Monday, July 9, 2012

FINAZ YUNUS!!! Pembaca berita TV Al Hijrah kena serang di facebook sebab fitnah Abby Abadi

Wowwwwww....

Ramai sungguh yang serang selebriti dan pembaca berita alhijrah Finaz Yunus gara2 dia mengeluarkan beberapa statement yang tidak tepat mengenai abby abadi. Antara statement2 tersebut ialah ;


Beria2 dia cakap abby menghina orang apa seme. Alamak aii.. kalau muncul di pentas pas tak semestinya bercerita pasal pas dan tak semestinya berceramah oke. Ramai gak orang salah faham sekarang neh. Dorang ingat kalau artis bercakap atas pentas politik terus dicop sedang ;

1. Berceramah bab agama.

2. Bercerita pasal politik.

Sedangkan tak semestinya. Contohnya cam kes Aishah dan Abby Abadi. Dorang cuma share pengalaman berhijrah. Takan share pengalaman berhijrah di anggap sebagai berpolitik dan ustazah ekpress pula? Kita faham kalau bab ceramah agama terutamanya bab hukum apa seme hanya  mereka2 yang ada kelayakkan jek layak.

Tapi apa yang Abby buat ialah dia share pengalaman berhijrah sambil2 mengajak ke arah kebaikan. Bukan pepandai nak tunjukkan diri tue terlebih2 baik dan apa seme. Bukan juga untuk berpolitik maki hamun dan berlagak lebih alim berbanding orang lain. Tapi sekadar nak bagitau perubahan yang dah dia alami. 

Cuba jangan fikir negatif. Banyak jek artis yang masuk umno dan bn. Bahkan siap bercakap atas pentas politik dan bercakap pasal politik pula tue. Kalau yang tue boleh direspect pasai pa Abby Abadi tak boleh pula? 

Kemon, tunjukkanlah kematangan anda. Dan aku pun sama gak seperti mereka2 yang komen di wall finaz kat bawah neh. Apa bukti Abby Abadi telah maki hamun ketika berkongsi pengalaman dia berhijrah di atas pentas pas? Sila kemukakan bukti, kalau takde tue maksudnya fitnah sis... lue fikirlah sendiri.


Wall finaz kini sedang diasak dan diserang bertubi2. Klik sini. Harap2 dia tak ban orang larh pas neh. Wakakaka..Eh gosip

Read more ...

MAI NAK KENAL!!! Orang yang mengamuk di Putrajaya, rupanya penulis blog

 
Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mau mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya  bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid dan memiliki blog jenama Jaya Negara


Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog  Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir  tentang hidup dan mati. (Baca di sini...
 
Mengikut kenyataan polis, lelaki  ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan,

Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala  teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut  disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.omak kau

Read more ...

APA LA MAT ZAMIL!!! Ingatkan nak dedah video lucah, rupanya transkrip rekaan ucapan Anwar



KUALA LUMPUR 9 JUL : Kenyataan bekas pemimpin PKR Kedah, Zamil Ibrahim kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan parti komponen Pakatan Rakyat tidak perlu diendahkan.

Ini kerana, menurut Timbalan Presiden PKR, N. Surendran, Zamil sebelum ini terbukti bersalah mengeluarkan kenyataan palsu terhadap mantan Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali.

“Kenyataan tidak masuk akal oleh orang seperti ini saya fikir tidak perlu kita dengar dan ambil serius.

“Beliau sendiri tidak pernah menunjukkan kredibiliti yang baik, yang boleh menjadi sandaran untuk kita semua percaya kata-katanya hari ini,” ujar Surendran, yang menyifatkan kenyataan Zamil sebagai “bodoh”.

Beliau turut menyifatkan usaha Zamil kali ini sebagai satu lagi percubaan cetek untuk memecah-belahkan Pakatan.

Hari ini, Zamil mengadakan satu sidang media kononnya untuk mendedahkan video rakaman Anwar yang didakwa memburukkan DAP dan PAS dalam satu mesyuarat tertutup di Bukit Mertajam pada Januari 2008.

Namun ketika sidang media, hanya sebahagian transkrip rakaman tersebut yang dibacakan dan tiada sebarang video didedahkan. Zamil memberi alasan pemberi video itu tidak membenarkan disiarkan.

Menurut Zamil, video itu diperolehi daripada rakaman seorang pemimpin cabang PKR sebelum PRU 12 lalu lagi namun tidak pernah didedahkan.

“Saya ingin mengingatkan kepada penyokong Pakatan bahawa keadaan dulu tidak pernah berubah dalam Pakatan. Tiada keserasian antara mereka dan segala yang ditunjuk di depan media oleh Pakatan hanyalah lakonan semata-mata. Hakikat sebenar ada dalam video ini,” Zamil mendakwa.

“Selain kenyataan kurang konkrit oleh Zamil hari ini, kita juga tidak pasti sejauh mana kebenaran video ini, entah ada atau tidak.

“Jadi kami menolak sekeras-kerasnya percubaan sebegini yang ternyata nampak ‘murahan’ dan tidak ‘gentleman’,” tegas Surendran ketika dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.

Bagaimanapun, Surendran yakin percubaan untuk memburuk-burukkan Anwar dan PKR tidak akan sesekali menggugat kekuatan Pakatan Rakyat.

“Saya yakin PKR, DAP dan juga PAS sudah matang dengan permainan sebegini dan percubaan kali ini juga tidak akan menggugat kerjasama yang erat antara parti komponen Pakatan Rakyat,” Surendran berkata.Selangorku

Read more ...

ALAHAI UTUSEX!!! Kenapa tak cakap , DAP bertanding 190 kerusi sahaja?

Alahai puak umporno, prof kangkong umporno, utusex meloya dan tv3 suku serta yang sepusat dan sepusing dengannya, kalau nak berbohong pun bagilah fakta yang betul, DAP nak bertanding 190 kerusi bukan 90 kerusi...kah kah kah..

Umporno sudah ketandusan isu ke? Apa motif sebenar isu kononnya DAP bertanding 90 kerusi? Sifirnya mudah, umporno mahu menjadi batu api setan untuk melaga-lagakan DAP, PAS dan Keadilan dalam Pakatan Rakyat.


Umporno selalu bercakap tentang perpaduan..bersatu..berkerjasama..bertolak ansur.. tetapi sekarang apabila DAP, PAS dan Keadilan menyahut seruan itu dengan bersatu padu, berkerjasama, bertolak ansur dalam Pakatan Rakyat, kenapa nak jadi batu api setan pula?


Di Pulau Pinang bab kerusi Parlimen semua sudah selasai, bahkan kerusi Parlimen Bayan Baru walaupun kawan baik Anwar 30 tahun lamanya tiba-tiba jadi katak puru buncit, DAP bertolak ansur, kerusi Bayan Baru tetap milik Keadilan malah kerusi Batu Kawan yang ditandingi DAP pun, kemungkinan besar akan diberi kepada Mat Sabu..


Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, jangan marah dengan perangai pelik umporno, jangan cepat melatah..sebenarnya itu tanda-tanda umporno buang tebiat nak mampos..jika umporno mampos..Melayu tak mampos.. Ingat yang mampos adalah pemimpin umporno..Melayu akan lebih maju tanpa umporno..percayalah...SharpShooter




KUALA LUMPUR, 9 JULAI: DAP menempelak sekeras-sekerasnya fitnah jahat lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang melaporkan di muka depan akhbar itu bahawa DAP bakal bertanding 90 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, DAP telah bertanding 47 kerusi Parlimen, PKR 97 dan PAS 66 dalam PRU 2008. Ini bererti DAP hanya bertanding 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan telah membuktikan ia adalah surat khabar pembohong dan tidak jujur dalam bidang kewartawanan sehingga sanggup merapu untuk menegakkan benang basah kononnya DAP mahu bertanding 90 kerusi Parlimen, mahu mendominasi Pakatan Rakyat dan menjadi Perdana Menteri.

Katanya, terbukti ia adalah propaganda amat terdesak daripada Datuk Seri Najib Razak dan UMNO-BN menggunakan media arus perdana untuk menakut-nakutkan orang Melayu, walau pun menyedari berita sedemikian tidak masuk akal sama sekali.

Menurutnya, Utusan dan UMNO-BN menganggap orang Melayu kurang cerdik kerana boleh ditakutkan sedemikian, sedangkan fitnah itu merupakan sebuah kempen jahat, anti-nasional dan tidak bertanggungjawab.

“Ia propaganda jahat oleh propagandis UMNO semata-mata untuk menyemarakkan lagi kecurigaan antara kaum bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO tewas dan barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti.

“Saya telah menjelaskan bahawa realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa pengundi Cina tidak akan menjadi penentu berdasarkan aritmetik pilihan raya,” ujar beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan bahawa adalah menjadi fakta bahawa cuma terdapat 34 kerusi dari 222 kerusi parlimen yang menempatkan majoriti pengundi Cina.

Tambah beliau, sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi pengundi Cina, ia cuma sekadar mewakili 15 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Beliau juga menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas kerana penentuan kerusi antara parti-parti Pakatan Rakyat walau pun hampir selesai, masih diteruskan perbincangan.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama maupun daerah sedang berhadapan dengan ujian besar dalam sejarah negara yang melihat samada mereka dapat membezakan pembohongan dan kepalsuan sebagai fakta seperti dipaparkan pada “akhbar pembohong” seperti Utusan Malaysia,” ujar beliau. – Roketkini.com
 

Read more ...

VIDEO PANAS!!! Orang mengamuk di Putrajaya ditembak Polis




PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.


Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

 

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.SH

Read more ...

NI APA CERITA!!! Selepas Felda di Bursa Saham, minyak masak di kawasan Felda dicatu

Bekalan Minyak Masak dicatu

Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.

 

Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. 


 Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.

Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada kelapa sawit harus dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2 kilo atau 2 paket setiap pelanggan sahaja.

Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan modal bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para peniaga untuk menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala sawit? Kerana apabila FELDA kini bertaraf duniam maka harga juga harus bertaraf dunia?


By: Khairul Ashinar


Kedah Kini

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Ceramah PAS di Pekan Batu Lima terus dapat sambutan hebat


PARIT BUNTAR, 9 Julai : Ceramah PAS dan Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang hadir pada 25 Jun lalu.

Setiausaha PAS Parit Buntar berkata, ribuan penduduk hadir memenuhi dataran Batu Lima untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nasron Aswad.

" Ini adalah kali kedua ceramah yang diadakan di Batu lima ini mendapat sambutan yang hebat terutamanya dari golongan anak muda" katanya
Ustaz Nasron dalam ucapannya mengatakan bahawa anak-anak muda dinegara kita ini begitu banyak terlibat dengan masalah gejala sosial adalah kerana salah ibu bapa.

" Ibu bapa yang ada sekarang ini telah tersalah memilih UMNO/BN untuk memerintah negara, Akibatnya negara dan rakyat tidak dibawa kepada ketundukan kepada Allah.
 
" Dengan ini timbul berbagai masalah sosial yang semakin mengancam kehidupan masyarakat" tegas Ustaz Nasron 
 

Tambahnya, sekiranya pemerintah itu adil dan membawa kepada tunduk dan patuh kepada perintah Allah serta menjalankan segala hukum-hukumnya, nescaya keadaan masalah sosial dapat dihindari. 
 
" Apa yang berlaku sekarang ini adalah pemerintah tidak mahu kepada kebaikan.Tidak hairanlah dalam himpunan sejuta belia di Putrajaya iyu, mereka dengan tidak takut dan segan silu mengundang kemurkaan Allah dengan membawa masuk hiburan yang melampau seperti K-Pop dan sebagainya.
 
" Akhirnya remaja dan anak muda hilang pedoman setelah disogok dengan hiburan yang jelas dilarang oleh Allah" katanya

Turut berucap dalam ceramah itu ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, Tuan Haji Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar.

Diakhir ceramah itu, persembahan dari Pak Long yang didatang khas menyamapaikan lagu-lagu berunsur kerohanian kepada orang ramai. MKA
 

Read more ...

Sunday, July 8, 2012

RAHSIA BESAR!!!UMNO akan edar video lucah rekaan ?



Awas klip video lucah siap untuk diedar?


Mohd Sayuti Omar


Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klip video yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan klip video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada klip video yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.


Klip video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Klip video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klip video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilih yang tidak berhati perut peliharaan UBN.


Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.


Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klip video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.


Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klip video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononnya melayan pelacur di sebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.


Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyunting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan diarah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.


Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klip video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klip video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.


"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.


Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian. [wm.kl.8:48 am 09/07/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Read more ...

ISU LRT AMPANG!!! Syarikat dari Perancis berkaitan Scorpene bakal laksana projek?


AMPANG 8 JULAI : Isu projek LRT Ampang makin menjadi tumpuan apabila PKR mendakwa sebuah syarikat dari Perancis yang ada kaitan dengan penjualan kapal selam ‘second hand’ bakal melaksanakan projek berkenaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ceramahnya di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana di sini berkata syarikat George Kent hanya berminat mendapatkan keuntungan ‘atas angin’ sahaja dan bakal menyerahkan pelaksaan projek itu kepada syarikat dari Perancis terbabit.


“Maknanya Datuk Seri Najib Razak tidak cukup dia dapat RM600 juta daripada syarikat Perancis yang menjual kapal selam ‘second hand’ tetapi 10 tahun kemudian syarikat yang sama itu Datuk Seri Najib rancang dan berikan kontrak RM1 bilion,” dakwa Rafizi.

Tambah Rafizi, syarikat George Kent ini dimiliki oleh seorang peniaga yang bernama Tan Sri Tan Kay Hock seorang ‘taukey’ yang merupakan rakan akrab Datuk Seri Najib Razak daripada sekolah menengah sehingga kini.

“George Kent yang merupakan syarikat membuat meter paip ini adalah merupakan ‘Ali Baba’ yang tidak berminat dan hanya akan mengambil keuntungan di atas angin sahaja,” kata Rafizi.

Jelas Rafizi, beliau tidak gentar dengan ugutan dan ancaman daripada terus mendedahkan skandal RM1 bilion ini demi rakyat.


Negara ini berhadapan dengan skandal yang cukup bahaya kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat yang bakal menggunakan sistem pengangkutan LRT jika syarikat yang tidak mempunyai kepakaran melaksanakan projek penting ini.


“Kami Pakatan Rakyat akan membawa isu ini kepada penduduk di Ampang, Pandan, Cheras dan Bandar Tun Razak minggu depan kita akan turun untuk mengedarkan risalah agar lebih ramai orang yang akan faham skandal LRT Ampang ini bukan soal hanya politik, tetapi ia melibatkan nyawa rakyat.



 
“Tiap-tiap minggu kita akan dedahkan dokumen baru untuk membuktikan bahawa inilah rancangan dan angkara Datuk Seri Najib Razak,dia tidak fikir tentang keselamatan rakyat,” katanya.

Tambah Rafizi, pendedahan skandal RM1 bilion akan terus ‘membenamkan’ karier politik Najib.


“Projek LRT Ampang ini memang cukup dibimbangi oleh Najib jika ia diketahui rakyat kerana ada surat dan dokumen yang ditandatangani sendiri oleh Najib sendiri,” tegasnya.


Read more ...

HASAN ALI MEROYAN LAGI!!!Anjur debat syok sendiri, setelah ceramahnya semakin sepi

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).


PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.


Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.

Read more ...

JANGAN TAK BACA!!! Kisah Abdullah Antong, bekas SU DUN PERAK


Saya antara  yang tidak pernah kutuk Abdullah Antong ketika krisis Perak begitu hebat bergolak, saya kenal beliau. Beliau beritahu, sebagai pegawai kerajaan dia tertekan antara mengikut kehendak kerajaan yang haram  atau kerajaan yang dirampas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang diarahkan.

Sepanjang 11 bulan PR memerintah, beliau banyak memberi kerjasama yang cukup baik. Beliau rajin berjamaah Zohor yang diimami oleh Hj Nizar, dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Hj Nizar. 

Beliau sering ke pejabat saya dan berbincang banyak perkara. Sebelum PR memerintah, saya tidak pernah mengenali beliau pun, hanya setelah masuk pejabat, beliaulah antara pegawai kerajaan yang awal masuk pejabat MB dan tanya siapa Setiausaha Politik MB, dan beliaulah yang keluarkan surat perlantikan saya atas nama YAB MB Perak, dan ucap tahniah kepada saya.

Apabila Sivakumar, selaku speaker yang sah melantik saya sebagai SU DUN Perak, sidang DUN pertama yang kecoh itu (Speaker diusung keluar), Abdullah Antong setuju, sayalah yang akan menjalankan tugas sebagai SU Dewan, saya sudah bersiap pagi itu, tetapi dipintu pagar lagi sudah dihalang oleh polis sebab tidak ada pas masuk. 

 Pengawal Keselamatan tidak ada masalah untuk membenarkan saya masuk, hari itu yang ambil tugas menjaga pintu pagar pihak polis. Saya tidak dapat masuk dan Abdullah Antong pun menjalan tugas seperti biasa.

Beliau dipindahkan ke Jabatan lain (PTG) beberapa bulan selepas BN merampas kerajaan. Beberapa tahun kemudian beliau bersara.

Saya dapat maklumat beliau berhasrat untuk bersama dengan PAS dan membantu PAS dalam PRU akan datang. Alhamdulillah,saya dapat bersembang dan bersarapan pagi dengan beliau bersama YDP Gopeng. 

Saya ajak beliau untuk hadir dalam program Himpunan Hijau bersama Tok Guru Mursyidul Am di Bagan Serai, beliau setuju hadir tetapi pada hari tersebut, beliau tidak berapa sihat badan. Saya diberitahu, beliau baru sahaja menjalani operation rupanya. Saya memahami masalahnya.

Sekali lagi saya jemput beliau untuk menjadi salah seorang tetamu dalam program Hi Tea bersama Mat Sabu dan pimpinan PAS Perak yang lain. Alhamdulillah, beliau tidak menghampakan jemputan dan hadir pada petang Sabtu 7hb Julai. Turut hadir, Datuk Bahari Jabar, bekas Timbalan Pengarah PTG negeri Perak, dan ramai lagi yang hadir.

Abdullah Antong turut diberi peluang berucap bersama rakan-rakan tetamu yang lain. Ucapannya cukup menyentuh dan diberi laungan takbir oleh orang ramai. Menurutnya, pengalaman berkhimat dengan MB Hj Nizar dan kerajaan PR walaupun 11 bulan tetapi jauh lebih baik, selesa, seronok berbanding dengan kerajaan terdahulu. 

Banyak perubahan yang dibuat walaupun baru 11 bulan, beliau yakin PR mampu buat lebih baik lagi kalau lebih lama memerintah. Beliau juga menyatakan kalaulah UMNO BN baik dan tidak menyeleweng, mengapa perlu bersama PAS. Beliau bersama dengan PAS kerana UMNO BN sudah tidak betul lagi, dan beliau lebih yakin dengan PAS.

Saya diberitahu, selepas desas desus beliau akan meyertai PAS dan hadir dalam program bersama Tok Guru 16 Jun lalu, beliau dikunjungi oleh bekas pegawai tinggi kerajaan Perak seminggu selepas program 16 Jun. (beliau tidak dapat hadir sebab faktor kesihatan). 

Dalam kunjungan ke rumahnya hampir 1 jam itu,  lebih kurang kesimpulannya beliau dinasihati oleh orang itu untuk tidak bersama dengan PAS. 


Tetapi tekad dan semangatnya kuat, beliau hadir ke majlis jamuan teh bersama Mat Sabu dan menyampaikan ucapan.

Selepas berita kehadirannya tersiar dalam blog, ramai yang memuji dan ucap tahniah, yang kutuk dan ugut pun ada juga. Beliau juga menyedari pasti akan ada tekanan dan ugutan ke atas dirinya dan isteri beliau yang masih lagi berkhidmat sebagai guru.


Namun katanya, beliau tetapi istiqamah dan akan bersama dengan PAS untuk tumbangkan UMNO BN pada PRU akan datang. Doakan semuga beliau kekal istiqamah dalam perjuangan
. Misabah
                                         
 Leman Raja Lawak turut hadir dalam menyampaikan ucapan

Read more ...

TERBARU!!! 100 ahli UMNO dan SAPP di Kinabatangan sertai PKR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVh4m4yyV9ySvlLvu6yLEj_jQ_h0jsSHED8rdmFBICpyOyhxxQCSVPJk2DQyt_wWeqyVifbT_Ky5q82kmlpxMlzJFzNXMdTr0WfEXaeZNs8ziaNtYbTX0FMffKTSMOgNBQz8qY_zn91fg/s1600/1SelamatTinggal+UMNO.jpgSABAH 8 Julai: Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.
Semua borang penyertaan itum katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.
“Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.
Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.
Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.Masdar Wahid

Read more ...

TERKINI!!! Pemimpin UMNO berebut DUN Chenderoh

Kedudukan Dato’ Siti Salmah (ADUN Chenderoh) kini dilihat semakin tergugat berikutan wujudnya gerakan team UMNO yang tidak mahukan beliau bertanding di DUN Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang. Maklumat yang diterima daripada penyokong – penyokong UMNO yang mahukan tempat tersebut diambil alih oleh kepimpinan UMNO yang lain.

Keluhan penyokong- penyokong UMNO rata- rata tidak berpuas hati dengan sikap Dato’ Siti yang dilihat hanya menunjukkan muka apabila ada majlis- majlis rasmi terutama yang melibatkan Ahli Parlimen serta musim hampir tibanya pilihanraya sahaja.

Kekayaan Dato’ Siti dan ahli keluarganya bukan lagi rahsia di kalangan penyokong- penyokong UMNO tempatan. Projek- projek terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri banyak dibolot oleh syarikat- syarikat keluarganya dan kroni- kroninya. 

Malah isu pemberian tanah kerajaan di Kampung Chegar Galah suatu ketika dulu menjadi panas disebabkan sebahagian besar individu yang memperolehi tanah berkenaan terdiri daripada orang luar termasuk dari kalangan ahli keluarganya. Menyedari protes yang dihadapi dari penduduk tempatan senarai penerima tersebut telah dirombak semula dan dibuat pengubahsuaian.

Oleh yang demikian, kini wujud kumpulan yang menjalankan kempen yang terancang bagi memastikan calon lain menggantikan Dato’ Siti pada PRU ke- 13. Antara nama popular yang sedang giat menjalankan kempen ialah Cikgu Zainon (Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Padang Rengas)

Kedudukan beliau di peringkat Parlimen memberikan kelebihan kepadanya untuk mempromosikan diri. Rata- rata penyokong UMNO mahukan beliau untuk bertanding kerana beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di Kampung Beluru. Apatah lagi, beliau seringkali akan mewakili Dato’ Nazri Aziz dalam majlis- majlis rasmi apabila Dato’ Nazri tidak dapat hadir.

UPU Beluru merupakan antara UPU yang paling ramai jumlah pengundi di DUN Chenderoh. Cabaran Cikgu Zainon dikatakan terpaksa berusaha mendapatkan sokongan pengundi wanita yang dilihat lebih cenderong untuk menyokong Dato’ Siti Salmah.

Persaingan kedua- dua kem ini semakin sengit di mana pelobi- pelobi mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sokongan penyokong UMNO.

Terkini… Dato’ Siti tidak berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh Cikgu Zainon di Kg. Beluru yang tidak menjemput beliau selaku ADUN dilihat cuba membelakangkan beliau.

Seorang penyokong tegar UMNO dari Chegar Galah yang tidak mahu namanya disiarkan secara peribadi memilih Cikgu Zainon sebagai calon BN yang terbaik untuk bertanding di Dun Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang

TCS

Read more ...

MALU SUNGGUH!!! UMNO Kedah jadi pencacai MCA dan Gerakan perjuangkan isu rasis Cina


UMNO jadi pecacai MCA dan Gerakan perjuangkan isu racis Cina

Walaupun aku bukan UMNO tapi malu sungguh aku tengok Ketua Pemuda UMNO Kedah jadi Pak Turut @ pecacai MCA dan Gerakan, bersama dalam satu sidang media untuk hentam kerajaan PAS Kedah yang dipimpin Melayu Islam.

Sepatutnya kalau ada apa isu besar, UMNO sebagai pembangkang utama Kedah kena lead, MCA dan Gerakan hanya mengikut. Buatlah di pejabat UMNO, biar nampak logo UMNO kat back drop tu. 


Ini buat kat pejabat MCA, hanya ketua Pemuda sorang Melayu... yang lain semua Cina. Ihh malunya UMNO, hangpa tenyeh muka kat lantai jambanlah Pemuda UMNO hoi... maluuu.

Isu yang dibangkang pula ialah isu perkauman Cina. Kononnya kerajaan negeri akan perkenal dasar baru supaya orang Cina di Pulau Pinang tak boleh beli rumah di Daerah Kulim dan Kuala Muda, sebab kalau benarkan maka Kulim dan Sungai Petani akan jadi bandar Cina satu dekad lagi. 


Kalau betoilah itu dasar yang akan diperkenalkan maka aku salute kerajaan negeri. Dari sudut nak pertahan hak Melayu maka PAS 100 kali lebih baik dari UMNO dan Perkasa yang kononnya perjuang hak Melayu tapi tak pertahankan pun Melayu. Yang UMNO dan Perkasa sibuk perjuang ialah sex, sex, sex... Melayu merempat dalam negeri sendiri hangpa tak peduli.

Betoila kat Kedah ni MCA dan Gerakan akan ganti UMNO. Awas, bahaya menanti jika biarkan BN berkuasa.Kedah La

Read more ...

ORANG MUDA SOKONG PAKATAN!!! Najib sangat takut pada undi orang muda?

Oleh: Enggang Qadha
 
Apa puncanya yang menyebabkan Najib sangat takut untung mengadakan pilihanraya umum ke 13?
 
Kalau ikutkan kajian yang dibuat oleh BN sendiri, walaupun mereka kehilangan undi Cina dalam jumlah yang besar (terkini 78.8 peratus Cina seluruh negara sokong Pakatan berbanding 2008 sebanyak 57.5 peratus) tetapi undi orang Melayu dikatakan akan setia kepada BN di mana majoriti pengundi Melayu iaitu 58 peratus akan mengundi BN. 
 
Tapi yang menakutkan BN ialah, di kalangan 42 peratus yang kononnya akan memilih Pakatan itu... 60 peratusnya darinya adalah golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah.
 
EQ sebenarnya bukan berminat sangat dengan angka dan kajian, sebab semuanya boleh berubah dalam sekelip mata. EQ hanya gemar memerhati realiti... di mana-mana himpunan anjuran Pakatan, memang yang menguasainya ialah orang muda.
 
Sebab tulah EQ rasa, hingga kini (setelah menyedari suituasi itu) Najib masih tak berani adakan PRU kerana orang mudalah yang akan meranapkan UMNO nanti.Kedah La
 
 
 

Read more ...