
Baru 2 hari poll ini dipaparkan , seperti di blog MSO dan blog pro PR yang lain Husam masih jauh di depan. Namun , sebaliknya berlaku pada poll dalam blog pro BN seperti astro awani.
Poll yang dibuat dalam blog astro awani menunjukkan Nik Amar jauh di depan berbanding calon lain. Husam pula berada di tangga ketiga.

Poll dalam web astro awani
Jika dikira undian dalam blog atau fb pro PR , Husam pastinya adalah pemenangnya. Sebaliknya Nik Amar pasti pemenangnya jika dikira undian dalam blog dan fb pro BN. Tapi, berapa orang
perwakilan kawasan yang menjadi pengguna fb dan pembaca blog?





PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada
pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding.
Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.






KUALA KANGSAR : Dr Raja Ahmad Iskandar kekal menjadi YDP PAS Kuala Kangsar apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah mendapat 26
pencalonan daripada 26 cawangan.