Monday, October 28, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Nik Amar calon sesuai untuk jawatan Timbalan Presiden PAS


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diberi kepercayaan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS mungkin berlaku pertembungan antara penyandangnya Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan itu.

Pertembungan antara Mohamad dengan Mohd Amar akan menyaksikan  perlawanan satu lawan satu antara kumpulan ulama dan bukan ulama.

Mohamad sudah mengesahkan sejak dari awal lagi akan mempertahankan jawatannya itu dan kempen secara rasmi juga bermula melalui Facebook apabila satu akaun "Matsabu4tp" dibuka.

Mohd Amar pula mendapat kepercayaan golongan ulama PAS untuk merebut jawatan itu dan melalui kenyataannya kepada media, beliau membayangkan akan bertanding jawatan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim sehingga kini masih belum membuat keputusan walaupun dikatakan lebih bersedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja kerana belum bersedia menggalas jawatan nombor dua PAS itu buat masa ini.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nasarudin berundur, Suhaizan jadi tumpuan memposisi Pemuda PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMcJb2JuZeoTnZ3vMgjYOSxTedYtwIEmb8eWHk59us-OhTsfae3jcCxd5jUNfDHlSRM9RUgwkzVanq9SJD9n2AskqkoxkHDS6cWlOJDeKofMSuzzaq4LvZytyItVLu8NaePKMgudrNlwY/s640/bersih3.0-52.JPGSetelah selesai pemilihan Agung Umno, kita melihat calon kontroversi seperti Zahid Hamidi masih diterima oleh ahli Umno untuk menjadi kepimpinan tertinggi parti. 

Calon-calon progresif seperti Datuk Saifuddin Abdullah pula terpinggir dan tewas dalam pemilihan. Dengan keputusan ini kita sudah pasti dapat menjangkakan halatuju dan pembawaan Umno selepas ini.

Bagi saya, tidak banyak harapan yang boleh kita letakkan kepada UMNO. Sebagai kerajaan minoriti yang menanti rebah, adalah satu kerugian jika kita menghabiskan banyak masa membincangkan tentang masa depan Umno. 

Oleh itu saya ingin mengajak pembaca untuk melupakan Umno dan menoleh kepada Muktamar Agung PAS yang akan berlangsung pada November ini.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Faizul, Norhayati ketuai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Johor


BATU PAHAT: Dewan Pemuda PAS Johor menerima peneraju baru apabila Faizul Mohd Salleh dipilih menjawat jawatan tersebut setelah Suhaizan Kayat mengundurkan diri.

Faizul ialah Naib Ketua Pemuda PAS negeri sesi lalu.

Jawatan Timbalan Ketua kekal disandang Ustaz Azam Abd Razak manakala Saleh Tamyes dipilih sebagai Naib Ketua yang baru.

Muktamar pemilihan yang berlangsung di sebuah hotel dekat sini bertemakan 'Pemuda Tadasa' yang membawa maksud 'tarbiyah, dakwah dan siasah'.

Read more ...

Sunday, October 27, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Sah, Ust. Nasarudin tarik diri, Suhaizan dan Kamarulzaman bakal Ketua Pemuda PAS yang baru

KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disandang beliau sejak 2009.

Mengumumkannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nasrudin berkata keputusan itu dibuat beliau bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk mengepalai dewan itu dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Dewan pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.

Selain Nasrudin, lima lagi pencalonan adalah Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.


Suhaizan lawan Kamaruzaman rebut jawatan Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dijangka bertembung dengan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menerusi usaha merebut kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar parti Islam itu  tidak lama lagi.
 
Menurut sumber dalaman Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini kerana sudah berjanji dalam pemilihan lalu manakala timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz juga membuat pendirian sama.

Read more ...

Wednesday, October 23, 2013

PEMILIHAN PAS!!! 5 terima pencalonan Timbalan Presiden PAS - Asmuni Awi




KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.

Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.


Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima daripada 134 kawasan tetapi ditolak 31.

Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, ada enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tetapi lima yang diterima iaitu Husam Musa, Mohamad Sabu, Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Read more ...

Tuesday, October 22, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Kepimpinan PAS kawasan di Perlis 2013-2015


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga kawasan di Perlis memilih Yang Dipertua PAS baru bagi sesi 2013 hingga 2015 dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing, yang diadakan sebelum ini.

PAS Perlis juga selesai mengadakan mesyuarat di peringkat dewan-dewan, baru-baru ini.

Berikut senarai penuh jawatan-jawatan utama PAS kawasan-kawasan dan dewan-dewan seluruh Perlis:

PAS kawasan Arau

Yang DiPertua      : Mohd Shukri Ramli
Timb Yang DiPertua : Rus'sele Eizan
Naib Yang DiPertua : Zulmi Sabri

Dewan Pemuda PAS kawasan Arau

Ketua Pemuda      : Ustaz Mohd Fuad Hshim
Timb Ketua Pemuda : Solahuddin Azmi
Naib Ketua Pemuda : Shahrul Mutminin Mat Isa

Dewan Muslimat PAS kawasan Arau

Ketua Muslimt      : Ustazah Latifah Mat
Timb Ketu Muslimt  : Nurseri Osman
Naib Ketua Muslimat: Siti Hajar Yin

Read more ...

Sunday, October 20, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Tuan Ibrahim dapat pencalonan paling tinggi ?


Menjelang tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dikatakan mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Tidak syak lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS yang enggan namanya disiarkan.

Semua pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi.

"Kita akan mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Read more ...

Saturday, October 19, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Pemuda PAS Kedah calonkan Suhaizan Kayat sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia

(source: parlimen.gov.my)
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat mendapat pencalonan bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Kedah yang berlangsung hari ini.

Muktamar ini juga menyaksikan Ustaz Nasir Zakaria (gambar) dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kedah yang baru.

Berikut adalah senarai kepimpinan dan pencalonan dari Dewan Pemuda Pas kuala Kedah untuk saf kepimpinan pemuda bagi sesi 2013-2015 DPP Malaysia 
Ketua : Sdr. Suhaizan Kayat 
Timb : Ustaz Khalil Abd Hadi 
Naib :Sdr Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Iszuree Ibrahim YDP baru PAS Bayan baru

GEORGETOWN: Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dan PAS Bayan baru masing-masing mendapat ketua baru pada pemilihan yang diadakan baru- baru ini.

Ustazah Hasnah Idrus diamanahkan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri sessi 2013 -2015. Timbalanya disandang oleh Cikgu Asnah Hashim iaitu bekas calon PAS Bayan Lepas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 lalu dan jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Ustazah Rahmah Mat Isa yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri sesi lepas.

PAS Bayan Baru juga beralih kepimpinan apabila Iszuree Ibrahim menjawat jawatan Yang Dipertua (gambar). Timbalan Yang Dipertua disandang oleh Haji Zainol Anuar. Naib Yang Dipertua diberikan kepada Ustaz Tafiqulrahman.

Read more ...

Friday, October 18, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Selepas Husam enggan mencabar, Muhamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim bersaing sengit

Tinggal 34 hari sebelum ditutup poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, menyaksikan persaingan sengit antara undian untuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Muhamad Sabu.

Datuk Tuan Ibrahim memperolehi 26% daripada jumlah undian berbeza hanya 3% dengan undian yang di perolehi Muhamad Sabu iaitu 23%.

Sungguhpun begitu, Dato' Husam Musa masih di depan dengan memperolehi 45% daripada jumlah undian.

Walaupun di depan , peratus undian terhadap Dato' Husam semakin menurun berikutan peningkatan undian untuk Datuk Tuan Ibrahim dan Muhamad Sabu. 

Pengurangan undian untuk Dato' Husam berikutan pengumumannya yang tidak mahu mencabar penyandang sekarang sebagai Timbalan Presiden.

Read more ...

Thursday, October 17, 2013

PEMILIHAN PAS!!! YDP PAS Bukit Bintang kekal jawatan, Haji Muhammad Sabu dicalon Timbalan Presiden PAS

PAS Kawasan Bukit Bintang juga mengekalkan Yang DiPertuanya, Radzi Hashim (gambar) setelah berentap dengan seorang calon lain, Azmi Azman Johari dalam pertandingan terbuka pada Mesyuarat Agung Tahunan kawasan ini, 26 September lalu. 
Ia dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa'ad Khuzaimi di Dewan dato' Fadzil Mohd Noor, Kuizm, Taman Melewar.

Ketika menghubungi Sanggahtoksago, Radzi memberitahu, dalam mesyuarat berkenaan, Baidiuz Azmi dipilih Timbalan Yang DiPertua dan Noriah Ahmad selaku Naib Yang DiPertua. 

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Kepong kekal kepimpinan lama

Semua kepimpinan utama PAS Kawasan Kepong kekal pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 kawasan itu yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, baru-baru ini. 
 
Amran Abd Majid (gambar) terus diberi kepercayaan sebagai Yang DiPertua, dibantu oleh Mohd Shafie Abdul Rahman, Timbalan dan Mohd Kutty Mohideen selaku Naib Yang DiPertua, sementara Hasnan Abu Bakar terus memimpin Jawatankuasa Urusan Ulama.

Terdahulu, Ahmad Nabeel Hashim dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kepong yang baharu dan mengekalkan Rosnah Abdullah sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan, pada mesyuarat dewan masing-masing. 
 

Read more ...

Wednesday, October 16, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Pemuda PAS Pahang dapat ketua baru


KUANTAN: Pemuda PAS Pahang mendapat ketua baharu manakala Ketua Dewan Ulamak PAS negeri kekal apabila Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (gambar, kiri) melepaskan jawatannya kepada Ustaz Nazri Ahmad (gambar, kanan) manakala Ustaz Mokhtar Senik di pilih semula untuk menerajui Dewan Ulama PAS Pahang bagi sesi 2013/15.

Shahril ialah bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau melepaskan jawatan kerana faktor usia, manakala Nazri ialah Ketua Pemuda Rompin dan menjawat Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri sesi lalu.

Jawatan Timbalan Ketua kini disandang Ustaz Fadhil Ibrahim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuantan.

Jawatan Naib Ketua pula disandang Abu Syahid Dibok.

Read more ...

Sunday, October 13, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Siapa pencabar Khairy? Nasarudin, Suhaizan, Zulhazmi


Selepas pemilihan sayap Umno selesai semalam, kehangatan kempen kini mula membara dalam PAS, saingan utamanya dalam merebut undi Melayu.

Di peringkat sayap Pemuda parti Islam itu, persaingan untuk jawatan nombor satu dewan itu semakin jelas apabila akar umbi mula melobi secara terbuka untuk calon pilihan masing-masing.

Perkembangan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila hasrat mereka tidak dinyatakan dengan jelas, atas kepercayaan tradisi dalam PAS bahawa "calon berkempen akan kalah".
Jika tahun lepas Nasruddin Hassan menghadapi laluan mudah selepas 'mewarisi' kerusi itu daripada Salahuddin Ayub yang beralih ke peringkat naib presiden, kali ini kemungkinan besar permainannya tidak sama.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Dr Ismail Saleh kekal YDP PAS Alor Setar

 
Dato' Dr. Ismail Salleh kekal sebagai YDP PAS Kawasan Alor Setar apabila sekali lagi diangkat mengetuai PAS Kawasan Alor Setar pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Alor Setar Ke 34.

Manakala jawatan TYDP pula disandang YB Ustaz Ahmad Yahya setelah penyandang lepas Zulkifli Yahaya menarik diri. Jawatan NYDP pula disandang Haji Adnan Saad. 

Read more ...