Friday, January 21, 2011

PAS akan tingkatkan sokongan pengundi Melayu

PR Tumpu Pengundi Melayu Atas Pagar- Pengarah PRK Tenang


LABIS 21 Jan. : Pengundi Melayu atas pagar merupakan kunci kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Tenang, Zulkifli Ahmad.

Menurut beliau, PAS bakal memberi tumpuan bagi menyasarkan golongan tersebut di kawasan FELDA Tenang dan Chemplak bagi meningkatkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam rancangan Fokus Berita Khas Tv Selangor, Zulkifli menyatakan jentera PAS sudahpun bersiap sedia menghadapi PRK ini.

"Pada penganalisaan PAS, yang jadi faktor pengundi kita adalah Melayu sebab dalam PRU 12 kita peroleh sokongan yang agak tinggi dari Tiong Hua iaitu 53 peratus. Dari pengundi Melayu 22 peratus . Jadi Fokus gerak kerja utama kita adalah untuk tingkatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya dari kawasan Felda," katanya.

Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat dilihat telah membuat persediaan awal bersama calon, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala membuat lawatan bertemu masyarakat di tiga kawasan Felda iaitu Felda Tenang, Felda Cehmpal Barat dan Felda Chempelak termasuk kawasan berpenduduk Cina.

Sehingga semalam, Pakatan Rakyat mensasarkan pengurangan undi majoriti Barisan Nasional kepada 1500 pada pilihanraya kecil kali ini selain meletakkan peratusan kemenangan sebanyak 40 peratus.

Zulkifli turut menyatakan pengundi Cina dijangka akan menambah sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

"Bangsa Cina agak prihatin dalam isu peringkat nasional, itu sebabnya dalam dasar Pakatan Rakyat, dalam buku jingga itu adalah diantara perkara yang diambil berat pengundi Cina. Terutamanya bangsa Cina ada perasaan tidak puas hati dengan penyandang sebelum ini dan akan lonjakkan sokongan terhadap kita," katanya.

Zulkifli turut menolak tanggapan bahawa Johor khususnya di peringkat DUN merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat mempunyai satu Kerusi Parlimen di iaitu di Bakri serta enam kerusi DUN memecahkan monopoli hampir 100 peratus BN sebelum ini.

"Mungkin ungkapan itu benar 10 tahun dahulu, tapi bermula pilihan raya umum ke 11, kubu kuat Umno telah dipecah PAS di mana kita menang satu kerusi di Senggarang. Dan PRU ke 12, kita menambah kerusi DUN kita di Sungai Abong dan Maharani. Jadi ungkapan retorik yang kata Johor kubu kuat telah berlalu,"katanya.

No comments: