Friday, January 21, 2011

Cikgu Mala - Wanita berkarisma

Dalam satu temuramah wartawan petang semalam di depan Markas Muslimat Negeri Johor, calon PAS iaitu Cikgu Mala ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang isteri dan penglibatan dalam politik.

Cikgu Mala menyatakan bahawa walaupun beliau terlibat dalam politik sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang dan Ketua muslimat PAS Labis, ini tidak membataskan beliau dalam menguruskan rumah tangga sebaik mungkin.

Kerjasama yang diberikan oleh suami dan anak-anak amat membantu beliau menguruskan rumah tangga dan terlibat dalam politik serta sebagai wanita bekerjaya.

Sebagai contoh, seorang anaknya merupakan salah seorang daripada 3 calon UPSR tahun lepas yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR.

Anak beliau juga menjadi pengawas sekolah, aktif dalam pidato sekolah, dan menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat negeri dan kebangsaan.

Anak beliau akan menerima anugerah pada petang ini di SMKA Segamat.

Ini jelas menunjukkan bahawa beliau bijak menguruskan masa sebagai seorang isteri, wanita bekerjaya dan wanita berpolitik.

No comments: