Sunday, January 2, 2011

PAS perlu tambahan 1500 undi untuk kalahkan BN di Tenang

PAS sangkal dakwaan mula berkempen di Tenang

http://barisannasional.org.my/wp-content/themes/arthemia/scripts/timthumb.php?src=//wp-content/uploads/2010/12/DUN-Tenang.jpg&w=300&h=275&zc=1&q=100SENAI, 2 Jan.: Pas menyangkal bahawa parti itu telah mula berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Kecil (DUN) Tenang.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menafikan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan kelmarin yang menyatakan Pas mula berkempen kerana DUN tenang adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kami belum berkempen seperti diperkatakan dan kita menghormati arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Namun kami akui berada di Tenang untuk membuat persiapan seperti perumahan, mencari penempatan ahli, bilik mesyuarat dan mengadakan lawatan kawasan, tapi bukan berkempen.

“Apa yang kita lihat UMNO yang mula berkempen dengan menggunakan pendekatan jabatan kerajaan. Kami mengikut arahan dan tunggu sehingga 22 Januari iaitu hari penamaan calon,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Dr Mahfodz berkata, mengikut pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU ke-12) lalu, Pas hanya memerlukan 1,500 undi bagi mengatasi UMNO.

"Apa yang akan dilakukan Pas kini ialah mempertingkatkan lagi undian dan dengan kerjasama dengan Pakatan Rakyat akan menampakkan hasil positif," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Negeri, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tiada kempen yang dibuat, tetapi hanya membabitkan kerja-kerja membentuk organisasi serta yakin perkara yang sama dilakukan oleh UMNO.

“Bagi kami kempen tidak berlaku. Ia hanya pertemuan petugas dan memperkukuhkan organisasi. Kita tidak akan tunggu sehingga hari penamaan calon untuk buat kerja-kerja tersebut.

“Apa yang kita lihat kini di DUN Tenang ialah banyak risalah diedarkan yang tiada penulis menaburkan cerita-cerita yang berunsur provokasi. Mereka ini adalah mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mengenai pengaruh pembangkang surut khususnya Tenang yang dikatakan kubu kuat UMNO dan BN, Khairul Faizi berkata, soal tersebut tidak boleh diukur kerana perkara itu hanya boleh dibuktikan pada hari pengundian 30 Januari depan.

PRK DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyat, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Pada PRU ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.sh

No comments: