Sunday, January 2, 2011

Bukti BN guna 1Malaysia untuk kepentingan politik

Larangan Logo 1Malaysia, Pembangkang Selangor Keliru


SHAH ALAM 2 Jan. : Kerajaan Negeri Selangor akan memberi kenyataan rasmi menjelaskan isu larangan logo 1Malaysia esok.

Exco Teresa Kok berkata ramai pihak, terutamanya pihak pembangkang di Selangor, keliru dengan isu ini.

Pembangkang Selangor akan membangunkan laman sesawang khas bagi mengumpulkan nama penduduk yang menyokong gagasan 1Malaysia untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata laman web itu akan dibangunkan dalam tempoh 48 jam.

Mengulas kempen ini, Teresa berkata mesyuarat esok akan membincangkan perkara 1Malaysia ini yang dijadikan isu oleh pembangkang Selangor.

Beliau sebelum itu menyertai konvoi kereta dan motosikal yang dianjurkan MCA Serdang, Klang dan Kapar sebagai tanda sokongan 1Malaysia.

Sebanyak 2,000 pelekat 1Malaysia turut diagihkan semasa konvoi tersebut.

Kerajaan Selangor bertindak melaksanakan pengharaman logo 1Malaysia pada semua papan tanda dan papan iklan di negeri itu kerana didakwa menyelitkan mesej politik Barisan Nasional.

Bagaimanapun pelaksanaan itu ditangguhkan buat sementara sehingga mesyuarat Exco pada Rabu ini.

No comments: