berkesan dalam kempen calon PAS/Pakatan Rakyat ini ialah isu kenaikan harga barang di samping isu lain seperti gejala sosial, penagihan dadah oleh remaja Melayu dan sebagainya.

Boleh dirumuskan di sini bahawa antara hikmah pilihan raya kecil Dun Tenang ini ialah menyerlahnya PAS Johor dengan perkembangannya yang sangat pesat, berjaya mengenengahkan calon terbaik dari muslimat Johor dan memperlihatkan kesepaduan gerak kerja seluruh petugas Pakatan Rakyat.

Ternyata PAS negeri Johor begitu harum namanya.
Abd Shukur Harun

Read more ...

Ahmad Maslan pengecut, berani dari jauh

Tolak debat: Ahmad Maslan takut berdepan peneroka

http://media.themalaysianinsider.com/images/stories/2010jan1/ahmad-jan2.jpgKUALA LUMPUR, 26 Jan: Mazlan Aliman menyifatkan penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebagai tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Ahmad sepatutnya berani jika yakin kerajaan dan Felda tidak membuat sesuatu yang mengainaya peneroka.

"Jika selama ini dia kata dia bantu peneroka, dia menuduh Anak dan Pakatan Rakyat pemecah belah. Habis tu kenapa dia tolak," katanya kepada Harakahdaily sambil menyelar Ahmad sebagai penakut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan Ahmad untuk berdebat dengan beliau.

Ahmad hari ini menolak cabaran Mazlan untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS bagi PRK Tenang tetap dengan keputusan mengajak Ahmad berdebat dan memberi masa sampai esok kepada Ahmad.

"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.

Namun jelasnya, tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.

"Saya tunggu sampai esok, kalau dia tak terima juga, maknanya dia pengecut dan perlu letak jawatan.

"Rakyat tak perlu timbalan menteri yang takut berdepan dengan rakyat sendiri," katanya.

Anak sebelum ini menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

NGO tersebut kemudiannya menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Read more ...

Najib lebih teruk dari Mahathir

Pinda Akta Cetak: Najib Lebih Dahsyat Berbanding Mahathir


SHAH ALAM 26 Jan. : Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.

Katanya, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kabinet Datuk Seri Najib Razak meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada Tv Selangor, Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.

"Rakyat secara umum bukan mengharapkan perdana menteri, Najib untuk melaksanakan kawalan ala-Mahathir terhadap media tetapi kita juga tak boleh berharap ini akan jadi lebih buruk dari zaman Mahathir," katanya.

"Apa yang dia cuba lakukan ialah memastikan media atas talian (online) berada di bawah kawalan sebelum pilihanraya umum, itulah sebabnya dia kini bercakap mengenai pindaan dalam akta cetak, kemungkinan pada Mac depan. Tindakan kementerian yang tergesa-gesa mahu membuat pindaan ini merupakan isyarat jelas pilihanraya umum semakin hampir,"jelas Steven

Semalam KDN mengumumkan untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya termasuk seperti laman web, blog termasuk Facebook.

Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.

"Ini sudah tentunya satu tamparan kepada sedikit kebebasan yang kita nikmati sejak 15 tahun dahulu," tambah Steven.

Katanya, tindakan ini juga mungkin satu perangkap dari KDN untuk memudahkan tugas mereka menyekat kemaraan laman web yang bebas mengkritik kerajaan.

Dengan melakukan pindaan ini, ia mungkin memberi laluan untuk permohonan lesen kepada media-media alternatif dan mereka yang tidak berbuat demikian dengan mudah akan dikenakan tindakan perundangan.

"Saya rasa mereka memberi kelonggaran dalam perlesenan sebagai satu kaedah kerajaan mengenakan tekanan politik kepada bukan sahaja Malaysiakini tetapi banyak lagi media atas talian. Ini juga memberi kementerian kuasa untuk mengharamkan mana-mana laman sesawang," katanya.

Steven Gan juga turut senada dengan Presiden NUJ, Hata Wahari yang menyifatkan tindakan kerajaan meminda PPPA sebagai tindakan terkebelakang kerajaan.

"Saya bimbang kedudukan kita dalam kebebasan media akan semakin menurun dan ini akan memberi tamparan hebat kepada pengamal-pengamal media, bagaimana mereka hendak mengamalkan media," kata Hata kepada Tv Selangor.

Tambah beliau, tindakan kerajaan meminda PPPA adalah bertujuan untuk terus mencengkam rakyat untuk mengikut apa juga corak pemerintahannya.

" Bermakna kata-kata Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu semua, tidak dilaksanakan.Maknanya sekarang ini kerajaan terus meletakkan agenda-agendanya sendiri kepada rakyat," jelasnya.

Read more ...

Umno cemburu , PR ada dasar bersama

Hudud Bukan Agenda Utama PR


LABIS 26 Jan.: PAS menegaskan bahawa hukum Hudud dan negara Islam yang menjadi pegangan parti itu bukan menjadi agenda utama dalam dasar Pakatan Rakyat.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali pada sidang media di Bilik Gerakan PAS, Labis pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata dasar yang dipegang Pakatan Rakyat meliputi keseluruhan baik dari aspek agama, ekonomi dan sosial.

Justeru katanya, PAS tidak sewenang-wenangnya melaksanakan Hudud tanpa mengambilkira pra-syarat yang ditetapkan walaupun menguasai majoriti satu pertiga di Parlimen.

"Tetapi dalam Pakatan Rakyat, Hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Rujuk Buku Jingga. Ini dasar bersama kita," jelas beliau.

Menurut Mustapha, mana-mana negara yang mahu melaksankan hukum Hudud perlu ada pra-syarat dan sekiranya itu tidak dapat diperolehi maka tidak sah mana-mana individu dikenakan hukuman.

Antara prasyarat lain yang perlu dilihat menurut beliau adalah gaji minumum yang menentukan perlaksanaan hukum Hudud dengan mengambilkira taraf ekonomi individu yang melakukan kesalahan.

Tambah Mustapha, sekiranya hukum itu dilaksanakan tanpa berpegang kepada prinsip keadilan maka pemeritah perlu dipersalahkan.

Syarat-syarat itu mesti ada keadilan ekonomi yang mesti berlaku dulu. Tanpanya ini tidak akan dilaksana walaupun undang-undang ada. Ini adalah kaedahnya.

"Ia mesti ada pekerjaan penuh. Kalau rakyat tidak ada kerja dan dia mencuri. Itu tidak boleh dilaksanakan. Salah jika pemerintah berbuat demikian," katanya lagi.

Menurutnya, penjelasan yang tidak khusus menimbulkan kekeliruan rakyat justeru diambil kesempatan oleh Umno-Barisan Nasional kerana tidak mampu mendekati hati penduduk mengakibatkan kempen tertumpu kepada politik perkauman di daerah Tenang.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu negara Islam untuk menyerang PAS dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Chua dipetik sebagai berkata jika sokongan pengundi-pengundi diberikan kepada PAS, mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Justeru Mustapha meminta supaya Umno-Barisan Nasional menghentikan politik perkauman kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana kurang senang dalam masyarakat berbilang kau "Sebab itu saya jelaskan supaya BN menghentikan politik perkauman. Tidak bagus bagi masyarakat majmuk," kata beliau lagi.

Read more ...

Umno penganas di Tenang?

Umno Guna Provokasi Ganas Halang Pakatan Rakyat


LABIS 26 Jan.: Hari kelima kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tenang menyaksikan taktik provokasi ganas oleh Umno-Barisan Nasional.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diganggu sekumpulan 40 orang Pemuda Umno ketika hadir ke sesi penerangan Pakatan Rakyat di FELDA Chempelak Barat.

Kehadiran beliau disambut laungan takbir selain melemparkan kata-kata kurang senang kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Susulan kejadian itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua melebel Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebagai ancaman terbesar amalan demokrasi di negara ini.

Katanya amalan tersebut adalah bertentangan dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mengenakan sebarang provokasi atau menyekat mana-mana individu dari Umno-BN untuk berkempen.

"Tapi nampaknya penyokong Umno ini bersifat gangster untuk menyekat Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan maklumat mengenai pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Adakah Umno ini begitu takut dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berjaya membawa kemakmuran kepada rakyat," ujar beliau pada sidang media bersama PAS dan DAP di sini hari ini.

Tony menambah, usaha untuk memecahbelahkan dasar Pakatan Rakyat tidak dapat tercapai melalui provokasi sedemikian dan akan terus memantau sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kekecohan.

Beliau turut menyeru agar Umno-Barisan Nasional menghentikan perbuatan tidak bertamadun kerana dianggap tidak berdemokratik.

Sementara itu, Tony turut menyalahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membiarkan penyokong Umno-BN membuat provokasi pada sesi penerangan Pakatan Rakyat di FELDA Chempelak Barat.

Jelasnya, anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak melakukan usaha untuk meleraikan himpunan tersebut termasuk melemparkan kata-kata kesat kepada wartawan berbangsa Cina yang hadir.

Read more ...

Muhyiddin tak tahu kira , 20 lebih besar dari 35

Desak Khalid Lepas Jawatan, Muhyiddin Terdesak


CHERAS 26 Jan. : Serangan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah usaha terdesak Timbalan Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan imej Menteri Besar itu sebagai peneraju negeri yang maju di Malaysia.

Lebih dari itu, ia adalah tindakan drastik untuk melindungi keengganan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional menyokong usaha memartabatkan kuasa Raja-raja Melayu yang telah dirosakkan Umno pada tahun 1993.

Mengulas gesaan Muhyiddin supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak berjaya meraih sokongan 2/3 bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Khalid menjelaskan.

"Kami mendapat 35 undi, dia (BN) dapat 20, jadi siapa yang patut letak jawatan?," kata Khalid ketika ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin semalam secara semberono menggesa Khalid meletakkan jawatannya sebagai menteri besar ekoran usaha kerajaan negeri meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak disokong ADUN BN.

Malangnya, Muhyiddin umpama masuk perangkap sendiri apabila Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung Isnin lalu tidak mengusulkan sebarang proses undi tidak percaya.

Apa yang berlaku hanyalah perbahasan mencadangkan supaya kuasa Raja-raja Melayu kembali dimartabatkan ke paksi asalnya sebelum Krisis Perlembagaan 1993.

“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen.

"Di Selangor, jika anda tidak dapat meluluskan bajet, maka anda (MB) kena letak jawatan," tegas Khalid.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional sewajarnya mengambil iktibar dari pengalaman lepas apabila kerajaan Najib hampir gagal ketika usul meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu.

Nasib hampir tidak menyebelahi Najib dan barisan pentadbirannya apabila kerajaan hanya menang tipis iaitu tiga undi berbanding pembangkang.

Proses pengundian yang dikenali sebagai 'belah bahagi' itu menyaksikan beberapa ahli parlimen BN terkocoh-kocoh masuk ke Dewan Rakyat sekitar jam 10 malam.

Malah kerajaan sekali lagi terpaksa tunduk terhadap desakan rakyat yang merasa mual dengan pentadbiran mereka, apabila terpaksa menunda bacaan kali kedua pembentangan cukai perkhidmatan dan barangan (GST).

Justeru itu alasan yang lebih kukuh kepada Najib selaku Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya.

Read more ...

Noh Omar pembohong besar

Tuduh MB Bohong: Noh Hanya Politikkan Isu Pinda Perlembagaan


SHAH ALAM 26 Jan.: Tuduhan Datuk Seri Noh Omar bahawa cadangan pindaan undang-undang yang dibawa Pakatan Rakyat Isnin lalu merupakan satu usaha pembohongan terhadap rakyat Selangor disifatkan sebagai cakap politik oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu mendakwa pindaan perlembagaan itu bertujuan agar Sultan dikehendaki bertindak atas nasihat seorang menteri besar.

"Saya rasa ini adalah cakap politik kerana dalam perlembagaan Malaysia juga ayat yang saya masukkan dalam pindaan enakmen itu adalah serupa dengan ayat yang ada dalam perlembagaan Malaysia, kalau dia (Noh) rasa ayat tu tak sesuai untuk perlembagaan Malaysia, saya harap dia nyatakan dalam kabinet, katakan dia tak setuju dan katakan rakyat telah ditipu oleh kabinet Malaysia," katanya.

Dalam ucapan usulnya di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor itu, Khalid menjelaskan secara teliti dan berfakta mengapa pindaan itu perlu dikembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar setelah Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993 meminda perlembagaan dengan memperalatkan institusi raja.

"Sebab kita mahu mengembalikan kuasa Sultan dia (Noh) patut tahu sebab Barisan Nasional yang mengeluarkan klausa undang-undang yang menidakkan kuasa sultan pada tahun 1993, kenapa mereka keluarkan?

"Sebab tak mahu memberi kuasa kepada sultan dan saya sebagai Menteri Besar mahu mengembalikannya, adakah dia sekarang mahu menidakkan apa yang BN lakukan pada 1993? Rakyat mesti tahu, dulu dia (BN) marah-marah kepada Sultan tetapi sekarang mereka mahu cium tangan, mana boleh," katanya.

Dalam sidang media itu juga Khalid memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melakukan penerangan kepada seluruh rakyat Selangor.

Tambahnya, sidang dewan itu adalah satu usaha mencari kebenaran supaya ada keikhlasan kedua-dua pihak(Pakatan Rakyat dan Umno-BN) untuk mencari jalan supaya pengurusan negeri diurus dengan mantap.

"Saya percaya rakyat akan mengenali kebenaran, sebab itu saya bercadang untuk turun ke padang, kita mengambil masa 3 bulan bermula Februari, Mac dan April," katanya.

Isnin lalu usul itu ditolak apabila tidak mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Artikel 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang khas Dewan Undangan Negeri yang diadakan kelmarin.

Pindaan itu antara lainnya bertujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan itu dicadangkan ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mendapat bantahan kerajaan negeri dengan alasannya ianya tidak dirujuk kepada Menteri Besar.

Read more ...

Calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang

merangkap Naib Presiden PAS.

Read more ...

Umno pun makhluk dua alam

Tolak usul bukti BN makhluk dua alam

KUANTAN, 26 Jan: Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk ‘dua alam’ yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 berhubung soal perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditolak kerana gagal mendapat restu dua pertiga majoriti Dewan Undangan Negeri.

Walaupun mendapat sokongan kesemua 34 Adunnya, Pakatan Rakyat kekurangan 4 undi untuk menjayakan usul tersebut apabila tiada seorang pun daripada 20 Adun Barisan Nasional yang berani menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga membayangkan apakah nasib yang bakal melanda kepada Adun Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka bertukar tempat dengan Adun Barisan Nasional.

“Saya boleh bayangkan seandainya PR yang menolak usul tersebut, media akan menyerang habis-habisan dan pasti akan berlaku demonstrasi mendesak Adun kita untuk letak jawatan, dan keluar dari Selangor,” ujar Tuan Ibrahim.

Secara positifnya pula, Tuan Ibrahim berkata disebabkan BN yang menolak usul tersebar, ianya bakal mempunyai implikasi yang lebih besar kerana ianya adalah gambaran sebenar sikap kerajaan pusat terhadap kedudukan raja berperlembagaan.

“Sepatutnya mereka rasa malu dan sebagai wakil yang bermaruah, mereka sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Adun. Bagaimana mereka nak jadi pemimpin seandainya isu kedaulatan raja tidak lagi dihormati?” tambah Tuan Ibrahim.

Read more ...

PAS nekad akan saman anak Presiden MCA jika tidak minta maaf kerana berbohong

Jual arak: Minta maaf atau disaman

http://1.bp.blogspot.com/_2o0lYsB2Wb4/TE6jEgcmaaI/AAAAAAAAAJ0/rXkj5h3QnGU/s320/Chua+Tee+Yong.jpgLABIS, 26 Jan: PAS mencabar ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya meminta maaf secara terbuka ekoran pembohongannya terhadap calon PAS ang mewakili Pakatan Rakyat ydalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Cikgu Mala berhubung isu menjual arak.

Pengarah Operasi PAS PRK Tenang, Dzulkefly Ahmad berkata, PAS melalui peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak Tee Yong pagi tadi.

Ini, katanya ekoran pembohongan anak Presiden MCA itu yang mendakwa Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan ‘kenapa jual arak’ kepada pemilik sebuah kedai menjual minuman itu di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya Tee Yong berdolak dalik apabila diminta supaya menyatakan bila dan di mana Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan itu.

“Kita cabar dia dedah bukti tapi sampai semalam beliau berdolak dalik kata enggan beri nama kedai, tunggu dulu.

“Kita perlu ajar dia,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada sidang media pagi tadi.

Justeru, katanya, jika ahli Parlimen Labis itu enggan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, PAS melalui peguamnya akan memfailkan saman.

Read more ...

Bloggers Umno gagal, kerajaan terpaksa pinda akta sekat maklumat kepada rakyat

Cadangan pindaan akta mesin cetak dibantah keras

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Cadangan kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar meliputi terbitan internet, Facebook dan perisian dilihat cubaan menghadkan penyebaran maklumat kepada masyarakat dan mendapat bantahan dari semua pihak.

Ahli politik bimbang langkah ini menghalau para pelabur lari dari negara ini, wartawan pula berkata ia bakal menyekat kebebasan media manakala pejuang kebebasan media pula akan berkempen besar-besar membantah cadangan ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memberitahu akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Pindaan tersebut katanya akan dibentangkan pada persidangan dewan rakyat Mac depan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, langkah ini akan menghalau para pelabur dari negara ini. Bagi beliau langkah ini adalah satu tindakan yang menzalimi janji kerajaan BN sendiri yang tidak akan menyekat maklumat melaluin internet.

Presiden Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) Ahmad Lutfi Othman (gambar) pula berkata, pihak akan membuat kempen besar-besaran bagi membantah cadangan ini. Kempen melalui SMS sudah mula dilakukan beliau.

Pegawai Program Centre for Indipenent Journalism (CIJ), Chuah Siew Eng pula berkata, cadangan tersebut sangat keterlaluan kerana bakal melibatkan bukan sahaja pertubuhan media, malah pengguna yang terdiri dari rakyat biasa.

"Ini betul-betul keterlaluan. Kita amat kecewa dan terkejut kerana selama ini kita berkempen supaya akta ini dihapuskan, tiba-tiba sekarang ini nak dikembangkan pula," katanya.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

"NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknyna NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Siew Eng berkata beliau tidak menolak kemungkinan ianya dibuat bermotif politik.

"Yang kita persoal, kenapa ianya dibangkitkan sekarang dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku dalam masa terdekat.

"Kita tahu, antara punca tsunami politik pada PRU 2008 adalah disebabkan pengaruh media baru internet termasuk Facebook," tambahnya lagi.

Ujarnya, jika ianya dilaksanakan, rakyat tidak lagi bebas menggunakan kemudahan internet seperti Facebook dan blog walaupun untuk urusan lain selain berpolitik.

Sehubungan itu, CIJ katanya akan memperhebatkan kempen bukan sahaja bagi membantah pindaan akta tersebut, malah mahu ianya dihapuskan terus.

Read more ...

Umno tertekan Cikgu Mala dapat sokongan luar dugaan

Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat

LABIS, 26 Jan: Umno BN tidak pernah menjangka akan mendapat tentangan hebat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ekoran itu, katanya Umno BN menggunakan isu yang remeh-temeh bagi menarik sokongan pengundi.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, tentangan yang dihadapi oleh Umno BN pada PRK Tenang adalah di luar jangkaan.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah menunjukkan kerjasama yang erat menyebabkan Umno BN menggunakan politik perkauman dan kebencian semasa berkempen.

“Apabila pergi ke kawasan Cina, mereka kata DAP ikut telunjuk PAS, bika pergi ke kawasan Melayu, mereka kata PAS jadi tunggangan DAP,” ujarnya pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang di sini, pagi ini.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno BN menggunakan politik kebencian itu di dalam kempen mereka sama ada secara senyap atau terbuka.

Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno BN supaya menghentikan daripada terus menggunakan politik kebencian pada kempen PRK Tenang.

Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditimbulkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, beliau berkata ia menjadi keliru kerana tidak mendapat penjelasan yang sebenarnya mengenai undang-undang jenayah Islam.

Jelasnya, mana-mana negara yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut mesti mempunyai prasyarat, antaranya wujud keadilan ekonomi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa PAS tidak berganjak dengan dasarnya adalah Islam tetapi masalah hukum hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat.

Read more ...

Najib pening, Umno Kedah bercempera

Umno Kedah: Najib pula suarakan kebimbangan

http://storm62.files.wordpress.com/2010/07/najib-pening1.jpg?w=200&h=242SUNGAI PETANI, 26 Jan.: Konflik dalaman Umno di Kedah turut diakui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau sendiri merayu supaya Umno Bahagian Sungai Petani segera berdamai.

Najib semasa berucap sempena majlis 'Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia' di Taman Sri Pinang, Tikam Batu, baru-baru ini menggesa persengketaan dalaman yang berlaku dalam Umno bahagian tersebut segera diselesaikan.

Kenyataan Najib itu dilihat mengulangi kebimbangan ramai pimpinan Umno terhadap perkembangan Umno negeri Kedah selepas rombakan pimpinan peringkat negeri dilakukan sebelum ini.

Sebelum ini, bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamed turut mendakwa wujudnya amalan 'cantas-mencantas' dalam Umno Kedah yang boleh menggugat usaha parti tersebut merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Walaupun kenyataannya itu dilihat berkaitan dengan perlantikan anaknya yang dikatakan tidak disenangi sesetengah pimpinan Umno Kedah, kata Mahathir, tabiat yang sekian lama menjadi amalan pimpinan Umno ini harus segera dikikis sekiranya ingin memenangi semula pilihan raya.

"Masalah ini kerap berlaku dalam pimpinan Umno. Apabila ada orang lain hendak naik, maka yang tidak dapat naik akan cuba mencantas yang hendak naik. Manakala apabila ada orang yang tidak naik mendapat kenaikan, maka yang lain pula akan mencantas yang ini," katanya.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah yang baru dilantik, Datuk Mukhriz Mahathir turut mengakui sudah beberapa kali pertemuan diadakan dengan kumpulan yang bertelagah dalam bahagian Sungai Petani namun setakat ini belum ada perkembangan yang baik.


Mukhriz semasa bercakap kepada media di Stesen Teksi Sungei Petani kelmarin, berkata usaha untuk menyatupadukan Umno Kedah yang berpecah terlalu sukar walaupun beberapa usaha telah dilakukan.

Dalam masa yang sama ketika bertungkus lumus menyelesaikan kemelut di Sungai Petani, Umno Kedah juga sedang berhadapan dengan pertelagahan antara Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim dengan Naib Ketua Umno Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang masih lagi panas.

Dalam perkembangan di Sungai Petani, pertelagahan antara Ali Yahya yang juga merupakan Ketua Umno Sungai Petani dengan Gerakan Anti Ali (GAA) yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu dilihat semain kritikal.

Dalam satu insiden ketika mesyuarat agung Umno bahagian Sangai Petani, Julai tahun lalu, sebahagian perwakilan Umno bahagian tidak membenarkan Ali berucap dalam majlis perasmian malah mendesak Ali melepaskan jawatan kerana tidak puas hati dengan kepimpinan beliau.

Keadaan bertambah gamat apabila Naib Ketua Umno bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan Ketua Puteri Umno bahagian, Shahanim Mohd Yusof turut mendesak Ali selaku Ketua bahagian berundur.

Jesteru, apabila Presiden Umno sendiri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemelut Umno di Kedah, ramai pemerhati melihat, parti itu masih berada ditakok lama walaupun kepimpinan Umno Kedah bertukar dari Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan kepada Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan juga kepada Mukhriz sebagai timbalan pengerusi.

Malah beberapa sumber dalaman Umno Kedah mengakui, Mukhriz tidak dapat berbuat apa-apa bagi menyelesaikan kemelut Umno kedah termasuk Sungai Petani.

Manakala Ahmad Bashah dikatakan turut mempunyai masalah dengan Umno Kedah yang enggan menerima pelantikan beliau.

Read more ...

Pengundi Cina tidak kira hujan tetap keluar kerana Cikgu Mala

Hujan Tidak Ganggu Pengundi Cina Dengar Ceramah Cikgu Mala


LABIS 26 Jan.: Hujan lebat di Pekan Labis semalam langsung tidak menganggu tumpuan kira-kira 500 orang penduduk kaum Cina mendengar penerangan daripada calon PAS Normala Sudirman dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Cikgu Mala dalam ucapannya turut optimis sokongan hebat masyarakat kaum Tiong Hua di kawasan tersebut berlandaskan matlamat untuk menjamin masa depan anak bangsa mereka.

Tambahnya lagi, sokongan yang hebat daripada kaum Cina yang meliputi 38 peratus pengundi DUN Tenang menunjukkan mereka bersedia membuat perubahan pada hujung minggu ini.

"Ini membuktikan bahawa tuan puan khususnya pengundi DUN Tenang sedia untuk membuat perubahan pada 30 Januari 2011. Betul atau tidak tuan-tuan?" disahut ya oleh masyarakat Cina yang hadir.

Respon yang amat positif daripada masyarakat Tiong Hua memberi harapan kepada parti PAS-Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihanraya kecil kali ini.

Normala akan menentang satu lawan satu dengan calon Umno-Barisan Nasional, Azahar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang dijadualkan berlangsung 30 Januari nanti.

Langkah mendekati kaum Cina di DUN Tenang diperhebat pada hari ke lima kempen pilihanaraya kecil apabila calon PAS-Pakatan Rakyat, Cikgu Mala ingin belajar bahasa Mandarin agar dapat bertutur dengan mereka.

Dalam sesi bertemu masyarakat di Pekan Labis malam semalam, beliau merasakan pentingnya untuk mengetahui bahasa Mandarin agar dapat berkomunikasi dengan masyarakat Cina di situ.

"Saya belajar banyak perkataan baru yang saya rasakan lebih akrab dengan diri sekalian.

"Saya akan sering belajar lagi supaya kita lebih akrab dan mesra antara satu sama lain," ujar beliau.

Read more ...