Sunday, January 16, 2011

Isu Azan : MCA punya hal, kenapa Umno salahkan DAP?

Isu Azan: Pemuda PAS WP Serah Memo Kepada JAWI


KUALA LUMPUR 17 Jan.: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) hari ini menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung arahan memperlahankan Azan di Masjid Al Iklasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz bersama tiga yang lain menyerahkan memorandum tersebut kepada Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran JAWI, Nasaruddin Mohd Zainal di lobi pada jam 11.30 pagi.

"Semalam JAWI buat penafian memperlahankan azan bukan arahan JAWI Jadi kita minta JAWI jelaskan," ujar beliau kepada media.

Antara kandungan memorandum tersebut yang ditujukan kepada Pengarah JAWI, meminta supaya suara azan di Masjid Al Ikhlasiah dikembalikan seperti asal untuk mengelakkan kemarahan umat Islam di kawasan itu.

Selain itu PAS turut menuntut JAWI membuat garis panduan berkenaan penyiaran azan, tahrim dan kuliah di masjid merujuk kepada perlembagaan persekutuan justeru menuntut pihak berkuasa agama di negara ini tidak tunduk dengan tekanan mana-mana pihak.

Suhaimi berkata beliau tidak mahu negara ini menjadi negara Singapura yang melarang seruan azan berkumandang.

"Jadi kita mahu penjelasan daripada JAWI dalam bentuk surat bertulis atau pengumuman memberitahu bagaimana arahan dikeluarkan kepada masjid tersebut," ujar beliau lagi.

Minggu lalu, dakwaan seorang ahli MCA telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Iklasiah, Pantai Dalam diperlahankan.

Ekoran peristiwa itu, umat Islam memberikan reaksi menentang kejadian itu termasuk beberapa pihak mengadakan demostrasi di sekitar ibu negara.

JAWI yang dituduh mengeluarkan arahan tersebut menafikan dakwaan itu namun masih belum menjawab kepada umum.

No comments: