Thursday, January 20, 2011

Mahathir dah nyanyuk ?

PAS Nafi Pernah Larang Wanita Tanding Pilihan Raya


KUALA LUMPUR 20 Jan. : PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presidennya Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Menurut Mahfuz, PAS beberapa kali meletakkan kepercayaan pada kaum wanita dengan menurunkan mereka mereka menjadi calon dalam pilihan raya.

“Khadijah Sidek adalah calon wanita yang pertama, yang kami turunkan pada 1950-an,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 — pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang menunjukkan ia tidak berpegang pada janji.

“Dulu PAS kata wanita tak boleh diletakkan sebagai calon tetapi sekarang dia kata boleh pulak,” ujarnya.

Ironinya, kenyataan Dr Mahathir itu seolah-olah tidak mencerminkan parti Islam Se-Malaysia itu.

Buktinya, di Parlimen Malaysia kini terdapat tiga wakil rakyat dari PAS iaitu ahli parlimen Setiawangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali, ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan Siti Zailah Mohd Yusof mewakili parlimen Rantau Panjang.

Ketiga-tiga ahli parlimen ini memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum yang lalu.

No comments: