Sunday, January 16, 2011

Utusan lawan Hatta: Siasatan dalaman ditangguh

Nasib Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari masih tergantung apabila siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

NONEHata (kiri) melangkah ke Pusat Latihan Utusan di mana prosiding itu berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Sementara Anbalagan pula mendakwa majikan Hata tidak menjalankan prosedur itu dengan sempurna.

NONE"Saya percaya dia (Mohd Basir) memihak dan menentang saya mewakili Hata bagi memastikan beliau bersalah, seterusnya mencadangkan hukuman berat.

"Tidak dinyatakan dalam perjanjian bersama Utusan yang melarang orang luar dariapda mewakili tertuduh," kata Anbalagan kepada pengerusi siasatan itu.

Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

No comments: