Wednesday, January 26, 2011

Umno cemburu , PR ada dasar bersama

Hudud Bukan Agenda Utama PR


LABIS 26 Jan.: PAS menegaskan bahawa hukum Hudud dan negara Islam yang menjadi pegangan parti itu bukan menjadi agenda utama dalam dasar Pakatan Rakyat.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali pada sidang media di Bilik Gerakan PAS, Labis pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata dasar yang dipegang Pakatan Rakyat meliputi keseluruhan baik dari aspek agama, ekonomi dan sosial.

Justeru katanya, PAS tidak sewenang-wenangnya melaksanakan Hudud tanpa mengambilkira pra-syarat yang ditetapkan walaupun menguasai majoriti satu pertiga di Parlimen.

"Tetapi dalam Pakatan Rakyat, Hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Rujuk Buku Jingga. Ini dasar bersama kita," jelas beliau.

Menurut Mustapha, mana-mana negara yang mahu melaksankan hukum Hudud perlu ada pra-syarat dan sekiranya itu tidak dapat diperolehi maka tidak sah mana-mana individu dikenakan hukuman.

Antara prasyarat lain yang perlu dilihat menurut beliau adalah gaji minumum yang menentukan perlaksanaan hukum Hudud dengan mengambilkira taraf ekonomi individu yang melakukan kesalahan.

Tambah Mustapha, sekiranya hukum itu dilaksanakan tanpa berpegang kepada prinsip keadilan maka pemeritah perlu dipersalahkan.

Syarat-syarat itu mesti ada keadilan ekonomi yang mesti berlaku dulu. Tanpanya ini tidak akan dilaksana walaupun undang-undang ada. Ini adalah kaedahnya.

"Ia mesti ada pekerjaan penuh. Kalau rakyat tidak ada kerja dan dia mencuri. Itu tidak boleh dilaksanakan. Salah jika pemerintah berbuat demikian," katanya lagi.

Menurutnya, penjelasan yang tidak khusus menimbulkan kekeliruan rakyat justeru diambil kesempatan oleh Umno-Barisan Nasional kerana tidak mampu mendekati hati penduduk mengakibatkan kempen tertumpu kepada politik perkauman di daerah Tenang.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu negara Islam untuk menyerang PAS dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Chua dipetik sebagai berkata jika sokongan pengundi-pengundi diberikan kepada PAS, mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Justeru Mustapha meminta supaya Umno-Barisan Nasional menghentikan politik perkauman kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana kurang senang dalam masyarakat berbilang kau "Sebab itu saya jelaskan supaya BN menghentikan politik perkauman. Tidak bagus bagi masyarakat majmuk," kata beliau lagi.

No comments: