Monday, January 31, 2011

Pengerusi SPR penipu : Ada undang-undang membolehkan SPR lanjut masa pengundian

Diskriminasi Bantuan, Mafrel Gesa SPR Ambil Perhatian


SHAH ALAM 31 Jan. : Presiden Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihak yang mendakwa berlakunya diskriminasi berhubung bantuan semasa untuk keluar mengundi perlu membuat laporan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa memberi perhatian kepada isu ini.

Sebelum ini wujudnya dakwaan terdapat diskriminasi berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) hanya menumpukan kawasan kampung dan FELDA.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

"Saya tak boleh nak pastikanlah adakah berlakunya diskriminasi begitu, mungkin kalau ada , maka pihak parti perlu membuat dakwaan atau laporan dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR," katanya.

Dalam perkembangan lain Syed Noh berkata terdapat undang-undang yang membolehkan SPR melanjutkan proses pengundian akibat bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang bagi memberi ruang kepada pengundi.

Beliau turut tidak menolak, proses pengundian terjejas akibat bencana alam yang berlaku sehingga menyebabkan peratusan yang keluar mengundi menurun, dan sepatutnya pihak SPR, polis dan bomba membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi situasai seperti ini.

"Mungkin juga SPR boleh menimbangkan untuk menambahkan masa mengundi, kerana situasi yang sama berlaku pada tahun 2004 semasa pilihanraya di Selangor, di mana tempoh mengundi tu bukan sehingga jam 5 petang tetapi ditambah setengah jam atau 1 jam untuk beri peluang kepada pengundi untuk mengundi, " katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

6 comments:

Hamdan Rukun said...

SAMPAI BILA BILA PUN ITULAH TAHAP KORANG. TAK PERNAH MELIHAT KE DALAM DIRI.

BILA KALAH JER, CARI SEBAB UNTUK MEWAJARKAN KEKALAHAN.

SESEKALI DUDUKLAH, FIKIR APA FAKTOR KORANG MAKIN LAMA MAKIN DITOLAK.

Anonymous said...

Hang peduli apa Luncai.Hang mai bagi komen semua komen bodoh tak cukup akai. tak padan hang pakai diri hang luncai. Luncai sebenar cerdik tapi hang luncai bodo

Anonymous said...

itu lah pas menafikan semua tu.apepun tahniah Bn menang di tenang.harap kemenagan ini diberkati Allah.

Anonymous said...

BN diberkati Allah, Soi Lek hina Islam macam tu pun Umno ni kata diberkati Allah. Apa la Umno kawan dengan MCA yg hina Islam

Anonymous said...

Soi Lek tu cina..bukan org islam.
Soi Lek tak bersekongkol dgn umno..
Yg penting kemenangan bn ditenang merupakan BN berada di pihak yg benar. jgn nk menafikan lagi.

PASPB said...

Who said Umno isn't cooperating with MCA? How abaut BN? Umno isn't the only party in BN.

Anon, you must think before you wrote , be cafeful