Thursday, October 14, 2010

Dakwa pemimpin PR/BN terima peruntukan (donation) syarikat pembalak



PARIT BUNTAR, 14 Okt.:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta tidak bersikap ‘pilih bulu’ dalam melakukan siasatan terhadap aduan rasuah yang diterima. Demikian kenyataan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman mengulas isu surat layang yang mendakwa berlaku penyelewengan membabitkan pemberian konsesi balak berjumlah RM21.5 juta sepanjang 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.

“ SPRM perlu bertidak adil menyiasat setiap aduan rasuah yang diterima bukan sahaja menyiasat berkaitan surat layang terhadap pemerintahan PR Perak selama ini, tetapi perlu juga menyiasat aduan yang sama semasa pemerintahan BN.
“tuduhan rasuah terhadap Pakatan Rakyat adalah tuduhan yang berat kerana budaya rasuah ini menjadi satu kesalahan yang besar bagi orang yang melakukannya” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau juga menyokong menyokong cabaran Dewan Pemuda PAS Perak supaya Dato’ Seri Zamry Abdul Kader mendedah senarai syarikat pembalak yang menerima konsesi balak semasa pemerintahan PR dan BN.
“Tidak adil bagi pihak yang membuat surat layang membuat tuduhan rambang tanpa bukti. Sekiranya mempunyai bukti, buat aduan rasmi kepada SPRM.
“ Sekiranya, terbukti ada pemimpin PR terbabit dalam pengambilan peruntukan (donation) diberi syarikat pembalak. SPRM boleh mendakwa pemimpin terbabit. Tindakan yang sama juga perlu diambil terhadap pemimpin BN terbabit” katanya
Menurut Adnan, budaya mengambil rasuah adalah jijik hanya sebati dengan Umno. PAS tidak berkompromi terhadap jika ada pemimpinnya yang terlibat dengan rasuah.
“ Rasuah biasa dalam Umno sebab itu mereka boleh melantik calon yang terbukti rasuah dalam pilihanraya Bagan Pinang”
“ PAS bukan seperti Umno yang memberi peluang kepada pemimpin rasuah memimpin parti kerana pemimpin rasuah bukan sahaja merosakkan parti, malah akan menjatuhkan imej PAS sebagai sebuah gerakan Islam” katanya
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak menyokong menyokong cabaran Dewan Pemuda PAS Perak terhadap Dato’ Seri Zamry Abdul Kader supaya berdebat dengan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin bagi membuktikan ketelusan dalam pemerintahan kedua-dua pemimpin PR dan BN itu.
“ Zambry jangan hanya pandai membuat tuduhan berdasarkan surat layang tanpa bukti yang lebih bertujuan memburukkan pemerintahan PR di Perak.
“ Jika benar beliau telus dalam pemerintahan, berdebatlah dengan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin bagi membuktikan ketelusannya” katanya

No comments: