Thursday, January 20, 2011

Kerana Umno, SPRM sanggup buang masa dan buat kerja sia-sia ?

Abdul Fatah alukan siasatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9Ri1orH7MeM1LkXMXqahWT4gsw-2SoEaQXRQg8K3BquCq1qvM76XDLxyVhqXDmLcK-HajvYsxembZ-gbQZa4Z1ZOsiUfiUz8ahGzCfimru2QAs7J6BVjcet3IEKD0H_wIh_hdwQAGfykK/s320/Abdul+Fatah+Harun.jpgKOTA BAHRU, 21 Jan. ; Pas mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan peniaga bahawa harga lot kedai di Bazar Tok Guru, di sini dijual dengan harga yang tinggi.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, bagaimanapun berkata, sebarang siasatan terhadap isu tersebut perlulah telus dan bukannya bertindak atas arahan politik.

“Siasatlah jika perlu, Pas tidak pernah menghalang, namun ia mesti dilakukan kerana benar dan bukan kerana terpaksa atas arahan mereka yang memegang jawatan politik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (SPRM) menyiasat dakwaan peniaga bahawa harga lot kedai di Bazar Tok Guru dijual dengan harga yang tinggi.

Menurutnya, ramai peniaga mengadu kepada pihaknya mengenai kenaikan harga lot kedai di situ yang sebelum ini dijanjikan Kerajaan Negeri Pas akan dijual pada harga RM40,000 tetapi kini dijual pada dua kali ganda lebih tinggi.

Abdul Fatah bagaimana pun berkata, dalam keadaan kini, UMNO yang secara terang-terangan menggunakan isu Bazar Tok Guru demi tersebut demi kepentingan politik mereka.

“Kalu nak serang Kerajaan Negeri sekali pun, tengoklah isu, ini isu yang sama sekali tidak mempunyai hujah, SPRM melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya, akhirnya masa terbuang,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi pula berkata, beliau perlu mendapatkan penjelasan lebih lanjut termasuk dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum dapat mengeluarkan pendapat.

No comments: