Thursday, October 14, 2010

Mustaffa Kamil tak tarik diri


KUALA LUMPUR, 14 Okt. : Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub mengulangi pendiriannya bertanding jawatan timbalan presiden parti itu dan tidak akan menarik diri di saat-saat akhir.

Justeru, beliau menafikan bahawa sidang akhbar khas di pejabatnya di Petaling Jaya petang ini - dua hari sebelum tarikh akhir menyatakan kesediaan bertanding - dibuat bagi tujuan itu.

NONE"(Sebaliknya ia) bagi mengulas isu-isu pemilihan," katanya sambil ketawa kecil ketika ditanya tentang kemungkinan itu.

"Nak tahu lebih lanjut kena datanglah," tambahnya.

Tanggapan itu wujud ekoran beberapa perkembangan terbaru, antaranya selepas ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar didapati tidak layak bertanding jawatan nombor dua dalam PKR manakala 'percaturan' Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula dilihat masih penuh 'teka-teki'.

Manakala dua lagi pesaing mereka, Naib Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilihat tiada sebarang alasan untuk mengundurkan diri.


NONEIni kerana Azmin setakat ini dilihat selesa di depan dengan pencalonan tertinggi manakala Khalid pula baru saja menawarkan diri.

Kerusi menteri besar yang disandangnya itu juga dilihat memberikan kelebihan ekoran PKR Selangor mempunyai jumlah pemilih tertinggi di negeri itu.

Spekulasi tentang kedudukan Mustaffa juga dikuatkan lagi apabila beliau dalam wawancaranya dengan Malaysiakini minggu lalu yang berkata masih "terbuka kepada perbincangan" walaupun pada tahap itu sudah tegas dengan tawaran bertanding.

PKR menetapkan, semua anggota yang melepasi syarat pencalonan minimun untuk bertanding semua jawatan dalam majlis pimpinan pusat hendaklah mengesahkan penerimaan pada Sabtu (16 Oktober) ini.

No comments: