Wednesday, January 26, 2011

Muhyiddin tak tahu kira , 20 lebih besar dari 35

Desak Khalid Lepas Jawatan, Muhyiddin Terdesak


CHERAS 26 Jan. : Serangan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah usaha terdesak Timbalan Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan imej Menteri Besar itu sebagai peneraju negeri yang maju di Malaysia.

Lebih dari itu, ia adalah tindakan drastik untuk melindungi keengganan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional menyokong usaha memartabatkan kuasa Raja-raja Melayu yang telah dirosakkan Umno pada tahun 1993.

Mengulas gesaan Muhyiddin supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak berjaya meraih sokongan 2/3 bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Khalid menjelaskan.

"Kami mendapat 35 undi, dia (BN) dapat 20, jadi siapa yang patut letak jawatan?," kata Khalid ketika ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin semalam secara semberono menggesa Khalid meletakkan jawatannya sebagai menteri besar ekoran usaha kerajaan negeri meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak disokong ADUN BN.

Malangnya, Muhyiddin umpama masuk perangkap sendiri apabila Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung Isnin lalu tidak mengusulkan sebarang proses undi tidak percaya.

Apa yang berlaku hanyalah perbahasan mencadangkan supaya kuasa Raja-raja Melayu kembali dimartabatkan ke paksi asalnya sebelum Krisis Perlembagaan 1993.

“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen.

"Di Selangor, jika anda tidak dapat meluluskan bajet, maka anda (MB) kena letak jawatan," tegas Khalid.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional sewajarnya mengambil iktibar dari pengalaman lepas apabila kerajaan Najib hampir gagal ketika usul meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu.

Nasib hampir tidak menyebelahi Najib dan barisan pentadbirannya apabila kerajaan hanya menang tipis iaitu tiga undi berbanding pembangkang.

Proses pengundian yang dikenali sebagai 'belah bahagi' itu menyaksikan beberapa ahli parlimen BN terkocoh-kocoh masuk ke Dewan Rakyat sekitar jam 10 malam.

Malah kerajaan sekali lagi terpaksa tunduk terhadap desakan rakyat yang merasa mual dengan pentadbiran mereka, apabila terpaksa menunda bacaan kali kedua pembentangan cukai perkhidmatan dan barangan (GST).

Justeru itu alasan yang lebih kukuh kepada Najib selaku Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya.

4 comments:

Anonymous said...

kepala hotak ko..sedap2 je ko ckp suruh muhyidin letak jawatan...sedar diri sikit...Menteri besar selangor tu dah la derhaka kat sultan..naik harga air..ini semua pembangkang punya rancangan..cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

anony...ko memang makan taik...karat umno bodoh macam lembu....

Anonymous said...

Jenis karat biru umno, ada otak letak kepala lutut

Anonymous said...

ko pun bodoh mcm muhyidin...ko ingat adun BN berani sokong ker?alamat lepas ni tak dpt jadi calon...bodoh!!!dalam sejarah nk luluskan apa2 pun dlm dewan,mana pernah pembangkang sokong kerajaan...bangang betul karat umno...